Bawal puteh24

Bawal puteh24 ( اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد )
Allahumma solli `ala sayyidina muhammadin wa`ala ali sayyidina muhammad 🤍

G424 dianugerahkan gas.Sudan dikurniakan emas.Congo memegang kobalt.Haiti memiliki batu kapur.Afghanistan menyimpan temb...
07/11/2025

G424 dianugerahkan gas.
Sudan dikurniakan emas.
Congo memegang kobalt.
Haiti memiliki batu kapur.
Afghanistan menyimpan tembaga.
Papua Barat subur dengan minyak mentah.

Kekayaan itu tidak membawa keamanan. Sebaliknya, ia menjadi sebab tanah mereka dijajah, rakyat mereka dizalimi dan darah mereka ditumpahkan.😭


TIGA GOLONGAN MANUSIA DI PADANG MAHSYARUstaz Wadi Annuar pernah menyampaikan satu tazkirah yang menyentuh hati, tentang ...
07/11/2025

TIGA GOLONGAN MANUSIA DI PADANG MAHSYAR

Ustaz Wadi Annuar pernah menyampaikan satu tazkirah yang menyentuh hati, tentang suasana ketika manusia dibangkitkan di Padang Mahsyar. Hari itu, semua manusia akan berdiri di hadapan Allah dalam keadaan yang tidak pernah dibayangkan oleh akal. Tiada lagi darjat, tiada lagi pangkat, tiada lagi kasih antara keluarga. Hanya diri dan amal yang menjadi penentu nasib. Inilah hari yang Allah gambarkan dalam Surah ‘Abasa ayat 34 hingga 37: “Pada hari itu manusia lari daripada saudaranya, dan daripada ibu dan bapanya, serta daripada isteri dan anak-anaknya. Setiap orang pada hari itu sibuk dengan urusan dirinya sendiri.”

Ustaz Wadi menjelaskan bahawa ketika manusia dibangkitkan, akan ada tiga golongan. Golongan pertama bangkit dalam keadaan bingung. Mereka terpinga-pinga, bertanya sesama sendiri, “Kita di mana? Hari apa ini? Apa yang sedang berlaku?” Mereka tak tahu apa-apa, kerana selama di dunia, hati mereka lalai daripada mengingati Allah. Golongan kedua ialah mereka yang diberi binatang tunggangan untuk menuju ke Mahsyar. Inilah golongan yang dimuliakan oleh Allah, hamba yang beriman dan taat. Mereka melalui manusia lain di kanan dan kiri mereka, mengenali wajah-wajah yang pernah mereka kenal, tetapi tiada siapa yang akan menegur sesiapa. Setiap orang hanya fikirkan diri sendiri, nafsi, nafsi — “diriku, diriku.” Bahkan para nabi seperti Nabi Ibrahim dan Nabi Isa juga akan berkata demikian kerana dahsyatnya murka Allah pada hari itu.

Golongan ketiga, kata Ustaz Wadi, ialah golongan paling celaka. Mereka dibangkitkan dalam keadaan berjalan dengan muka mereka. Nabi SAW bersabda dalam hadis sahih, apabila sahabat bertanya bagaimana manusia boleh berjalan dengan muka, Baginda menjawab: “Allah yang menjadikan manusia berjalan di atas kaki di dunia, Dialah juga yang menjadikan mereka berjalan di atas muka pada hari kiamat.” Golongan ini terdiri daripada orang kafir, munafik dan fasik. Bayangkan, wajah yang selama ini kita jaga dan banggakan di dunia, hari itu dihentak ke tanah untuk bergerak menuju ke Mahsyar.

Ustaz Wadi menutup pesannya dengan kata yang penuh makna: “Hasbunallah wa ni‘mal wakil. Dunia ini masih ada ruang. Ini peluang kita. Mula hari ini. Yang tak solat, mula hari ini.” Dunia masih memberi kesempatan untuk kembali kepada Allah. Saat kita masih boleh sujud, masih boleh beristighfar, itulah rahmat yang tak ternilai. Kerana di Mahsyar nanti, tiada lagi peluang, tiada lagi rayuan. Hanya amal yang akan menentukan sama ada kita diangkat mulia, atau diheret hina.

Abdul Qadir, warga Pakistan berusia 82 tahun, menghabiskan 15 tahun hidupnya menggembala kambing di kampung kecilnya dem...
06/11/2025

Abdul Qadir, warga Pakistan berusia 82 tahun, menghabiskan 15 tahun hidupnya menggembala kambing di kampung kecilnya demi mengumpul wang untuk menunaikan umrah. Dengan kesungguhan dan kesabaran, impian itu akhirnya menjadi nyata, membuktikan bahawa tiada yang mustahil bagi hati yang benar-benar rindu kepada Baitullah. Semoga kisah ini menjadi inspirasi, dan semoga Allah mempermudahkan langkah kita semua untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci suatu hari nanti.

Alhamdullilah, Doktor-doktor dari Mercy Malaysia dah selamat masuk ke G! Kami bersamamu 🍉Doktot sedang sibuk melakukan p...
06/11/2025

Alhamdullilah, Doktor-doktor dari Mercy Malaysia dah selamat masuk ke G! Kami bersamamu 🍉

Doktot sedang sibuk melakukan pembedahan. Alhamdullilah, bantuan-bantuan perubatan telah sampai 🤲🏻

Hasbulnallah wa nikmal wakeel.

Address

Masai

Telephone

+60196221059

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bawal puteh24 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bawal puteh24:

Share