27/08/2026
MUDAHNYA LUPA RCI TABUNG HAJI…
RCI Tabung Haji bukan ditubuhkan oleh Kerajaan Madani. Ia ditubuhkan ketika mereka yang hari ini mempersoalkan RCI tersebut berada dalam kerajaan.
Pada 14 Julai 2021, Kabinet bersetuju menubuhkan RCI. Ahli-ahli RCI p**a dilantik pada 20 Januari 2022 dan laporan akhirnya dipersembahkan kepada YDPA pada 30 Ogos 2022.
Malah, ketika itu Takiyuddin Hassan merupakan Menteri Undang-Undang, Idris Ahmad Menteri Agama dan Marzuk Shaary Timbalan Menteri Agama.
Jadi apabila hari ini ada yang mempersoalkan kenapa RCI didedahkan, kenapa tidak jumpa salah laku atau mendakwa RCI dimanip**asi, persoalannya mudah — sudah lupa siapa yang berada dalam kerajaan ketika RCI itu ditubuhkan dan disiapkan?
Kerajaan Madani hari ini bukan mencipta RCI tersebut. Apa yang dilakukan ialah mendedahkan perkara yang terkandung dalam laporan dan menyerahkan siasatan kepada pihak berkuasa.
Setakat 26 Ogos, sekurang-kurangnya 10 tangkapan telah dilaporkan SPRM dalam siasatan susulan RCI Tabung Haji. Biar SPRM dan PDRM jalankan tugas, siasat sampai selesai dan biarlah mahkamah menentukan siapa yang bersalah.
Pada masa sama, Tabung Haji terus diperkukuh. Selepas penstrukturan, agihan keuntungan meningkat daripada 3.10% pada 2023 kepada 3.25% pada 2024 dan 3.50% pada 2025, dengan jumlah agihan sejak 2018 sekitar RM19.26 bilion. Lebih 9.7 juta pendeposit p**a terus dilindungi.
Jangan kerana politik, kita lupa amanah besar yang dipikul Tabung Haji. Jangan sibuk mencari salah kerajaan yang sedang membetulkan keadaan, sedangkan pihak berkuasa sudah mula mengambil tindakan terhadap mereka yang disyaki terlibat.
RCI sudah dibuat. Laporan sudah ada. Siasatan sudah bermula.
Sekarang biarlah kebenaran dan keadilan menentukan segalanya.
Jangan bela pengkhianat. Jangan lindungi rasuah. Bersama-sama kita selamatkan dan kukuhkan Tabung Haji demi lebih 9.7 juta pendeposit.
Allahuakbar!