DAS Videos

DAS Videos Video Creators
Shorts Video
Tips Video
Hobby Sharing
Cooking With Mood
Just Sharing Video

ANAK SARAWAK, wanita pertama terajui Shell MalaysiaKUCHING: Wanita kelahiran Kuching, Siti Hurrairah Sulaiman dilantik s...
16/12/2022

ANAK SARAWAK, wanita pertama terajui Shell Malaysia

KUCHING: Wanita kelahiran Kuching, Siti Hurrairah Sulaiman dilantik sebagai Pengerusi Negara Shell Malaysia yang baharu berkuat kuasa 1 Januari depan.

Pelantikan tersebut menjadikan beliau sebagai wanita pertama bergelar Pengerusi Negara bagi Shell Malaysia.

Siti menggantikan Datuk Ivan Tan, yang akan memegang jawatan Naib Eksekutif Presiden, Wells, untuk Kump**an Shell berpangkalan di The Hague, Belanda.

Sebagai Pengerusi Negara, Siti akan menyelia semua perniagaan Shell Malaysia, di samping peranannya sebagai Naib Presiden Kanan bagi perniagaan huluan di negara ini.

Anak kelahiran Kuching itu memulakan perjalanan bersama Shell sebagai pemegang biasiswa.

Lulusan Imperial College di London dengan ijazah kelas pertama dalam Kejuruteraan Mekanikal memulakan kerjaya sebagai Jurutera Operasi di Shell Malaysia (Upstream).

Pada awal kerjayanya, Siti mengambil peranan dalam pembangunan, perancangan, komersial dan strategi di United Kingdom dan Malaysia.

Pada 2011, beliau dilantik sebagai Pengurus Aset Malaysia wanita pertama dan Pengarah Sabah Shell Petroleum Company Limited, yang bertanggungjawab ke atas operasi minyak dan gas huluan Shell di Sabah.

Melangkah lebih jauh pada 2015, Siti berpindah ke London sebagai Pengurus Besar Operasi Komersial dalam perniagaan Perdagangan dan Pembekalan Shell, yang mana beliau bertanggungjawab dalam perkhidmatan komersial global untuk Kump**an Shell.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Naib Presiden, Integrated Gas Ventures East, bagi memikul tanggungjawab ke atas pelbagai portfolio Shell Joint Ventures merentasi negara yang berbeza di Timur, sebelum mengambil alih peranan semasa beliau sebagai Naib Presiden Operasi Aset Teknikal.

Gambar 1: SITI HURRAIRAH SULAIMAN

Anak Sarawak, wanita pertama terajui Shell Malaysia dari Suara Sarawak

16/12/2022

Makna serta kelebihan Suratul Al Fatihah.
Semoga ada manfaat 🤲🏻.

Video asal TikTok

Karnival Geng Masjid edisi Miri.Penuhi masa cuti sekolah anak-anak dengan mengunjungi Karnival Geng Masjid di Masjid  AT...
16/12/2022

Karnival Geng Masjid edisi Miri.

Penuhi masa cuti sekolah anak-anak dengan mengunjungi Karnival Geng Masjid di Masjid AT-TAQWA-Bahagian Miri

Panjangkan juga jemputan kepada saudara kita di Brunei kerana banyak booth pelancongan akan menawarkan promosi discount untuk hotel di Miri dan diskaun untuk mengerjakan umrah serta berpeluang mengikuti kursus umrah percuma.

Pelbagai aktiviti akan kita jalankan seperti Meet & Greet bersama maskot Omar & Hana English serta Batman.

Uish..ada juga pertandingan azan untuk sesiapa yang mempunyai suara merdu. Slot motivasi dan forum ehwal islam bersama selebriti seperti Ustaz Mahmud, Fakhrul UNIC , Ustas Tarmizi, Kump**an Saujana dan Farhatul Fairuzah.

Jom lock masa anda untuk program ini nanti.

Program ini dibawakan oleh Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak - DUBS Miri dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni Bidaya dan Persembahan Kreatif Sarawak.

