Penerangan UMNO-Muar

Penerangan UMNO-Muar SALURAN RASMI Biro Penerangan UMNO BAHAGIAN MUAR | KETUA PENERANGAN : EN. MD NORDIN BIN TAMJIS

02/09/2026

UMNO KENA BALIK KEPADA ASAL - MB JOHOR!!

01/09/2026

JOM ORANG MUAR KITA REBUT PELUANG NI!!!

I𝗑𝗙𝗒π—₯π— π—”π—¦π—œ π——π—œπ—šπ—œπ—§π—”π—Ÿ π—£π—žπ—£π— πŸ“’

πˆππˆπ’πˆπ€π“πˆπ… 𝐁𝐄𝐋𝐀𝐍𝐉𝐀𝐖𝐀𝐍 ππ„π‘π”πŒπ€π‡π€π πŠπ€π’πˆπ‡ π‰πŽπ‡πŽπ‘ πŸπŸŽπŸπŸ” : π•π„π‘π’πˆ π“π„π‘πŠπˆππˆ π˜π€ππ† 𝐓𝐄𝐋𝐀𝐇 πƒπˆπŠπ„πŒπ€π’ 𝐊𝐈𝐍𝐈

Perumahan Kasih Johor 2026 kini tampil dengan maklumat terbaharu yang telah melalui proses pengemaskinian, termasuk aspek syarat kelayakan, kategori penerima serta dokumen permohonan yang diperlukan bagi memastikan penyampaian bantuan lebih berkesan dan bersasar, melibatkan:

🏠 Bantuan Sewa Rumah – RM200/bulan
🏠 Bantuan Masuk Rumah Pertama – RM2,000
🏠 Bantuan Beli Rumah Pertama – RM5,000

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Johor melalui PKPJ dalam memperluas akses pemilikan dan kediaman yang selesa serta berkualiti kepada rakyat, khususnya golongan B40 dan M40.

Permohonan boleh dibuat dengan mengklik pautan yang disediakan atau mengimbas kod QR di brosur bagi mendapatkan borang permohonan rasmi yang terkini.
https://drive.google.com/drive/u/4/folders/1Gay9X3exZKTbwiVrL0jpi0EGZtRurI-O

β€’β€’β€’
π— π—˜π— π—•π—”π—‘π—šπ—¨π—‘ β–  π— π—˜π—Ÿπ—œπ—‘π——π—¨π—‘π—šπ—œ β–  π— π—˜π—‘π—¬π—˜π—π—”π—›π—§π—˜π—₯𝗔






01/09/2026
Kepada semua!!! Ambil peluang yang kerajaan Johor sediakan..
01/09/2026

Kepada semua!!! Ambil peluang yang kerajaan Johor sediakan..

Peluang jangan dibiarkan pergi..
01/09/2026

Peluang jangan dibiarkan pergi..

Kita memecahkan rekod DUNIA!!!!!BANGSA JOHOR MEMBUKTIKAN TIADA YANG MUSTAHIL!!!!
01/09/2026

Kita memecahkan rekod DUNIA!!!!!

BANGSA JOHOR MEMBUKTIKAN TIADA YANG MUSTAHIL!!!!

Syukur Alhamdulillah, Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar satu lagi sejarah gemilang apabila menewaskan Kuching City FC 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim, sekali gus mencipta rekod dunia baharu 109 perlawanan liga berturut-turut tanpa kalah di laman sendiri!

Menjunjung kasih DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor atas kepimpinan, visi dan komitmen luar biasa dalam membangunkan JDT sehingga menjadi sebuah kelab yang disegani serta terus mencipta pencapaian bertaraf dunia.

Kejayaan ini menyaksikan Harimau Selatan mengatasi rekod 108 perlawanan liga tanpa kalah di laman sendiri yang sebelum ini dipegang ASEC Mimosas dari Ivory Coast sejak 1994. Selepas lebih tiga dekad, rekod tersebut kini menjadi milik JDT, satu pencapaian yang cukup membanggakan buat Johor dan Malaysia.

Pencapaian ini lahir daripada perancangan yang tersusun, disiplin, mentaliti juara serta standard tinggi yang terus diterapkan dalam setiap aspek pembangunan kelab JDT.

Tahniah dan syabas kepada para pemain, barisan jurulatih, pengurusan kelab serta seluruh penyokong setia Harimau Selatan yang terus memberikan sokongan dan kepercayaan kepada JDT dalam setiap perjalanan.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk JDT terus mencipta sejarah, mengangkat nama Johor dan mengharumkan Malaysia di pentas Asia serta antarabangsa. Insya-Allah.

AYUH JOHOR! AYUH JOHOR! LUASKAN KUASAMU JOHOR!

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah

01/09/2026
01/09/2026

Address

Bangunan UMNO Bahagian Muar, No. 123 Jalan Meriam
Muar
84000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penerangan UMNO-Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share