Alexander Elin

Alexander Elin Im not photographer & Videographer. I like to do it.

📍Sungai Temala, Long Lama, Miri Sarawak.Hi kali ini saya dan kawan berkelah dan beriadah selama satu hari ke sebuah temp...
03/05/2023

📍Sungai Temala, Long Lama, Miri Sarawak.

Hi kali ini saya dan kawan berkelah dan beriadah selama satu hari ke sebuah tempat yang terdapat di Long Lama, Miri Sarawak iaitu Sungai Temala. Perjalanan kami dari Bandaraya Miri bermula dari jam 8 pagi. Perjalanan dari Bandaraya ke kawasan Sungai Temala mengambil masa lebih kurang 3 Jam. Anda digalakan kalau dapat bergerak awal sedikit untuk menikmati air sungai lebih lama. Anda akan melalui beberapa daerah dan jalan seperti masuk ke jalan peninjau melalui Smk Bakong Miri, Pasar Lapok dan Pasar Long Lama sebelum sampai ke destinasi. Perjalanan diteruskan dari Long Lama, anda akan melihat papan tanda menuju ke Long Atip sehingga anda menemui sebuah jambatan Sungai Temala berhenti la disitu. Sungai Temala ini juga merupakan kawasan hulu sungai yang memerlukan kereta pacuan empat roda atau 4x4 kerena sesetengah jalan selepas Long Lama jalanraya tidak semua berturap. Kereta kecil masih boleh juga digunakan sekiranya pada musim kemarau.

Musim Sesuai
Memandangkan Sungai Temala kawasan hulu sungai, anda digalakan datang pada musim kemarau kerana ketika musim hujan kawasan sungai ini sangat bahaya sekali. Apabila musim hujan air ini secara mendadak akan meningkat naik dalam beberapa minit sahaja. Pastikan anda merancang perjalanan dan kalendar serta lihat waktu bilakah sesuai untuk berkelah dan beriadah.

Aktiviti
Sungai Temala juga merupakan sungai cetek dan tak berapa deras. Sungai ini kelihatan begitu jernih dan sejuk sekali. Anda dapat melihat batu-batuan dalam air diatas permukaan sungai. Aktiviti sesuai dilakukan disini anda boleh berkelah dan beriadah bersama keluarga, rakan-rakan dan aktiviti sekolah adalah sangat digalakan.

Perkara Perlu Dibawa
Item yang perlu dibawa itu mengikut kehendak masing-masing. Anda boleh melakukan aktiviti memanggang dan bawa pakaian mandi. Anda boleh mandi-mandi di sini sepanjang hari. Balik sebelum jam 4 atau 5 petang. Pastikan sebelum balik lakukan “housekeeping” kumpul barang dan sampah untuk mengelakan pencemaran sungai dan alam. Selamat berkelah dan beriadah!

Ig

https://youtu.be/mDNXv1oTNMc
09/04/2023

https://youtu.be/mDNXv1oTNMc

Uma Baha@Uma Bakah Wedding Vlog. Uma Bakah, Apau Koyan Sungai Asap, Belaga ni terletak di bahagian Bintulu, Sarawak. Perjalanan saya dari Miri mengambil masa...

Miri City Council
04/08/2022

Miri City Council

📍Grand Old Lady Miri, SarawakMercu Tanda-Miri Sign Cube
19/07/2022

📍Grand Old Lady Miri, Sarawak

Mercu Tanda-Miri Sign Cube

17/03/2022
Ig
22/03/2021

Ig

23/02/2021

Address

Miri

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Alexander Elin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Alexander Elin:

Share

Category