Jack Winters

Jack Winters 🚩 Melaka, MY
📱 010-898 4042
📩 [email protected] "I Am Titanium"
🗣️ Storyteller
♋ Cancer
🚩 Malacca, MY
Manage by GiGiEMAS Ent.

Watch Me On My YouTube Channel

Tahun 2017, orang pernah memperlekehkan idea aku sebab aku nampak idea tu akan jadi trending kat Malaysia satu hari nant...
16/08/2026

Tahun 2017, orang pernah memperlekehkan idea aku sebab aku nampak idea tu akan jadi trending kat Malaysia satu hari nanti. Tahun 2024, orang yang sama bagitahu aku kalau idea tu diteruskan, mesti dah popular sekarang ni. Tahun 2025, aku share idea yang aku dah nampak akan menjadi satu hari nanti. Masih diperlekehkan.

Jadi, apa yang aku belajar, yang pertama, memang ada jenis orang yang akan rasa kita gila selagi dia tak nampak. Yang kedua, untuk memastikan idea tu jadi kenyataan, kena cari orang yang sama gila macam kau juga.

Oh baru tahu, sepanjang babak tu jaguar sebenar ada dua meter belakang dia. pelakon tu tak lakon takut. dia memang takut.

muka dia dalam apocalypto tu bukan lakonan.
itu muka orang yang tengah lari untuk hidup.

cerita dia macam ni.

tahun 2006, mel gibson bagitahu orang dia nak buat filem baru.
semua orang teruja. ingatkan macam braveheart ke apa.

rupanya dia kata, "aku nak shooting dalam hutan mexico."
okay, boleh terima lagi.

lepas tu dia sambung, "dialog semua dalam bahasa maya."
ha? bahasa apa?

bahasa yucatec maya. bahasa purba. zaman tok nenek punya tok nenek.
yang orang zaman sekarang pun tak reti nak sebut.

pastu pelakon dia bukan bintang hollywood.
orang tempatan. muka yang kita tak pernah nampak dalam mana-mana poster.

orang hollywood dah geleng kepala.
"siapa nak tengok filem subtitle penuh, bahasa pelik, pelakon tak dikenali?"

gibson buat tak layan je.
dia masuk hutan, bawa kru, terus shooting.

lepas tu sampailah babak kejar-kejar jaguar tu.

kru cadang guna cgi. senang. murah. selamat.
zaman tu cgi pun dah okay dah.

gibson kata tak nak.
sebab kalau pelakon tahu takde apa-apa kat belakang dia, muka takut dia nampak palsu.

dia nak muka takut yang tak payah diarahkan.
yang memang keluar sendiri.

so mereka bawa jaguar betul ke lokasi.
ada tali pengikat, ada pengendali terlatih, semua ikut prosedur keselamatan.

lepas siap shooting, barulah tali tu dipadam guna cgi.
yang tinggal, kejaran yang buat penonton lupa nak bernafas.

gibson pernah cakap, haiwan liar ni tak boleh dilatih macam pelakon.
kau tak boleh jerit "cut" pastu dia berhenti. dia bukan pelakon, dia jaguar.

pastu apa jadi?

disember 2006, filem tu keluar.
kutipan lebih usd120 juta seluruh dunia.

pengkritik puji pengarahan dia. puji sinematografi. puji lakonan.
orang yang gelak dulu, senyap.

sampai sekarang, hampir dua puluh tahun lepas tu, orang masih cakap pasal babak jaguar tu.
sedangkan filem blockbuster tahun sama, ramai dah lupa nama.

kadang-kadang aku fikir, benda ni bukan pasal filem je.

bila kau ada idea yang orang tak faham, memang orang akan gelak.
sebab orang cuma boleh sokong benda yang mereka dah nampak jalannya.

yang belum nampak jalan tu, kau kena jalan sendiri dulu.
dunia jarang tepuk tangan untuk orang yang berani. dunia hanya tepuk selepas kau berjaya.

Apa pendapat korang?

Best Finder

29/06/2026

29 Jun 2026 | Isnin | 10:00 malam

26/06/2026
24/06/2026

Jack’s Diary #003

20/06/2026

Jack’s Diary #002

17/06/2026

Tonton video penuh di YouTube Channel Jack Winters
15 Jun 2026 | Isnin | 10:00 malam

14/06/2026

Jack’s Diary #001

Address

Malacca City

Telephone

+60108984042

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jack Winters posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Jack Winters:

Shortcuts

Share

Category