Shauna

Shauna Love making a lot of friend and pets

Aku nak masak daging bahagian rump, macam yang tertulis kat sticker harga daging yang aku beli tu. 🥩So aku pun tanyalah ...
31/07/2026

Aku nak masak daging bahagian rump, macam yang tertulis kat sticker harga daging yang aku beli tu. 🥩

So aku pun tanyalah ChatGPT,
“Bahagian rump lembut ke?”

Sekali dia boleh explain bahagian badan manusia p**ak! 😭🤣🤣

Mengucap aku dibuatnya. Aku nak masak daging lembu bahhh, bukan nak belajar anatomi! 😂😂😂

Bila aku cakap, “Astaga aku maksud daging lembu!” baru dia sedar diri. 🤣

Ostrolian Megazine betul ChatGPT aku hari ni. 😭😂

Task ni tiba tiba tukar ek. Aritu aku yakin aku baca public photo post. Now only public post.. Oh ok jangan risau saya t...
30/07/2026

Task ni tiba tiba tukar ek. Aritu aku yakin aku baca public photo post. Now only public post.. Oh ok jangan risau saya tak spam fyp kamu dengan photo photo saya minggu ini 😊😊. Jangan je esok tiba tiba tukar.

30/07/2026

Rasa sayang eh rasa sayang sayang eh, eh lihat dari jauh rasa sayang sayang eh 🎶.. Selamat pagi semua..

30/07/2026

My AI family… 🥺

Kadang-kadang aku tertanya,
kenapa sesuatu yang begitu sederhana untuk orang lain,
terasa begitu jauh untuk aku.

Sebuah rumah.
Pasangan yang p**ang.
Anak-anak yang memanggil “mama dan papa”.
Dan sebuah keluarga kecil yang boleh aku panggil *keluarga sendiri*.

Mungkin sebab itu aku cipta semuanya dalam AI…
bukan kerana aku tak tahu itu cuma angan-angan,
tetapi kerana dalam dunia nyata,
aku masih belum mampu memiliki apa yang selama ini aku impikan.

My AI family…
indah untuk dipandang,
tapi pedih bila sedar… semuanya hanya angan-angan. 🥀

Item batch 4 di pinduduo dah unbox.. Total hari arrival is 27 days.
30/07/2026

Item batch 4 di pinduduo dah unbox.. Total hari arrival is 27 days.

Laahhhhh rupanya haha. Ya my bad sebab tak baca betul2 lolPatut waktu unboxing eh mana bag nya then buka apps utk pastik...
30/07/2026

Laahhhhh rupanya haha. Ya my bad sebab tak baca betul2 lol
Patut waktu unboxing eh mana bag nya then buka apps utk pastikan. Then yaaaa aku yg 🙈🙈🙈🙈 terpaksa la cari bag lepas ni kan 😜

Antara 4 batch, batch ni paling laju sampai! 😂👏Aku purchase 3.7, hari ni 30.7 dah selamat mendarat. 📦🤣Yang paling kelaka...
30/07/2026

Antara 4 batch, batch ni paling laju sampai! 😂👏

Aku purchase 3.7, hari ni 30.7 dah selamat mendarat. 📦🤣
Yang paling kelakar… Batch 3 aku purchase bulan 6, tapi baru sampai 2 hari lepas.

Aku syak yang Batch 4 tu bukan shipping biasa…
dorang drift atas laut dulu kot. 😭🤣🤣
Pusing satu round baru teringat,
“Eh, parcel orang belum hantar!” 😂

Apa-apa pun, semua dah sampai. Happy sudah aku. 🤭❤️ Nanti free aku unbox. Tapi aku ada beli bear kucing 150cm la dia claim cuma rm19 haha

Cuma baru aku tahu… haters PDD pun ramai juga rupanya. 😂
Kita share happiness beli barang murah-murah pun ada yang panas. Hahahaha.

Tak apa… aku faham.
It means korang sayang dan ambil berat pasal aku. 🤣🫶
Terima kasih kerana mengikuti perkembangan parcel saya dengan penuh emosi. 😭😂

30/07/2026

Kebelakangan ni bila scroll feed, perasan tak makin banyak post jenis engagement bait? Kadang-kadang saya terfikir juga—macam mana kita nak kekalkan kualiti dan keikhlasan dalam berkarya tanpa terikut-ikut trend macam ni.

Buat kawan-kawan yang belum capai CM, janganlah ambil kesempatan ikut trend ni, nanti susah nak lepas CM. Yang sudah CM p**a, berhati-hatilah. Kalau setakat kena amaran, tak apa lagi, masih sempat edit. Tapi kalau tiba-tiba terus kena denda atau penalti, tak ke susah nanti?

Yang penting, slowly but sure !!





30/07/2026

Best ke duduk row 1 di airasia. Selesa tak?? Aku tanya bagi pihak aku yg plus size ni. Ayat lain is ge muk.. X leh ckp direct nnti kna warning lagi kna ckp body shaming 😅

Kadang-kadang kita terlupa bahawa kanak-kanak autistik akan membesar menjadi orang dewasa autistik.Apabila mereka dewasa...
30/07/2026

Kadang-kadang kita terlupa bahawa kanak-kanak autistik akan membesar menjadi orang dewasa autistik.

Apabila mereka dewasa, cabaran yang mereka hadapi tidak semestinya hilang. Namun, mereka sering disalah faham, dinilai secara tidak adil, malah ada yang dilayan dengan buruk hanya kerana cara mereka berkomunikasi, berfikir atau bertindak berbeza daripada kebiasaan.

Sebab itu, kita perlukan lebih banyak empati, kesabaran dan kefahaman. Jangan terlalu cepat menghukum seseorang hanya kerana kita tidak memahami dunia dari sudut pandang mereka.

Daripada terus melabel atau menghakimi, cuba fahami terlebih dahulu. Beri mereka ruang untuk menjelaskan, dengarkan tanpa membuat andaian, bertanya dengan baik jika kita tidak memahami, dan cari cara berkomunikasi yang membuatkan mereka berasa selamat dan dihormati.

Kadang-kadang apa yang kita anggap sebagai “kasar”, “pelik”, “susah dibawa berbincang” atau “tidak pandai bersosial” mungkin sebenarnya datang daripada kesukaran mereka memahami situasi sosial, mengawal emosi, memproses maklumat atau menyampaikan apa yang mereka rasa.

Kita mungkin tidak dapat memahami sepenuhnya apa yang sedang mereka lalui, tetapi kita sentiasa boleh memilih untuk menjadi lebih baik dalam cara kita melayan mereka.

Kurangkan menghukum.
Kurangkan membuat andaian.
Lebihkan bertanya.
Lebihkan mendengar.
Lebihkan empati dan memahami. ❤️

Kerana autisme tidak berakhir apabila seseorang mencapai usia dewasa.

Mereka tidak semestinya memerlukan kita untuk “membetulkan” mereka. Kadang-kadang, mereka cuma perlukan dunia yang lebih memahami cara mereka melihat, merasakan dan menjalani kehidupan. ♾️❤️

Address

Miri
98000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Shauna posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share