Team Paranormal Mentakab

Team Paranormal Mentakab TEAM PARANORMAL MENTAKAB membuat aktiviti paranormal dan eksplorasi di kawasan pahang yg di katakan misteri.

Juga misi kami sebagai anak muda ingin belajar mencari pengalaman dan berkongsi pengalaman dalam dunia makhluk ghaib.

KETIKA Siti Fazilah sedang ralit termenung sambil menahan rasa mengantuk, telefon di kaunter bilik mayat tiba-tiba berbu...
13/06/2025

KETIKA Siti Fazilah sedang ralit termenung sambil menahan rasa mengantuk, telefon di kaunter bilik mayat tiba-tiba berbunyi membuatkannya tersentak.Panggilan daripada jururawat tingkat tiga itu memintanya menghidupkan suis peti sejuk mayat kerana ada jenazah yang akan disimpan.

Sambil melihat ke arah jam yang menunjukkan pukul 1 pagi, Siti Fazilah memberitahu dia sempat bertanya tentang si mati bagi memudahkan urusannya menyediakan barang-barang diperlukan.
"Sementara menunggu mayat turun, saya ambil keputusan untuk duduk di dalam bilik tersebut dan membelek beberapa helaian kertas dan fail yang terdapat di atas meja.

"Sesekali saya menjeling ke arah peti sejuk simpanan mayat untuk melihat suhu sama ada ia sudah mencapai kadar sejuk yang diperlukan atau pun belum," katanya. Namun tiba-tiba, pintu bilik mayat tersebut terbuka sebelum melihat rakannya, Sarah, jururawat dari wad tingkat 4 muncul dan duduk di kerusi berdekatan tempat dia sedang berdiri.
Sarah nampak keletihan tetapi dia tidak mahu bertanya banyak kepada rakannya itu kerana sedang sibuk menyusun fail dan dokumen di atas meja.
"Dalam saya tak hiraukan Sarah, hati saya terdetik apa mimpi dia turun ke bilik mayat? Tapi saya fikir ia mungkin arahan jururawat senior memandangkan kami kekurangan staff ketika ini," ujarnya.
Jam hampir menunjukkan pukul 2 pagi, tetapi kelibat mayat yang ditunggu masih belum tiba malah Siti Fazilah berkata, Sarah juga sudah terlelap sambil melentokkan kepalanya di atas meja.

Pada awalnya, dia ingin mengejutkan Sarah tetapi tak sampai hati kerana melihat rakannya itu seperti benar-benar keletihan. Fikirnya, biarlah Sarah tidur seketika sementara jenazah sampai ke bilik mayat.
"Ketika saya sibuk mengemas semua dokumen, tiba-tiba sehelai kertas jatuh ke atas lantai berdekatan dengan kaki Sarah. Apabila saya tunduk untuk mengutip kertas itu, saya terkejut melihat kakinya yang kelihatan pucat dan kebiru-biruan.
"Saya cukup kenal dengan kaki jenis itu... rasa seram terus menyelubungi diri saya kerana mengetahui itu bukan rakan saya Sarah tetapi makhluk menyerupainya yang cuba menakut-nakutkan saya," katanya.
Bagaimanapun kata Siti Fazilah, dia tidak cepat menggelabah sebaliknya cuba berlagak seperti biasa memandangkan pernah berada dalam situasi sama sebelum ini.
"Kebetulan telefon berbunyi, jururawat dari wad 3 memberitahu mereka tidak jadi menghantar jenazah ke bilik mayat kerana keluarga sudah datang untuk menuntutnya.

"Sejurus talian dimatikan, saya lihat kelibat Sarah sudah tiada dan seperti dijangka ia adalah gangguan," ujarnya.
Berpengalaman 10 tahun berkhidmat sebagai petugas di bilik mayat, kata Siti Fazilah, ramai yang akan memberi reaksi terkejut apabila diberitahu tentang kerjayanya itu.
Malah soalan paling biasa ditanya kepadanya adalah sama ada dia tidak takut atau pernah mengalami kejadian seram sepanjang bertugas.
"Mula-mula dahulu, memang saya rasa takut dan gementar setiap kali ada mayat baharu yang tidak dituntut dan perlu disimpan di dalam peti sejuk.
"Mendengar cerita-cerita rakan sekerja yang lebih lama tentang pengalaman mereka juga memang menyeramkan tetapi ia adalah sebahagian daripada tugas di bilik mayat," jelasnya..

