28/10/2025
Pertama, kita kena faham bahawa zakat pendapatan dan zakat simpanan adalah dua perkara yang berbeza taklifan.
Zakat pendapatan ialah zakat atas hasil yang diterima iaitu seperti gaji, elaun, bonus dan sebagainya.
Zakat simpanan p**a ialah zakat atas baki wang yang kekal milik kita setelah cukup haul (setahun) dan nisab (paras minimum wajib zakat).
Namun hasil pendapatan yang kita perolehi itulah sebahagiannya disimpan. Mudah kata, simpanan tu datang dari sumber yang telah dizakatkan. Maka, di sinilah timbul persoalan : Adakah kena bayar zakat dua kali?
𝗣𝗥𝗜𝗡𝗦𝗜𝗣 𝗔𝗦𝗔𝗦 𝗭𝗔𝗞𝗔𝗧 : 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 𝗚𝗔𝗡𝗗𝗔𝗔𝗡 𝗭𝗔𝗞𝗔𝗧.
Islam tidak membebankan. Ulama telah menetapkan kaedah melalui sabda Nabi SAW:
"لَا ثِنْيَا فِي الصَّدَقَةِ"
“Tidak ada gandaan dalam zakat.”
(Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf (11044))
Maksudnya, zakat tidak boleh dibayar dua kali atas harta yang sama dalam tahun yang sama.
𝗙𝗔𝗧𝗪𝗔 & 𝗔𝗠𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔.
Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menetapkan bahawa pembayar zakat simpanan boleh membuat pelarasan elak dua kali zakat.
Tujuannya ialah untuk tolak jumlah zakat pendapatan yang telah dibayar sebelum ini, supaya tidak berlaku penggandaan pada harta yang sama.
Begitu juga PPZ-MAIWP (Wilayah Persekutuan) menjelaskan bahawa zakat simpanan dikira atas baki terakhir yang kekal selepas haul, bukan menambah semula jumlah yang telah dizakatkan semasa menerima pendapatan.
𝗝𝗔𝗪𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗗𝗔𝗛𝗡𝗬𝗔 :
"Simpanan dari sumber pendapatan yang telah dizakatkan pada tahun tersebut, 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 perlu dizakatkan lagi sehinggalah simpanan tersebut telah beralih tahun dan cukup nisab."
𝗞𝗘𝗦𝗜𝗠𝗣𝗨𝗟𝗔𝗡
Islam tidak akan membebankan umatnya. Namun, dalam masa yang sama kita perlu berhati-hati dalam melaksanakan tuntutan zakat agar tidak ada yang terkurang atau tersalah kira.
Firman Allah SWT:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنفِقُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ الْأَرْضِ ۖ وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian daripada apa yang kami keluarkan dari bumi untuk kamu, dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya.”
Sumber FB: https://www.facebook.com/share/p/1BZg9GruUF/