Pendika

Pendika Beretika Galas Tanggungjawab

πŸŒ™βœ¨ SALAM AIDILFITRI 1447H βœ¨πŸŒ™Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluru...
20/03/2026

πŸŒ™βœ¨ SALAM AIDILFITRI 1447H βœ¨πŸŒ™

Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam, khususnya warga media dan rakyat Melaka yang dikasihi.

Di hari yang mulia ini, marilah kita menyemai kemaafan, mengeratkan silaturahim dan mensyukuri setiap nikmat yang dikurniakan.

Maaf Zahir dan Batin atas segala kekhilafan.
Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan, keberkatan dan kesejahteraan buat kita semua.

Ikhlas daripada,
Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA)

Terima kasih TYT Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Istana MelakaSetiap kali Rama...
10/03/2026

Terima kasih TYT Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Istana Melaka

Setiap kali Ramadan tidak pernah lupakan media Melaka 🫢🫢

BANDA HILIR 10 Mac - Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam menzahirkan penghargaan kepada petugas media Negeri Melaka menerusi program m

✨ TERIMA KASIH YB ADAM ADLI! ✨7 Mac 2026 – Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ...
08/03/2026

✨ TERIMA KASIH YB ADAM ADLI! ✨

7 Mac 2026 – Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Adam Adli, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya atas keprihatinan dan penghargaan beliau ke atas para pengamal media di Melaka.

Kami amat terharu apabila jasa dan keringat kami sebagai antara petugas barisan hadapan negara dihargai pada Majlis Iftar Perdana Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Bersama Media Melaka, di Hotel Dusit Princess.

Lebih bermakna, tahun ini YB Adam Adli turut menaja pembukaan akaun Simpan SSPN Prime kepada 20 anak-anak pengamal media Melaka, dengan nilai RM500 setiap seorang, melibatkan jumlah peruntukan keseluruhan RM10,000.

Inisiatif ini jelas mencerminkan komitmen dan keprihatinan beliau dalam menyokong agenda pendidikan serta masa depan anak-anak pengamal media di negeri ini.

Terima kasih YB Adam Adli atas sokongan dan penghargaan kepada para pengamal media Melaka selama ini.

πŸ“Έ Iqmal Haqim Rosman

25/02/2026

'BEHIND THE SCENE' PROGRAM AGIHAN BUBUR LAMBUK

Tahniah kepada Pengarah Projek Norshuhada Abdul Kadir dan jawatankuasa di bawahnya di atas kejayaan penganjuran program Kongsi Rezeki Agihan Bubur Lambuk di Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil.

Sekalung terima kasih juga diucapkan kepada seluruh jentera PENDIKA yang lain di bawah kepimpinan tuan Pengerusi Ybrs. Amir bin Mamat kerana bersama membantu secara langsung atau tidak langsung.

Semoga semangat muafakat dan kebersamaan ini terus kekal dan seterusnya membawa nama Media Melaka ke aras lebih tinggi

πŸŽ₯ Aufa 'Izzati

25/02/2026

INDAHNYA RAMADAN BILA REZEKI DIKONGSI BERSAMA

Program Agihan Bubur Lambuk Ramadan anjuran PENDIKA x LEAD x WYF berlangsung dengan penuh kemeriahan dan semangat kebersamaan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka atas kesudian hadir dan bersama-sama menyantuni rakyat serta menyerikan lagi program ini.

Semoga usaha kecil ini menjadi titian rezeki, mengeratkan ukhuwah dan membawa keberkatan buat semua sepanjang Ramadan.

πŸŽ₯ Aufa 'Izzati

KONGSI REZEKI RAMADAN, TENAGA GIG MELAKA DILANCARKAN24 Februari - Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada T...
24/02/2026

KONGSI REZEKI RAMADAN, TENAGA GIG MELAKA DILANCARKAN

24 Februari - Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan kepada Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka di atas kesudian bersama dalam program Agihan Bubur Lambuk Ramadan di Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil, hari ini.

Program anjuran bersama Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) dengan kerjasama World Youth Foundation (WYF) dan Pertubuhan Lestari Ekonomi Aktivis GiG Digital Malaysia (LEAD Malaysia) itu merupakan antara pengisian kemasyarakatan yang diadakan bersempena Ramadan tahun ini.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali, Pengerusi WYF; Encik Amir bin Mamat, Pengerusi PENDIKA; Tuan Abdul Hakim bin Abdul Rani, Presiden LEAD Malaysia serta lain-lain kenamaan.

Terdahulu, pada sebelah pagi, sebanyak 10 kawah bubur lambuk dimasak secara bergotong-royong oleh sukarelawan terdiri daripada jawatankuasa masjid, pelajar dan tenaga pelajar Kolej Komuniti Jasin (KKJS), warga PENDIKA serta komuniti setempat.

Sebanyak 3,000 bekas bubur lambuk telah diagihkan kepada masyarakat, pelajar sekolah, selain pemandu e-hailing dan penghantar p-hailing pada sebelah petang yang turut disempurnakan Tuan Yang Terutama Tun bersama kenamaan.

Pada majlis itu juga, turut diadakan pelancaran Pertubuhan Tenaga Gig Melaka (TENAGA Gig) berserta simbolik penyerahan kad keahlian kepada tiga ahli TENAGA Gig.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang membantu antaranya jawatankuasa Masjid Sayyidina Ali, Jabatan Penerangan Negeri Melaka, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka, Kolej Komuniti Jasin; Polis Diraja Malaysia (PDRM); Grab Malaysia; Foodpanda Malaysia; Mamee; Nasi Beriani Haji Tamby dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Melaka.