MISTERI JALAN PUNCAK ALAM! | JALAN RAYA BERHANTU KE UITM PUNCAK ALAMJalan Puncak Alam yang kini dikenali sebagai persiar...
12/06/2025

MISTERI JALAN PUNCAK ALAM! | JALAN RAYA BERHANTU KE UITM PUNCAK ALAM

Jalan Puncak Alam yang kini dikenali sebagai persiaran Mokhtar dahari adalah kawasan yang kerap dikaitkan dengan berbagai kisah seram pada awalnya kawasan ini merupakan ladang kelapa sawit milik felda dan kebanyakan pengguna Jalan Raya mengelak daripada melaluinya pada waktu malam krana suasana Jalan Raya yang sunyi dan gelap serta dikelilingi oleh hutan tebal.
Kebanyakan individu yang sering mengalami gangguan di Jalan Puncak Alam adalah pelajar-pelajar dari UITM Puncak Alam tambahan p**a Jalan Puncak Alam ini mempunyai reputasi yang sangat terkenal dengan cerita-cerita seramnya sehingga sebuah film bertajuk Jalan Puncak Alam telah ditayangkan pada tahun 2015 yang mengisahkan tentang dua orang pelajar UITM yang diganggu ketika melalui jalan tersebut pada waktu malam seorang wanita pernah berkongsi pengalaman seramnya ketika melalui Jalan Puncak Alam ini ketika sedang memandu p**ang ke rumah dia terserempak dengan satu lembaga mana yang bertenggek di atas sebuah pokok menurutnya lembaga itu berwarna putih dan bersayap dengan mata yang berbentuk seperti ikan pari Walaupun dia berasa ketakutan Dan Panik pada ketika Itu dia mencoba untuk menenangkan dirinya dan meneruskan perjalanan seperti biasa.
Setelah melepas pokok tersebut Dia terlihat lembaga putih itu terbang mengekori keretanya dan seolah-olah berada di atas Bumbung kendaraannya sepanjang perjalanan p**ang ke rumah dia tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat Suci supaya lembaga yang menumpang kenderaannya itu pergi dari keretanya dan tidak mengganggunya lagi selain itu pelakon sa Iskandar juga pernah berkongsi pengalaman seramnya ketika melalui Jalan Puncak Alam menurutnya Dia pernah diganggu di sekitar kawasan Jalan Puncak Alam ketika dalam perjalanan untuk menjemput rekannya pada waktu malam ketika berada di jalan itu dia terlihat satu terlibat putih yang berdiri tegak di tepi jalan tidak lama Selepas itu dia mendengar suara seorang wanita sedang berbisik ke telinganya suara itu Kedengaran begitu dekat bermula dari arah belakang kendaraannya dan kemudian kedengaran betul-betul Di belakang telinganya lebih mengejutkan lagi ketika dia melihat melalui cermin pandang belakang keretanya Dia terlihat lembaga putih itu sedang duduk di belakangnya dengan rambutnya yang panjang mengurai wajah lembaga tersebut tidak dapat dilihat dengan jelas kerana suasana yang gelap di dalam dan luar kereta ketika pelakon itu menoleh ke belakang lembaga putih tersebut menatapnya dengan pandangan yang tajam dia terkejut dan segera membaca semua doa Yang dia ingat untuk mengatasi ketakutannya Berikut merupakan kisah-kisah seram dan menakutkan yang diceritakan oleh mereka yang berhadapan dengan makhluk halus semasa melalui Jalan Puncak Alam jadi berhati-hatilah semasa Anda menggunakan jalan ini lebih-lebih lagi pada waktu malam.
Nak lagi best layan movie

Tajuk - Kisah Seram Di Salah Satu Bilik Asrama (tempat dirahsiakan)Dulu aku sekolah 2 tahun di sebuah sekolah agama yang...
11/06/2025

Tajuk - Kisah Seram Di Salah Satu Bilik Asrama (tempat dirahsiakan)

Dulu aku sekolah 2 tahun di sebuah sekolah agama yang agak famous juga dulu. Masa tu tahun 1998-1999. Sekolah ini ada asrama 4 blok, A B C dan D. 4 tingkat yang dikira dari 0-3. Blok A attached dengan B, blok C dengan D. 4 in between 2 blok ini ada dewan makan dan gelanggang badminton.

