05/11/2025
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Salam mahabbah, salam ukhuwah fillah abadan abada ..buat semua sahabat-sahabat syurga yang a’na kasihi lillahita’ala
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Alhamdulillah, Segala Puji Hanya Bagi ALLAH SWT
ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ🍃أَسْتَغْفِرُ ٱللّٰهَ
ٱللَّٰه
ٱللَّٰه
ٱللَّٰه
لاَ إِلَهَ إِلَّاالله
لَا إِلَٰهَ إِلَّا ٱللَّٰهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ ٱللَّٰه
Sollu ‘Alan Nabiy
❤︎ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ❤︎
📿 Allahumma solli 'ala Saiyidina Muhammad wa'ala ali Saiyidina Muhammad
“Ya Allah, limpahkanlah selawat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga penghulu kami Nabi Muhammad.”
cinta & rindu 🤍Allah Subhanu Wa Ta’ala 🤍Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
Amantu billah
Ma Fi Qalbi Ghairullah
Fi amanillah wa fi hubbillah
✔️BERILMU
✔️BERAMAL
✔️BERGURU
✔️BERJEMAAH
Ya ALLAH kurniakan kami
🤍hati yang yakin lillahita’ala
🤍hati yang beriman
🤍hati yang muraqabah
🤍hati yang musyahadah
🤍hati yang Qalbun Salim (sejahtera)
🤍hati yang sakinah
🤍hati yang mawaddah
🤍hati yang warahmah
🤍hati yang bertauhid
🤍hati yang berzikir
🤍hati yang berselawat
🤍hati yang bertakwa
🤍hati yang zuhud
🤍hati yang redha
🤍hati yang ikhlas
🤍hati yang mujahadah
🤍hati yang bertawakal
🤍hati yang bertaubat
🤍hati yang jujur
🤍hati yang bersyukur
🤍hati yang sabar
🤍hati yang khusyuk
🤍hati yang istiqomah
🤍hati yang tidak ghaflah(lalai)
سُبْحَانَ اللَّهِ
الْحَمْدُ لِلَّهِ
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ
اللَّهُ أَكْبَرُ
Subhanallah
Walhamdulillah
Wala llaha lilallah
Wallahu Akbar
سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ
عَدَدَ خَلْقِهِ
وَرِضَا نَفْسِهِ
وَزِنَةَ عَرْشِهِ
وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ
SubhanAllahi Wa Bihamdilhi
‘Adada Khalqihi
Wa Ridha Nafsihi
Wa Zinata ‘Arsyihi
Wa Midada Kalimatihi (3x)
Hadis penuhnya berbunyi:
Daripada Juwairiyah r.a, Nabi s.a.w keluar dari rumahnya pada waktu pagi ketika dia sedang mendirikan solat Subuh di tempat solat dalam rumahnya. Kemudian baginda pulang selepas masuknya waktu Dhuha, dan mendapati Juwairiyah masih di tempat solatnya.
Baginda bertanya: Engkau masih lagi dalam keadaan seperti mana aku pergi tadi. Juwairiyah menjawab: Ya. Nabi s.a.w pun bersabda:
Sesungguhnya aku telah menyebut empat kalimah sebanyak 3 kali. Seandainya ditimbang kalimah yang aku sebut itu dengan kalimah yang engkau sebut sejak pagi tadi, maka kalimah kalimah yang aku sebut itu akan mengatasi kalimah-kalimah yang engkau sebut.
(Kalimah-kalimah yang aku sebut ialah) Maha Suci Allah dan pujian untukNya sebanyak jumlah makhluk ciptaanNya, mengikut redhaNya kepada diriNya, menurut berat arasyNya, dan sebanyak tinta kalimah-kalimahNya.
[Sahih Muslim, Kitab adz-Dzikr wa ad-Dua' wa at-Taubat wa al Istighfar, no: 2726].
Alhamdulillahirobbil alamin washolatu wassalamu ala asrofil ambiyai walmursalin waala alihi wasohbihi ajmain.
حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ🤍
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ🤍
وَأُفَوِّضُ أَمۡرِىٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ 🤍
فَبِأَيِّ آَلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ🤍
لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ🤍
أَسْتَغْفِرُ الله وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ
(Astaghfirullah Wa Atubu Ilaih)
“aku memohon ampun kepada Allah dan aku bertaubat kepada-Nya”
اللَّهُمَّ إنِّي أَسْأَلُكَ عِلْماً نَافِعاً، وَرِزْقاً طَيِّباً، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً
(Allahumma inni as aluka 'ilman naafi’aa wa rizqan toyyibaa wa ‘amalan mutaqabbalaa)
"Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima”
رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا، وَبِالإِسْلَامِ دِيْنًا، وَبِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيًّا وَرَسُوْلًا
(Radhitu billahi rabba wabil islami dina wabimuhammadin SAW Nabiyya Warasula)
(aku rela ALLAH SWT menjadi Tuhan ku, Islam Agama ku, dan NABI MUHAMMAD SAW Nabi ku) itu pasti akan mendapat Keredhaan ALLAH SWT sampai hari kiamat nanti.
Doa untuk diri dan ibu bapa
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ذُنُوبِي وَلِوَالِدَيَّ، وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا
(Allahummaghfir lī dhunubi wa li-walidayya, warḥamhuma k**a rabbayani saghira)
“Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, dan rahmatilah mereka sebagaimana mereka telah mendidikku ketika kecil.”
Doa Luas merangkumi semua Muslim
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَلِوَالِدِينَا، وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صِغَارًا،
وَلِلْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ،
الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْوَاتِ،
بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
(Allahummaghfir lana dhunubana wa li-walidīna, warhamhuma k**a rabbayana sigharan,
wal-muslimina wal-muslimat, wal-mu’minina wal-mu’minat, al-ahya’i minhum wal-amwat,
bi-rahmatika ya Arhamar-Rahimīn)
“Ya Allah, ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami, dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka telah mendidik kami sejak kecil. Dan juga (ampunilah) seluruh kaum Muslimin dan Muslimat, Mukminin dan Mukminat, yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Dengan rahmat-Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”
اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ
وَإِلْهَامَ الْمَلَائِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. يَا فَتَّاحُ يَا عَلِيمُ، اِفْتَحْ قَلْبِي
فُتُوحَ الْعَارِفِيْنَ
(Allahummarzuqnii fahmannabiyyiin wa hifzal mursaliin wa ilhaamal malaa,ikatil muqorrobiin. Yaa Fattaahu yaa ‘Aliim, iftah qolbii futuuhal ‘aarifiin)
“Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kefahaman para nabi, hafalan para rasul dan ilham para malaikat yang hampir (denganMu). Ya Allah yang Maha pembuka dan Maha Tahu, bukalah hatiku seperti orang-orang yang arif”
Doa Nabi Muhammad pada Ibnu Abbas r.a
اَللَّهُمَّ فَقِّهُّ فِي الدِّيْنِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيْلَ
(Allahumma faqqihhu fiddin wa a’llimhuttakwil)
“Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama dan ajarkannya Takwil (tafsir al-Quran)”
Doa Nabi Musa a.s
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
(Robbisy rohlii sodrii, wa yassirlii amrii, wahlul ‘uqdatam mil lisaani yafqohuu qoulii)
“Ya Rabbku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku.”
رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا
(Robbi zidnii ‘ilmaa)
“Ya Rabb ku tambahkan lah kepada ku ilmu”
رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا، وَارْزُقْنِيْ فَهْمًا وَاجْعَلْنِيْ مِنَ الصَّالِحِيْنَ
(Robbi zidnii 'ilmaa, warzuqnii fahmaa, waj'alnii minash-sholihiin)
“Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmu kepadaku, dan berilah aku kurnia untuk dapat memahaminya, dan jadikanlah aku termasuk golongannya orang-orang yang soleh."
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
(Audzubikalimatillahi Tammati Min Syarri Ma Khalaq)
“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, dari kejahatan ciptaan-Nya.”
