26/12/2024
ASSALAMUALAIKUM FACEBOOKERS SEMUA;
Rakaman "LIVE" pada: 25/12/2024 (Cuti Hari Chistmas) di Tasik Perbandaran Temerloh bersempena dengan acara "Agro Venture Fun Walk" yang dianjurkan oleh Pertubuhan Peladang Malaysia Cawangan Temerloh, Pahang.
Berbagai acara dijalankan, seperti senam santai aerobic, pertandingan memasak pelbagai jenis menu berasaskan daging lembu, Fun Walk untuk dewasa dan kanak-kanak sekeliling tasik, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Disediakan oleh pihak penganjur hadiah-hadiah mengikut nombor penyertaan yang diberikan kepada para peserta acara. Penyertaan acara-acara tersebut bukan sahaja kepada ahli-ahli pertubuhan malah terbuka kepada warga Daerah Temerloh. Sungguh meriah dan berjalan dalam suasana Ukhwah sesama peserta dikalangan semua bangsa warga Temerloh.
Acara "Agro Venture Fun Walk" ini akan menjadi acara tahunan bagi ahli-ahli pertubuhan ini ditahun mendatang nanti sebagaimana yang dijanjikan oleh pihak penganjur.
Pertubuhan Peladang Temerloh mengalu-alukan orang ramai menjadi ahli dengan pelbagai imbuhan kemudahan dengan memberi harga diskaun keatas produk-produk yang di jual dikedai mereka yang terletak di No. 1263, Bandar Baru, Jalan Kuantan, 28000 Temerloh, Pahang.
Made LIVE at TASIK PERBANDARAN TEMERLOH (Temerloh Municipality Lake)