Aku duduk di blok D dan depan asrama kitorang memang menghadap tanah perkuburan islam. Tetapi alhamdulillah tiada sebarang gangguan atau cerita yang tidak menarik dengan kubur ini dan lagipun banyak kedai-kedai di situ.

So, masa mula-mula orientasi kat sekolah, kitorang macam ada briefing kat musolla blok B level 1. Lepak-lepak kat koridor pastu terpandang la ada satu bilik di blok A level 3 yang tertutup. Tak fikir apa-apa pun dan tiba-tiba ada seorang budak tu kata, roomate dia bagitau bilik tu memang dah ditutup since 80’s lagi sebab bilik tu dah ada ‘penghuni tetap’.

Aku tengok tembok koridor depan bilik tu kosong. Bilik sebelah-sebelah dan lain-lain penuh dengan kasut sekolah yang dijemur, letak baik punya atas tembok.

Ceritanya, sesiapa yang jemur kasut termasuk sikit kawasan depan bilik tu, esoknya kasut tu punya nasib kat atas bumbung kolah mandi yang terletak di tengah-tengah antara dua blok. Patutlah banyak kasut buruk atas bumbung kolah tu. Okay, takut punya pasal, lari masuk musolla. Nasib baik aku dok block D.

Nak dijadikan cerita, ada seorang budak kelas aku baru masuk. Tak sempat orientasi, aku lupa apa sebabnya. Nama dia pun aku lupa. Dia duduk di asrama block C. Satu hari dia lalu kat dewan makan time petang macam tu. Pastu ada ibu bapa macam tengah tunggu anak dia kat dewan makan tu. Normally ada orang kat konti radio asrama kat bawah tu akan buat announcement panggil pelajar kalau mak bapak diorang datang.

Tapi petang tu takde orang, so parents tu mintak tolong budak tu panggilkan anak dia nama sekian sekian di bilik A:2:5! Setingkat bawah je dari bilik tu. So budak ni pun gigih la berlari naik tangga. Tangga blok A ni p**a terletak in between bilik 5 dan 6. Entah macam mana budak ini terlajak sampai level 3 terus menuju ke bilik sebelah tangga, A:3:5.

Pintu bilik memang terbuka, pastu dia nampak budak-budak perempuan kat dalam tu semua berkemban dan sikat-sikat rambut. Dia yang tak fikir apa-apa terus bertanya,

“Assalamualaikum, Nurul (bkn name sebenar) siapa? parents dtg kt bwh”

Semua pandang, then ade sorang jawab “awak salah bilik , dia bilik bawah”

“Ohh yeke??sorry2..time kasih”

Terus dia turun ke bilik bawah dan panggil budak yang sebenar turun. Bila dia balik ke bilik. Dia gelak-gelak cerita pengalaman yang memalukan, tersalah bilik kat kakak-kakak bilik dia. Bila dia sebut bilik atas bilik A:2:5, kakak-kakak bilik dia terkejut, atas bilik tu bilik ‘yang itu’. Kakak-kakak bilik dia nafikanlah, cakap bilik tu kosong, dah bertahun-tahun tutup. Menangis-nangis budak tu bila tau cerita pasal bilik tu. Patutlah dia kata semua sikat rambut, rambut p**a panjang-panjang tak perasan had mana.

Malam tu juga dia suruh mak bapak dia ambik. Tak lama lepas tu terus keluar dari asrama. Pergi sekolah ulang alik je. Nasib baik dia tunjuk muka cantik, kalau muka buruk, berdarah hidung agaknya budak tu.