اللَّهُمَّ أَعِنِّى عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ
(Allahumma a’inni ‘ala zikrika wa syukrika wa husni ‘ibadatik)
“Ya Allah bantu lah aku untuk sentiasa ingat kepada Mu(berzikir), bantu lah aku untuk sentiasa bersyukur kepada Mu dan bantu lah aku untuk memperelokkan ibadah aku kepada Mu”
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
(Rabbana dzholamna anfusana wain lam tagfir lana watarhamna lanakunanna minal khosirin)
"Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya kami telah berbuat dhalim terhadap diri-diri kami. Jika Engkau tidak mengampuni dan merahmati kami, sungguh kami termasuk golongan orang-orang yang rugi."
وَأُفَوِّضُ أَمۡرِىٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ
(Wa ufawwidu amri ilallah innallaha basirun bil-‘ibad)
“..dan aku serahkan segala urusanku ke hadirat Allah SWT …Sungguh Allah SWT maha melihat akan keadaan hamba-hambaNya."
DOA MEMOHON PERLINDUNGAN ALLAH S.W.T DARIPADA 4 PERKARA
Doa Terhindar dari Fitnah Dajjal
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ، وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
(Allahumma inni a’uudzubika min 'adzabi jahannama wa min adzabil qabri wa min fitnatil mahya wal mamati, wa min syarri fitnatil masihid dajjal)
"Ya Allah! Daku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan kematian, dan daripada kejahatan fitnah Daijal."
اللَّهُمَّ أجِرْنِي مِنَ النَّارِ
(Allahumma ajirni / ajirna minan naar)
“Ya Allah lindungi hamba Mu ini / kami dari api neraka.”
رَضِيتُ بِاللَّهِ رَبًّا ، وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا ، وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولًا ، وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ
(Radhitu billahi rabba wabil islami dina wabimuhammadin SAW Nabiyya Warasula, Wajabat lahul-jannah)
“Aku redha Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai agamaku, dan Muhammad sebagai Rasulku. Maka wajiblah baginya syurga.”
ﺇِﻥَّ ﻫَٰﺬَا ﻟَﺮِﺯْﻗُﻨَﺎ ﻣَﺎ ﻟَﻪُۥ ﻣِﻦ ﻧَّﻔَﺎﺩٍ
(Inna hadza larizkuna ma lahu minna faad)
“Sesungguhnya inilah rezeki Kami kepada kamu yang tidak habis-habisnya.”
Doa agar sentiasa diberi kecukupan oleh Allah SWT:
اللّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ
(Allahumma ikfini bihalaalika ‘an haraamika, wa aghnini bifadhlika ‘amman siwaak)
“Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal daripada yang haram, dan kayakanlah aku dengan limpah kurnia-Mu daripada selain-Mu.”
رَبِّ إِنِّى لِمَآ أَنزَلْتَ إِلَىَّ مِنْ خَيْرٍۢ فَقِيرٌۭ
(Rabbi inni lima anzalta ilayya min khairin faqir)
“Ya Tuhanku, sungguh aku sangat memerlukan sesuatu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaku.”
Ayat 1000 Dinar
وَمَنْ يَّتَّقِ اللّٰهَ يَجْعَلْ لَّهٗ مَخْرَجًا ۙ ٢ وَّيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُۗ وَمَنْ يَّتَوَكَّلْ عَلَى اللّٰهِ فَهُوَ حَسْبُهٗ ۗاِنَّ اللّٰهَ بَالِغُ اَمْرِهٖۗ قَدْ جَعَلَ اللّٰهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا
(Wa may yattaqillaha yaj’al lahụ makhraja, wa yarzuqhu min haisu la yaḥtasib, wa may yatawakkal ‘alallahi fahuwa hasbuh, innallaha baligu amrih, qad ja’alallahu likulli syai`in qadra)
Firman Allah SWT yang bermaksud :
…dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), …serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَةً
(Allahumma inni as aluka al-'afiyah)
“Ya Allah, aku memohon kepada MU 'afiyah”
[untuk menyelamatkan diri daripada sebarang kesusahan yang menimpa]
إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَـٰٓأَبَتِ إِنِّى رَأَيْتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوْكَبًۭا وَٱلشَّمْسَ وَٱلْقَمَرَ رَأَيْتُهُمْ لِى سَـٰجِدِينَ
(Idz qala Yusufu li-abihi ya abati inni ra’aitu ahada ‘ashara kawkaban wasy-syamsa wal-qamara ra’aituhum li sajidin.