Semoga inisiatif ini terus menyemarakkan semangat berkongsi rezeki dan mengimarahkan Ramadan dengan nilai kebersamaan serta keprihatinan.

Alhamdulillah, terima kasih Melaka Hari Ini 🀲🀲
24/02/2026

Alhamdulillah, terima kasih Melaka Hari Ini 🀲🀲

24/02/2026

ADA APA DI MASJID SAYYIDINA ALI BUKIT KATIL?

Indahnya Ramadan bila yang muda dan berusia bersama-sama bergotong-royong menyiapkan bubur lambuk untuk dikongsi bersama komuniti pada petang ini.

Terima kasih kepada semua sukarelawan yang membantu sejak awal pagi lagi. Semoga kita semua mendapat keberkatan di bulia mulia ini.

**Kongsi Rezeki Bubur Lambuk**

Anjuran:
Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA)
Pertubuhan Lestari Ekonomi Aktivis Gig Digital Malaysia (LEAD)
Pertubuhan Tenaga Gig Melaka
World Youth Goundation (WYF)

Terima kasih MHI 🫰
23/02/2026

Terima kasih MHI 🫰

BUKIT KATIL 23 Februari - Bersempena Ramadan tahun ini, Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) bakal menganjurkan program agihan bubur lambuk khusus untuk warga

✨🀲 πŠπŽππ†π’πˆ π‘π„π™π„πŠπˆ π‘π€πŒπ€πƒπ€π 🀲✨Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) bersama Pertubuhan Lestari Ekonomi Aktivis Gig Digital ...
23/02/2026

✨🀲 πŠπŽππ†π’πˆ π‘π„π™π„πŠπˆ π‘π€πŒπ€πƒπ€π 🀲✨

Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) bersama Pertubuhan Lestari Ekonomi Aktivis Gig Digital Malaysia (LEAD) dan World Youth Foundation (WYF) akan menganjurkan Program Agihan Bubur Lambuk Ramadan pada ketentuan berikut:

πŸ—“ 24 Februari 2026 (6 Ramadan 1447H) - Selasa
πŸ•“ 3.30 petang
πŸ“ Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil, Melaka

Program ini yang bakal disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka.

Ayuh semua datang dan menikmati rezeki yang dikongsi bersama sempena bulan mulia ini.








*KENYATAAN MEDIA* MELAKA, 22 Februari - Bersempena Ramadan tahun ini, Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) bakal mengan...
22/02/2026

*KENYATAAN MEDIA*

MELAKA, 22 Februari - Bersempena Ramadan tahun ini, Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) bakal menganjurkan program agihan bubur lambuk khusus untuk warga Melaka pada Selasa (24 Februari 2026), menggabungkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini.

Program akan diadakan di Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil, di sini dan dijangka dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam selepas solat Asar berjemaah bersama sukarelawan.

Pengerusi PENDIKA, Amir Mamat berkata, penganjuran ini turut mendapat sokongan penuh daripada tiga lagi NGO iaitu World Youth Foundation (WYF), Pertubuhan Lestari Ekonomi Aktivis GiG Digital Malaysia (LEAD Malaysia) dan Pertubuhan Tenaga Gig Melaka (Tenaga Gig).

Menurutnya, program yang julung kali diadakan secara besar-besaran ini adalah sebagai usaha memperkukuh semangat kebersamaan, kesukarelawanan serta keharmonian masyarakat setempat khususnya dalam mengimarahkan amalan berkongsi rezeki bersempena bulan yang penuh keberkatan.

β€œApa yang menarik adalah kesudian WYF di bawah teraju Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali yang sentiasa aktif dalam memacu pemerkasaan belia di peringkat tempatan dan antarabangsa, sekali gus memberi ruang untuk belia turut sama menyumbang tenaga sebagai sukarelawan seterusnya mendedahkan mereka kepada skil sosial dan kepimpinan dalam masyarakat.

β€œPerkongsian penganjuran ini juga unik berikutan penglibatan dua rakan NGO yang fokus kepada ekonomi gig iaitu LEAD Malaysia dan Tenaga Gig Melaka yang akan melihat penglibatan sukarelawan di kalangan pemandu e-hailing dan penghantar p-hailing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, sebanyak 10 periuk bubur lambuk akan dimasak secara bergotong royong diketuai Mohd Ridhwan sendiri bersama hampir 100 sukarelawan pada Selasa (24 Februari 2026) bermula jam 8 pagi, sebelum diagihkan kepada kira-kira 2,500 penduduk Melaka termasuk petugas media, pemandu e-hailing, penghantar p-hailing selepas solat Asar hari yang sama.

Beliau berkata, antara sukarelawan terlibat ialah jawatankuasa Masjid Sayyidina Ali, Jabatan Penerangan Negeri Melaka, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Melaka, Kolej Komuniti Jasin dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

β€œSyarikat terkemuka di negara ini turut akan menjayakan program berkongsi rezeki ini iaitu Grab Malaysia, Foodpanda Malaysia, Mamee, Nasi Beriani Haji Tamby dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Melaka.

β€œKami juga ingin mempelawa mana-mana NGO atau kelab sukan syarikat korporat di Melaka untuk turut sama-sama menjayakan gotong royong ini dengan mengisi borang sukarelawan di pautan https://forms.gle/sjoaf1kPCi8bz87k6.







Address

Malacca City
75050

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pendika posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pendika:

Share