Lepas tu je, kecoh satu sekolah. Padahal benda tu tak kacau orang luar pun. Kecuali kalau lalu depan bilik dia or dalam bilik dia of coz. Tu pasal berkunci. Puncanya katanya sebab budak-budak bilik tu dulu gatal ehem pergi main spirit-spirit yang melampau, then benda tu terus tak nak balik. Katil-katil digegar, ditarik dan macam-macam. Panggil ustaz azankan depan pintu tapi orang-orang yang ada masa tu langsung tak dengar ustaz tu. Entah macam mana punya deal, pihak sekolah setuju bilik tu dikunci dan just let them stay inside daripada menganggu kat luar. Baik korang buat hal sendiri dalam tu.

Wallahua’lam.

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar misteri seram.Pada tengah malam ini saya akan menceri...
11/06/2025

Assalamualaikum dan selamat malam kepada semua pembaca kisah benar misteri seram.Pada tengah malam ini saya akan menceritakan pengalaman kisah benar seram rakan saya yang bernama Rizal(bukan nama sebenar).

Kisah ini berlaku pada tahun 2004,.Rizal ketika itu sedang bekerja sebagai security guard di hospital yang berada di dalam daerah negeri Perak.Katanya dia ketika itu sedang bertugas pada waktu pagi dan hanya dia bekerja berseorangan di dorm A di hospital itu.Rakannya telah balik ke rumah kerana ada hal yang mustahak.Hendak tak hendak Rizal terpaksa akur juga dengan kehendak rakannya.

Ada juga rakan-rakan yang memberikan nasihat kepada Rizal dan mengatakan bahawa di hospital tempat Rizal bekerja itu keras dan berpenunggu.Rizal tidak kisah dengan cerita dari rakan nya kerana disitulah tempat Rizal mencari rezeki untuk menyara anak dan isterinya.

Hendak dijadikan cerita,pada malam itu,hujan turun renyai-renyai.Salakan anjing memecah keheningan pagi.

Rizal seperti biasa membuat tugas rondaan nya di setiap penjuru bangunan hospital.Tetapi kali ini Rizal bertugas keseorangan kerana rakannya ada hal yang tidak dapat dielakkan.

Waktu bertugas Rizal pada waktu itu adalah pada jam 12 tengah malam hingga ke jam 8 pagi.Waktu kejadian seram yang berlaku kepada Rizal ketika itu adalah di antara jam 2.30 pagi.Waktu itu Rizal sedang membuat rondaan seorang diri arah belakang bangunan hospital.Ketika Rizal sedang memeriksa dari arah belakang bangunan hospital itu secara tiba-tiba sahaja dari kejauhan dia ternampak akan seseorang perempuan sedang membongkok sedang memakan sesuatu di hadapan tong sampah.(Tong Sampah besar hospital)

Rizal berasa sangat curiga akan perempuan itu.Pakaian yang dipakai perempuan itu adalah pakaian pesakit berwarna putih.Kerana merasakan perempuan itu pesakit dari hospital.Rizal terus menempik dengan berkata "Hoi!! buat apa tu?"sambil Rizal menyuluh dengan lampu touch light tepat kearah perempuan itu.

Tiba-tiba sahaja perempuan itu menoleh kearah Rizal.Ya Allah!berderau darah Rizal melihat keadaan perempuan itu.Mulutnya penuh dengan darah berwarna coklat kehitaman.Tangan nya sedang memegang sesuatu seperti tuala yang sangat kotor.Bau hanyir terus menusuk hidung Rizal ,menyebabkan Rizal berasa loya dan terasa hendak muntah.Wajah perempuan itu tidak kelihatan kerana ditutupi oleh rambutnya yang panjang.Perempuan itu terus sahaja ketawa mengilai-ngilai diselang seli dengan salakan anjing memecah keheningan pagi. Perempuan itu seakan tersenyum pada Rizal menampakkan taringnya,.lalu secara perlahan-lahan hilang dari pandangan.