(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya aku telah melihat (dalam mimpi) sebelas bintang, matahari dan bulan; aku melihat mereka semua sujud kepadaku.”
اللَّهُمَّ يَسِّرْ وَلاَ تُعَسِّرْ، رَبِّ تَمِّمْ بِالْخَيْرِ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Allahumma yassir wala tu’assir. Rabbi tammim bil khoir. Birohmatika Ya Arhamarrahimin.”
“Ya Allah, permudahkanlah, jangan Engkau persulitkan. Ya Tuhan, sempurnakanlah dengan kebaikan. Dengan rahmat-Mu, wahai Yang Maha Pengasih di antara yang pengasih.”
اَللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَ أَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْل
(Allahumma la sahla illa ma ja'altahu sahla wa anta taj'alul hazna idza syi'ta sahla)
“Ya Allah tidak ada kemudahan kecuali yang Engkau buat mudah, dan Engkau menjadikan kesedihan (kesulitan) jika Engkau kehendaki pasti akan menjadi mudah.”
اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا بِسُوءِ الخَاتِمَة
(Allhummakhtim Lanaa Bihusnil Khotimah Walaa Takhtim Alainaa Bisuuil Khotimah)
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik) dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan pengakhiran yang buruk.”
Doa Hisab Mudah
اللَّهُمَّ حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرًا
(Allahumma hasibni hisaban yasiran)
“Ya Allah, hisablah aku dengan hisab yang mudah.”
Doa Mohon Kebaikan Takdir
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنَ الْخَيْرِ كُلِّهِ، عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ،
وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الشَّرِّ كُلِّهِ، عَاجِلِهِ وَآجِلِهِ، مَا عَلِمْتُ مِنْهُ وَمَا لَمْ أَعْلَمْ
(Allahumma inni as’aluka minal-khayri kullihi, ‘ajilihi wa ajilihi, ma ‘alimtu minhu wa ma lam a‘lam, wa a‘udhu bika minash-sharri kullihi, ‘ajilihi wa ajilihi, ma ‘alimtu minhu wa ma lam a‘lam)
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu segala kebaikan, sama ada yang segera (dekat) atau yang tertangguh (jauh), yang aku ketahui dan yang aku tidak ketahui.
Dan aku berlindung dengan-Mu daripada segala kejahatan, sama ada yang segera atau yang tertangguh, yang aku ketahui dan yang aku tidak ketahui.”
اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو، فَلَا تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ
(Allahumma rahmataka arju, fa la takilni ila nafsi tarfata ‘ayn, wa aslih li sha’ni kullah, la ilaha illa anta)
“Ya Allah, hanya rahmat-Mu yang aku harapkan. Maka janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata, dan perbaikilah semua urusanku. Tiada Tuhan selain Engkau.”
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
(Rabbana atina fiddunya hasanah wafil akhirati hasanah waqina ‘adzabannar)
“Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab(siksaan) api neraka.”
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ، إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
(Allahumma ighfir lī wa tub ‘alayya, innaka anta at-Tawwabu ar-Rahim)
“Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.”
(HR. Abu Dawud, At-Tirmidzi)
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
(Rabbana laa tuzigh qulubana ba’da idz hadaitana wahab lana min ladunka rahmatan innaka antal wahhab)
“Wahai Tuhan kami, janganlah Engkau menyesatkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk, dan berilah rahmat dari Sisi-MU, sesungguhnya Engkau maha pemberi.”
