15/05/2025
𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔
Mesyuarat Dewan Tertinggi Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA) Bil.1/2025 yang bermesyuarat pada 13 Mei 2025 jam 9:00 malam telah mengadakan perbincangan serta membuat ketatapan seperti berikut:
1. Berterima kasih serta menyambut baik inisiatif awalan dari Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam membantu Sdr. Mohd Faiz Bin Mohd Zin, Presiden MYHA Dan EXCO MBM.
2. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) MYHA Kebangsaan sebulat suara bersetuju bahawa Saudara Hamirul Idzwan Bin Hamizan, selalu Timbalan Presiden akan memangku Tugasan Presiden MYHA Kebangsaan mengikut peruntukan Perlembagaan MYHA Fasal 21 (3) (a, b, c) kerana Presiden ketika ini Masih lagi dalam rawatan kesihatan hospital.
3. Akan meneruskan pentadbiran dan kelansungan dalam melaksanaan segala perancangan program yang telah dirancang oleh Sdr. Mohd Faiz sebelum ini.
4. Pemangku Presiden juga melantik Sdri. Zulfa Nazifah Binti Azhar sebagai Penolong Setiausaha Agung (PSUA) dalam membantu melicinkan Dan meningkatkan pentadbiran MYHA.
Ahli mesyuarat juga sebulat suara dalam meneruskan bantuan berterusan kepada Sdr. Mohd Faiz dan keluarga dalam menghadapi dugaan getir ini serta mendoakan keafiatan serta kesejahteraan beliau.
Oleh itu, satu tabung kutipan akan diwujudkan oleh MYHA Kebangsaan dan juga MYHA negeri dalam menyalurkan bantuan kepada keluarga beliau.
Meneroka - Berilmu - Kreatif
Rakan Perlancongan Belia Anda
Mohamad Suhami Bin Pungut
Setiausaha Agung
Persatuan Asrama Belia Malaysia
Bertarikh : 14 Mei 2025
KBSMalaysia
Majlis Belia Malaysia
Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia
MYHA Negeri Selangor
MYHA Negeri Kedah
Myha.wpkl
Persatuan Asrama Belia Malaysia Negeri Sembilan