Rizal apa lagi terus sahaja berlari dari situ.Dia terus berlari hingga ke pondok security di Dorm B.Mujur ada rakannya yang bertugas di dorm B. Rakannya yang bertugas di dorm B mula bertanya kepada Rizal apa yang telah terjadi.Rizal dengan wajah pucat dan menggigil terus menunjuk-nunjuk kearah tong sampah yang di periksanya tadi.Rakan nya terus sahaja memberikan Rizal air untuk diminum dan menyuruh Rizal mengucap dan istiqfar.Rizal menceritakan apa yang telah terjadi kepada dirinya sebentar tadi.Rakannya yang mendengar cerita Rizal berasa seram sejuk.Dia pun memberi idea supaya Rizal lepak sahaja dengan dia di Dorm B. Rakan nya hendak pergi memeriksa di tong sampah tempat perempuan itu menghilang, tetapi terus sahaja dihalang oleh Rizal.Rizal berkata biarkan lah sahaja makhluk tu.Nantu dia kacau p**ak kita berdua pagi ni.Rakan Rizal mengangguk tanda faham.

Itu sahajalah kisah benar seram dan misteri yang berlaku kepada Rizal.

Nantikan lagi kisah-kisah benar seram dan misteri yang akan datang.

Akan ada banyak lagi kisah-kisah benar seram misteri yang akan penulis sampaikan dari semasa ke semasa.

Akhir kata dari penulis,..

"Alam ghaib itu ada,...kita semua tidak bersendirian"......

setelah sekian lama tidak mengarang cerita kerana sibuk akan urusan kerja, kali ini aku tampil menulis semula. Harap pem...
09/06/2025

setelah sekian lama tidak mengarang cerita kerana sibuk akan urusan kerja, kali ini aku tampil menulis semula. Harap pembaca dapat menerima cara penulisan aku. Ini kisah keenam aku akan ceritakan setelah kisah Politeknik, Rumah Sewa, Resort Mayang Sari, Jengka Pahang dan Jalan di Pahang. Kisah kali ini berkaitan dengan sebuah hentian rehat dan rawat atau lebih dikenali sebagai R&R yang berada di Maran Pahang. R&R Maran ini terletak di kilometer 173.6 lebuhraya pantai timur. R&R Maran ini sama je macam R&R yang lain cuma bila hari dah semakin gelap menuju ke malam R&R Maran ini bagi aku macam tak wujud sebabnya tak ramai yang berhenti disitu, yang ada pon hanya geng-geng lori sahaja, itu pon tak ramai.

Ceritanya bermula Nisa dan temannya dalam perjalanan p**ang ke kampung halaman di Kuantan Pahang. Perjalanan dari ibu kota Kuala Lumpur mengambil masa 4 jam untuk sampai ke Kuantan melalui Lebuhraya Pantai Timur. Mereka berdua p**ang ke kampung selepas habis waktu bekerja kira-kira pukul 6 petang. Mereka berdua keluar dari Ibu Kota jam 7.30 malam selepas solat maghrib. Keadaan trafik petang itu agak ramai juga sebab masih ramai lagi yang baru habis kerja dengan jalan jem yang tiada kesudahan. Lebih kurang 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur mereka ‘ decide ‘ berhenti di sebuah RNR iaitu RNR Maran untuk membuang apa yang patut serta menunaikan solat isyak.

Keadaan di RNR ketika itu agak sunyi dan lengang sahaja dek kerana ramai memilih untuk berhenti di RNR Temerloh dan juga RNR Gambang. Nisa bertanya kepada kawannya, ” weh kenapa kau tak berhenti kat RNR Temerloh je tadi, sini dah la sunyi tak macam RNR lain “. Rakannya memberitahu yang dia sudah terlepas pandang akan RNR temerloh tu dan baru perasan selepas melihat ada petrol pam bersebalahan RNR Temerloh. Nisa pon mengiyakan sahaja lalu berkata ” aku nak pergi toilet kejap lepastu aku nak solat isyak, kau tak nak solat sekali ke tanya Nisa”. Rakannya hanya mengangguk sahaja dan berkata aku period la, aku tunggu kat dalam kereta ya. Nisa pon terus menuju ke toilet dan surau untuk menunaikan solat.