Saidina Uthman r.a pernah menasihatkan :
"Sekiranya hati kita bersih, tentu kita tidak akan kenyang (membaca) Kitabullah".
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami hati yang tidak kenyang (membaca) Al Quran.
Ya ALLAH rahmati kami dengan Al-Quran, jadikan ia sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya ALLAH ingatkan kami apa yang terlupa dan ajarkanlah apa yang kami tidak tahu. Rezekikanlah kami membacanya(Al-Quran), sepanjang malam dan sepanjang siang hari. Jadikan ia sebagai penolong kami(hujah) wahai TUHAN wahai TUHAN seluruh alam.
Ya ALLAH bantu kami istiqomah serta dapat berjemaah bersama-sama, Ya ALLAH kami jahil, jauhkan lah kami dari kejahilan, Ya ALLAH terimalah kami sebagai hamba-MU …kami yang lemah, yang banyak dosa ini, yang selalu alpa, selalu melakukan maksiat yang nampak mahupun tidak nampak... sesungguhnya memang benar kami hamba yang sangat lemah, yang hanya bergantung dengan-MU Ya RAHMAN, tanpa kekuatan dari MU nescaya hina kami ini, Ya RAHEEM bantulah kami.. Ya ALLAH golongkan kami dalam golongan Ashabul Yamin, Ya ALLAH kurniakan kami kefahaman dalam agama, kefahaman dalam ilmu, kurniakan kami ilham, keikhlasan yang dalam Ya ALLAH , Ya ALLAH tingkatkan ketauhidan, keimanan serta ketakwaan kami kepada-MU, pelihara iman kami, pelihara aqidah kami, permudahkan segala urusan kami di dunia dan di akhirat, kurniakan kami pengakhiran hidup yang baik dalam khusnul khotimah, kurniakan kami kematian yang syahid, serta meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat (kerana Allah SWT akan melindungi daripada fitnah kubur), tempatkan kami dikalangan hamba hamba-MU yang soleh solehah, tempatkan kami dikalangan ahli syurga firdaus, permudahkan perjalanan titian sirat kami, jadikan segala urusan kami sebagai ibadah, panjangkan umur kami dalam ketaatan, dalam keberkatan, kurniakan kami rezeki seluas langit-MU, seluas lautan, dari segala punca, juga seperti air zam zam yang tidak putus mengalir, kurniakan kami kesihatan yang baik serta rasa syukur ke atas nikmat kesihatan, jika kami diuji dengan kesihatan, Ya ALLAH sembuhkan lah kami dengan kesembuhan yang segera baiknya, kurniakan kami nikmat kebahagian dan kegembiraan, sentiasa kurniakan kepada kami taufik dan hidayah, jadikan kami hamba-MU yg Husnul Khuluq, bukan su'ul khuluq. Jauhkan kami sifat Takabur, Ujub, & Riak. Ya ALLAH jadikan kami hamba Mu yang sederhana, kurniakan kami kesederhanaan dalam kehidupan, ditutupkan segala keaiban, dijauhkan dari segala kemunafikan, jemputlah kami ke rumah-MU Ya ALLAH Makkah Al Mukarramah, izinkan kami menjadi tetamu Rasulullah SAW, ke Madinah dan Masjid Nabawi, untuk menunaikan Ibadah Haji dan Ibadah Umrah, Ya ALLAH masukkanlah kami dalam golongan yang beriman yang menerima kitab amal di tangan kanan kami, Ya ALLAH Ya MUQIIT yang Maha Memberi Kecukupan. Kurniakanlah kecukupan kepada kami dalam setiap takdir kami. Cukupkanlah kami dengan rasa kecukupan pada setiap apa yang KAU kurniakan kepada kami sehingga kami tidak berasa perlu untuk meminta-minta kepada selain dari-MU, cukupkanlah kami dengan perkara yang kami perlu dalam pengajian kami ini. Pandu kami Ya ALLAH , Ya ALLAH kurniakan kami marghfirah, keberkatan, ketaatan, ketakwaan, kerahmatan, keredhaan, peliharaan, serta sentiasa kurniakan kami, berada dalam kasih sayang-MU Ya ALLAH Ya Rabbal Alamin.