Sarawak More to Discover.

Sarawakku

15/12/2022

Sedekahkan Suratul Al-Fatihah untuk diri dan kedua orang tua kita sama ada masih ada mau pun telah tiada.

AL FATIHAH 🤲

15/12/2022

Jarang nemu jekan sepeluk tok gais.. makan lok bismillah 😋

15/12/2022

Goreng jekan sepeluk 😋

15/12/2022

Apa nama ikan tok tempat kitak orang?
Kamek orang nunggah nye 😋

14/12/2022

Dengarkanlah disepanjang _ _ _ _
Syamsul Amri Ismail Official

14/12/2022

Kita ni bukan la baik sangat.
Cara terbaik adalah dengan Solat, In Sha Allah
Cuba !
Assalammualaikum Selamat Pagi Semuanya 🫶🏻

14/12/2022

Tazkirah : Kisah si Tukang sapu sampah by Ustaz Hanafiah Abdul Malek.

Ada seorang sahabat saya, dia seorang penyapu sampah di Dewan Badaraya Kuala Lumpur.
-mlm yg lepas kami bertemu.
-dia dtg ke rumah saya.
-dia seorang penyapu sampah tinggal dirumah Flat.
-rumah Flat di Sentul tuan²...Subhnaallah..
-apa kisah hidup dia ni?

-Dia pergi kerja sampai umur dekat nak 50 tahun tp masih kayuh basikal.
-kawan² dia yg kerja tempat yg sama ada kereta tp dia tak nak . Dia tetap naik basikal.
-tuan² apa yg berlaku?
-kawan dia ni sentiasa Hina dia.
-Satu bangunan Flat hina dia, kata kat dia macam².

-tp tuan² pd hari ini, anak 2 org Doktor & 2 org lg Arkitek.
-anak yg kerja doktor ni bg kat ayah tiap² bulan RM 2 ribu seorang. 2 anak orang anak jadi RM 4 ribu.
-dan anak yg kerja Arkitek p**a seorang bg RM 1 ribu, 2 org RM 2 ribu.
-jumlah RM 6 ribu sebulan.

-Tuan² tau tak org yg sapu sampah kdg² hati dia lebih Mulia drpd kita semua.
-lebih mulia dari saya.
-dia hanya sapu sampah...Allahuakhabar...
-tapi hati dia Mulia.
-tuan² dgn RM 6 ribu, tuan² tau tak apa yg dia buat?
-agak² lah apa yg dia buat?
-dia SEDEKAHKAN pd kawan² yg kerja sama tempat yg budak² baru ni yg ada masalah bayar sewa ruma, dia tolong sewakan.
-tolong bayar duit deposit rumah.
-cuma dia pesan, Jangan Tinggal Solat, jangan claim overtime lebih, jangan ada komisen ataupun rasuah.

-tuan² satu hari nanti saya cerita, tuan² tak berapa nak percaya.
-satu hari nanti kalau tuan² jumpa dia, saya bawa sembang dgn dia.
-org yg bercakap ni dia akan bercakap di hati.
"Ustaz, harta bukan milik kita ustaz."
-anak dia baru belikan dia BMW yg latest punya, 320i. Allahuakhbar.

-tp dia kata : " ustaz , drpd naik BMW ..saya ada sifat SOMBONG, BONGKAK, RIAK. Saya lebih selesa naik basikal ustaz."

"Basikal saya tak pernah putus rantai, tak pernah pancit tayar, botak ja tukar."
-apa maknanya? Maknanya itu BERKAT.
-anak dia tak pernah sakit tuan².
-kita ni? Gaji RM 10 ribu tapi tak bayar zakat.
-zakat pendapatan pun tak nak! Zakat simpanan pun tak nak! Zakat harta pun tak nak! Ohh...semua tak nak! Zakat perniagaan pun tak nak bayar!
-bab kata org cina "suai maa" kejap² anak sakit, kejap² kamu sakit..mcm² masalah.

Address

Miri
98000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DAS Videos posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to DAS Videos:

Share