Ketika sedang masuk ke surau dia ternampak ada seorang nenek tua bertelekung duduk di sebelah hujung surau itu. Nisa bertanya ” nenek dah solat? Kalau belum mari kita solat sakali? ” nenek berkata ” takpe cu, cu solat dulu nenek sakit kaki, kejap lagi nenek solat ye cu sambil tersenyum sinis memandang Nisa. Nisa mengabaikan nenek itu lalu mendirikan solat. Ketika solat Nisa terdengar nenek itu berkata ” tolong nenek cu, nenek sakit lalu bau busuk yang amat sangat menyinggap keseluruh surau tersebut. Baunya hanya Allah sahaja tahu betapa busuknya. Nisa terasa nak termuntah lalu mempercepatkan solat sambil beristighfar di dalam hati agar dijauhkan dengan bala bencana dan hasutan syaitan.

Selepas salam akhir diberi Nisa cepat-cepat pandang kebelakang untuk melihat nenek tadi, ternyata dibelakangnya tiada seorang pon dan telekung yang digunakan nenek tadi cantik terletak di tempatnya. Dia berasa seram sejuk lalu berdoa dan meninggalkan ruangan surau itu. Dalam perjalan menuju ke kereta, dia sekali lagi ternampak nenek tadi duduk di sebuah kerusi berhampiran dengan surau itu. Nisa pon datang menghampiri nenek tadi, dia bertanya ” nek tadi bukan nenek ke dalam surau tadi ” nenek pon berkata ” ye cu nenek tadi, nenek keluar waktu cu solat tadi sebab panas. Cu dari mana nak kemana malam-malam macam ni? ” ohh saya dari KL nek nak balik kampung dekat Kuantan ” Rakannya dalam kereta berkata, lamanya minah ni solat tak kan tak siap-siap lagi. Rakannya keluar mencari Nisa, lalu ternampak Nisa duduk disebuah kerusi sambil mulutnya sedang berbicara dengan seseorang. Kawannya ni pelik la dia cakap dengan siapa tu? Bukan ada orang pon lalu dia menghampiri Nisa sambil berkata ” oi minah kau cakap dengan siapa tu? Nisa hanya diam terus berbicara tanpa mengedahkan kawannya. Kawannya pelik lalu menepuk bahu Nisa barulah Nisa ni tersentak akan tepukan oleh kawannya itu.

Kawannya berkata “kau cakap dengan siapa ni, aduhh janganlah macam ni Nisa sini dah la gelap”. Nisa berkata ” ada nenek depan aku ni, aku borak dengan dia lah, kau tak perasan ke? Sedangkan tiada orang pon depannya. kawannya membalas ” dah-dah jom masuk kereta jauh lagi perjalanan ni sambil menarik tangan Nisa lalu menoleh kebelakang memang dia dapati tiada sesiapa disana. Masuknya mereka berdua dalam kereta, kawannya terus menghidupkam enjin kenderaan meninggalkan kawasan RNR tersebut.

Baru hendak menyusur keluar dari perkarangan RNR itu, kawannya terkejut selepas melihat sekujur tubuh tua yang sedang bertenggek di atas sebuah pokok sambil memandang tepat kearahnya sedangkan Nisa tak nampak pon kewujudan makhluk itu. Nisa yang berasa aneh akan kelakuan kawannya itu berkata ” kenapa ni? Asal kau ketar ni? “. Kawannya mengendahkan pertanyaan dari Nisa lalu ditekan pedal minyak meninggalkan terus kawasan rehat tersebut. Nisa dalam keadaan panik terus bertanya ” weh kenapa kau ni? Kenapa bawak laju sangat? ” kawannya memberitahu yang dia ternampak nenek tua dengan mata yang merah memandang tepat kearahnya. Nisa terus diam seribu bahasa selepas apa yang kawannya memberitahu dia sebentar tadi. Dalam hatinya membisik habis yang aku cakap tadi dengan nenek mana? Bau busuk dalam surau tadi datang dari mana? Soalnya di dalam hati.

Sesampainya mereka di Kuantan, kedua-dua mereka disambut oleh ibu bapa masing-masing. Nisa menceritakan kepada orang tuanya apa yang terjadi semasa perjalanan mereka kesini. Ibu bapanya beristighfar panjang sambil memesan lain kali jangan balik lewat malam. Selepas hampir 4jam perjalanan, Nisa terasa mengantuk dan meletakkan kepalanya di atas bantal sofa rumahnya.