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
ASTAGHFIRULLAHAL-‘AZHIMA LI WA LI-WALIDAYYA WA LIL-MU’MININA WAL-MU’MINAT
“Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung untuk diriku, kedua ibu bapaku, dan bagi semua orang mukmin lelaki dan perempuan.”
الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ
Alhamdulillahi ‘alaa kulli haal
ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ
آمين، آمين، آمين، يا رب العالمين
ٱلْحَمْدُ لِلَّٰهِ
آمِيْن اللّهُمَّ آمِيْن
Ya Allah Ya Rahman Ya Raheem Ya Kareem Ya Salam Ya Muhaymin Ya Gaffar Ya Ghafuur Ya Ghaffir Ya Afuw Ya Tawwab Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Wahhab Ya Wadud Ya Wahid Ya Hakiim Ya Alim Ya Hafiz Ya Aziz, Ya Barik Ya Mujib Ya Ghani Ya Mughni Ya Fattah Ya Razzaq Ya Latif Ya Azim Ya Syakur Ya Nuur Ya Sabur
Alhamdulillah In Syaa Allah Ta’ala
Alhamdulillah Biiznillah
🤍Kemuncak Tauhid itu Diam🤍
Sabda Rasulullah SAW:
"ZIKIR yang paling utama adalah
LA ILAHA ILLALLAH dan
DOA yang paling utama adalah
ALHAMDULILLAH."
🤍 Sejengkal hambaKu mencari Ku..
akan Aku datang sehasta..
Sehasta hambaKu mencari Ku..
Akan Aku datang sedepa..
Berjalan hambaKu mencari Ku..
Akan Aku datang berlari.. 🤍
"Perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat. Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita cita abadi kita"
🕊️Hidayah itu milik Allah SWT
Hidayah susah nak dapat
susah nak jaga
tapi senang nak pergi
HIDAYAH perlu dicari
Ia akan dtg bila hatimu mula mencari
TAUFIQ itu perlu di dekatkan dengan diri
biar ia mudah datang kepada mu🕊️
“Allah Subhanahu Wa Ta’ala mengikut sangkaan hambaNya”
“Allah Subhanahu Wa Ta’ala memberi apa yg kita perlu, bukan apa yang kita mahu”
“Carilan hikmah dalam segenap perkara yang kita kerjakan. Hanya dengan itu diri kita akan tersenyum dan terus tersenyum meskipun kita diuji dengan ujian yang tidak pernah dipikul oleh sesiapa pun di dunia ini”
“Mengamalkan Agama ini tidaklah lama, hanya sampai mati saja. Kalau pun besok kita mati, ya sudah... sampai besok saja”
"Teman hidup kita adalah 'kawan'… tapi teman mati kita adalah 'Al-Quran‘“
"Berselawat lah sehingga selawat kita berkualiti. laitu ketika kita tidak terfikir untuk berselawat pun, ia tetap keluar daripada mulut kita..."
🕋🕌Labbaik Allah humma labbaik
Labbaika la sharika laka labbaik
Innal hamda wanni’mata
Laka walmulk Laa sharika lak🕌🕋
Berkata mengenai orang yang betul pun, sudah dikira mengumpat, berkata mengenai orang yang salah pun sudah menjadi fitnah…
🤍Kemuncak Tauhid itu Diam🤍
'Buatlah suatu kebaikan yang terus kidup... Walaupun setelah kita mati"
“Setiap kesabaran pasti bertemu kebahagian”
“Harga untuk ker Syurga itu sangat mahal. Mujahadah itu Pahit, kerana Syurga itu Manis. Akhirat di hati, Dunia di tangan. Dunia sementara Akhirat selamanya”
masyaAllah tabarakAllah ..tiada yang ana punya, tiada yang kita punya...semua ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala punya...ana tiada apa-apa, kita tiada apa apa,
“Kita nampak baik di mata manusia, asbab Allah Subhanahu Wa Ta’ala tutupi aib diri”
"Sebaik-baik diri kita, masih lebih baik orang lain." "Seburuk-buruknya orang lain, masih lebih buruk diri kita”
"Orang yang tinggi adab walaupun kekurangan ilmu masih lebih mulia daripada orang yang banyak ilmu tetapi kekurangan adab.”
🍃Apa yg sudah terjadi adalah urusan dan kehendak Allah Subhanahu Wa Ta’ala ..tetapi apa yang belum terjadi.. boleh diubah dengan doa
Bila hati benar2 yakin pada Allah.. disitu lah titik bermula nya kebahagiaan dan perubahan hidup..🍃
MATI ITU PASTI
"Kematian itu terjadi bukan karana sakit, kecelakaan, atau yang lain, tapi karena takdir"
Rasullullah SAW berpesan pada orang lelaki@perempuan yg berusia 40tahun atau hampir dengan usia ini, secukupnya harus persiapkan diri dengan kematian dalam hidup kamu. Jika kamu tidak dapat DUNIA di usia ini jangan kamu kejar lagi dunia ini, tinggalkan lah... Nanti kamu tidak akan terkejar dengan AKHIRAT ...kejar lah AKHIRAT. Sesiapa yang dalam usia ini tiba-tiba masih tidak berubah juga dalam kehidupan dia dan tidak menjadikan diri dia makin Soleh & Taat pada perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala ...dibimbangi diri nya tidak akan diberi lagi HIDAYAH oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala ...Jika seseorang itu tidak lagi mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala apa akan jadi pada kehidupan kita nanti...sementara masih diberi peluang, guna sebaik mungkin, jangan biar kasih sayang Allah Subhanahu Wa Ta’ala ini jauh dari kita.
Jika kita masih diberi ujian masih ditegur Allah Subhanahu Wa Ta’ala syukur lah itu tanda Allah Subhanahu Wa Ta’ala masih sayang pada kita...
Allah Subhanahu Wa Ta’ala uji tanda SAYANG
Berharap pada manusia kita akan kecewa
Berharap pada Allah SWT akan buat kita bahagia untuk selama-lamanya
“Taat Itu Nikmat”
“Musibah Itu Hikmah”
“Sabar Itu Indah”
أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَةً
(Allahumma inni as aluka al-'afiyah)
“Ya Allah, aku memohon kepada MU 'afiyah”
[Untuk menyelamatkan diri daripada sebarang kesusahan yg menimpa]
❤︎ Makna SABAR itu, membalas segala kejahatan dengan kebaikan ❤︎
Kita tahu tak bila mata kita akan pejam selama-lamanya… iya tahu, BILA BILA MASA ❤︎Dunia Sementara Akhirat Selamanya ❤︎
“Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian. SEKIRANYA ALLAH REDHA SEDANGKAN SELURUH DUNIA BERPALING DARIPADAMU, MAKA ITU TIDAK PENTING. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluruh makhluk menolak maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun… kerana itu lah sepatutnya
hanya redha Allah semata-mata yang menjadi tujuan utama.” di dalam khidmat dakwah ini -Ahmad Ammar bin Ahmad Azam
“Jika engkau mahukan teman, cukuplah Allah sebagai teman, Jika engkau mahukan musuh, cukuplan nafsu sebagai seteru, Jika engkau mahukan hiburan cukuplah Al-Quran sebagai bacaan, Jika engkau mahukan nasihat, cukuplah mati sebagai penasihat.”