Sedang dalam melayan mata, Nisa terdengar akan suara seseorang meminta tolong, suaranya mirip suara nenek yang dia temuai di RNR tadi. “Cu tolong nenek cu, nenek sakit sambil diikuti gelak tawa”. Nisa terkejut lalu menjerit pergi jangan kacau aku!! secara tak langsung mengejutkan kedua orang tuanya. Ayah tahu akan ada sesuatu yang tidak kena, diambil air mineral lalu dibacakan sesuatu dan disapu ke muka anaknya. Selepas keadaan sedikit tenang, Nisa memberitahu yang dia terdengar suara seorang nenek yang meminta tolong. Ibunya berkata dah jangan fikir lagi, ibu dah pesan dah sebelum ni jangan balik malam bahaya katanya. Malam ni Nisa tidur dengan ibu esok ayah bawak pergi jumpa Ustaz untuk berubat.

Keesokkan harinya, selepas siap berubat dengan seorang ustaz, ustaz itu berkata yang makhluk itu sukakan anaknnya untuk dijadikan teman. Ustaz itu memberikan sebotol air yang telah di ruqyahkan dengan ayat-ayat suci al-quran untuk Nisa agar nenek itu tidak datang lagi mengganggu hidupnya.

Aku rasa aku stop sampai sini dahulu sebab ceritanya agak panjang. Sebab kisah untuk pertama ni pun dah cukup rasanya…Kalau ada masa terluang lagi akan kuhabiskan kisah di RNR Maran. Harap pembaca bersabar. Sekian terima kasih….

*Credit Fiksyen Syasya

Kisah saya ringkas berkenaan gangguan di sebuah resort yang berhantu. Pengalaman saya ini terjadi pada awal tahun 2019. ...
09/06/2025

Kisah saya ringkas berkenaan gangguan di sebuah resort yang berhantu. Pengalaman saya ini terjadi pada awal tahun 2019. Saya telah menjemput tunang saya dari Selangor atas urusan kerja di Pahang. Tunang saya sampai pada pukul 9 malam. Saya menjemput dia dan terus menghantarnya ke resort, ditemani ibu saya. Status kami masih tunang jadi tak manislah kalau ke hulu ke hilir berduaan, lebih-lebih lagi waktu malam p**a.

Bila sampai di resort, tunang ke meja penyambut tamu untuk menambil kunci sebab dia dah tempah bilik lebih awal melalui cara dalam talian. Saya dimaklumkan pun selepas dia dah buat tempahan. Resort ini dekat saja dengan rumah saya, sekitar lima minit dah sampai. Bila dah beres, saya bawa kereta masuk ke dalam sedikit. Tunang duduk di depan, mak p**a di belakang. Sebelum sampai depan bilik, kami terpaksa melalui sebuah jembatan kecil di resort tu. Seram dan sunyi sangat, tiada pengunjung lain melainkan tunang saya seorang!

Resort ini jenis bilik sebuah seperti chalet kebanyakan. Depan deretan bilik-bilik itu merupakan hutan tebal dan dari kejauhan baru nampak lampu samar-samar yang dipasang tepi pantai tempat nelayan letak sampan dan bot. Bunyi cengkerik memecah kesunyian, memang suasana seperti dalam hutan. Keadaan gelap dan hanya berpandukan beberapa bilik yang dipasang dengan lampu depan. Dalam hati tertanya, boleh ke tunang saya tidur seorang diri pada waktu malam? Sebab saya pun macam tak sedap hati pada malam itu.

Selepas melihat bilik semua, saya pun p**ang dengan mak. Hati memang rasa tidak sedap dan bulu roma asyik meremang. Bila sampai rumah, ayah tanya tunang sewa hotel mana? Saya pun jawablah nama resort tersebut. Ayah pun terus istighfar dan berkata, “Itukan tempat berhantu!” Dalam hati saya hanya Tuhan saja yang tahu. Dahlah tunang saya jenis yang penakut tapi hendak buat macamana? Doakan saja yang dia dilindungi dari perkara yang tidak diingini.

Sementara itu di resort, tunang saya mandi, makan nasi yang saya bungkuskan dan qada' semula waktu solat yang tertinggal. Semasa mendirikan solat, tunang saya terdengar bunyi seperti kuku sedang mengerik almari di belakangnya dan rasa seperti ada orang yang berdiri di belakangnya. Dia cuba untuk tidak endahkan dan usaha menghabiskan solat. Selepas itu tunang saya pun terus tertidur sebab kepenatan.

Tidak lama kemudian, tunang saya terjaga sebab terdengar ketukan dalam almari. Bila dia bingkas bangun dan membuka almari itu, tiada p**a cicak atau serangga. Kerana dah mula tak sedap hati, dia hidupkan lampu bilik. Walaupun lampu bilik dihidupkan, terdengar di bilik sebelah seperti bunyi suara orang sedang berbisik-bisik. Apabila dijenguk melalui tingkap, tidak nampak sesiapa dan deretan bilik-bilik berikutnya gelap gelita. Dia pun cuba sambung tidur.

Baru nak terlelap, terdengar bunyi lagi dari arah almari dan bilik air. Bunyinya seperti ada orang yang mengetuk. Bila duduk di atas katil dan pandang ke arah almari keadaan senyap saja. Sambung tidur semula dan sekali lagi terdengar dalam almari macam bunyi batu yang dilontar kuat dan melantun. Sedangkan dalam almari memang kosong dan lopong tak berisi apa-apa barang pun. Waktu itu baru pukul 11 malam. Dia terus mesej saya dan saya pun terus bergegas menjemputnya tidur di rumah saya selepas ayah menyuruh saya kerana dia juga bimbang.

Semasa saya tiba di kawasan resort tersebut dan hendak sampai ke bilik tunang saya, lepas pada salah satu jembatan kecil di situ meremang habis bulu roma saya. Mak yang berada di sebelah membaca Ayat Kursi. Kereta saya letakkan di depan bilik dan memandang ke arah hutan itu. Sementara tunggu tunang berkemas, saya terperasan seperti ada cahaya merah di kejauhan dan macam ada sosok tubuh yang berdiri. Saya naikkan lampu tinggi untuk pastikan. Tapi tidak ada orang. Cahaya merah itu tiba-tiba menjadi dua seperti menyerupai sepasang mata. Saya turunkan lampu dan fikir mungkin ada benda berkilat sebab itu bercahaya bila terkena lampu kereta saya.

Untuk pastikan lagi saya naikkan sekali lagi lampu. Menjelma dua biji mata itu! Saya tenung lama dan sangkaan saya masih mengatakan ia hanya sesuatu yang berkaca. Namun tiba-tiba mata itu bergerak! Ia seperti mengelak dan hilang dan kemudian muncul semula. Perkara ini berulang-ulang untuk beberapa minit. Saya tidak rasa itu kucing sebab ketinggian pancaran cahaya kereta agak tinggi dan bukan rendah seperti saiz kucing. Mak menegur dan menyuruh saya turunkan lampu. Tunang pun terus masuk ke dalam kereta dan kami bergerak keluar dari situ. Memang seram dan menakutkan keadaan pada malam itu.

Sekian dari saya. Wassalam...
*Credit Peminat Seram Malam

08/06/2025

Kita sharing dulu la horror story kat sini sementara waktu ni... 👻

08/06/2025

Hai guys kepada semua peminat dan followers² Team Para 😎
Dah berhabuk lama menyepi , korang setuju tak kami kembali aktif beraksi bereksplorasi ?
Cerr comment sikit.

Salam semua warga fb dan followers² T.P.M . Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1446H , 2025M.In Shaa Allah mung...
03/03/2025

Salam semua warga fb dan followers² T.P.M . Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1446H , 2025M.
In Shaa Allah mungkin pada tahun 2025 selepas raya kemungkinan besar selepas 4 tahun menghilang dan akan muncul kembali beraksi !
FansGroup Team Paranormal Mentakab

Address

Mentekab

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Team Paranormal Mentakab posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Team Paranormal Mentakab:

Share

Category