-Ahmad Ammar Ahmad Azam
Ya ALLAH bantu ana … Ya ALLAH bantu kami semoga tanpa henti berbuat kebaikan kerana jika Allah Subhanahu Wa Ta’ala tidak memberikan hidayah pada seseorang ia tak akan terjadi... tapi, jika kita tidak henti berbuat kebaikan in syaa ALLAH ia mungkin asbab hidayah buat mereka ☝🏻LA ILAHA ILLALLAH
"Sibukkan diri dengan melihat aib dan kekurangan yang ada pada diri sendiri. Jangan sibuk dengan melihat aib yang ada pada orang lain." (Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid)
“Menjaga hati sama pentingnya dengan menjaga lisan. Sebab, seseorang jika hatinya baik, maka akan keluar dari lisannya perkataan baik. Lisan mencerminkan kebersihan Hati seseorang."[ Al Habib Ali Zainal Abidin Bin Abdurrahman Al Jufri ]
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam".(Riwayat Bukhari & Muslim)
"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya".(Riwayat At-Tarmizi)
Menasihati orang yang bersalah,tidak salah. Yang salah memikirkan kesalahan orang.
"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya.. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".(Riwayat Abu Naim)
…tak dapat kepujian manusia pun tak apa sebab semua tu tak penting… pelihara niat dan ikhlas dalam mencari redha ALLAH
"Harta yang paling untung Sabar, Teman yang paling akrab Amal, Pengawal yang paling waspada Diam, Bahasa yang paling indah Senyum, Ibadah yang paling indah tentunya Khusyuk, Orang yang paling Manis, Orang yang menghulurkan senyuman dengan Ikhlas, Kerana selain sedekah, Senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati & senyuman itu tidak Menyakitkan, Tetapi menjadi penawar hati yang sakit.."
Apa yang ditetapkan ALLAH SWT pada kita itulah yang terbaik buat diri kita... Sentiasa bersangka baik kepadaNYA
🍃Semoga ALLAH SWT merubah Ilmu menjadi Amal, Amal menjadi Ikhlas🕊️
Jangan pernah kembali kepada perkara yang telah ALLAH SWT jauhkan darimu..
"Hijrah tak susah, yang susah ni namanya istiqamah.
Orang yang berhijrah belum tentu selamat, yang istiqamah insyaAllah selamat."
Hijrah dengan Hati, Perkataan & Perbuatan Salah satu untuk kekal istiqomah dalam penghijrahan adalah dengan melakukan kebaikan dalam beribadah selama
40 hari, lalu terasa ringan melakukannya
Ya Allah bantu kami istiqomah
🍃Jangan lelah, jemu dan berhenti untuk menjadi baik walaupun kita bukan baik, walaupun kita seorang pendosa. Jangan pernah penat berbuat kebaikan. Selalulah Ikhlas, Muhasabah Diri, dan Berlapang Dada🍃hanya Redha ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala semata-mata menjadi tujuan utama. Sahabat syurga jadilah insan yang Ikhlas dan baik kerana yang cantik dan lawa sudah terlalu ramai. Kesederhanaan kesempurnaan kita di dunia sementara dan pinjaman ini, 🕊️Dunia Sementara Akhirat Selamanya 🍃
Daripada Jabir bin Abdullah RA, sabda Rasulullah SAW:
أَفْضَلُ الذِّكْرِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
Maksudnya: Sebaik-baik zikir ialah Lā`ilāha`illāLlāh (Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah).
Hadis riwayat al-Tirmidzi, Ahmad, Ibnu Majah dan lain-lain.
_________________________
Perbaharui Iman dengan Kalimah Tauhid
Iman itu boleh pudar dan lemah seiring waktu. Bagaimana cara untuk kita memperbaharuinya?
Sabda Rasulullah SAW: "Perbaharuilah iman kamu. Dikatakan : Wahai Rasulullah, bagaimana kami mahu memperbaharui keimanan kami?
Baginda menjawab, Perbanyakkan mengucap La Illaha Illallah."
https://youtu.be/lO__0JXj374?feature=shared
Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Orang yang lebih berhak mendapat syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang lebih banyak selawatnya kepadaku."
(Hadis riwayat Ibn Mas'ud r.a)
“Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah SWT akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” [Riwayat Muslim (384)]
Fi Amanillah wa fi Hubbillah.
Siiru ‘ala barakatillah.
Mahabbah fillah.
Ukhuwah fillah abadan abada.
🍃A’na Uhibbukum Fillah🕊️
(Maafkan, doakan a’na)