24/11/2025
爱鱼哥
麻河时光第八期《我要鱼你在一起》
文:陈歆允 受访者:Mohd Ilham Norhakim Lokman
Mohd Ilham Norhakim Lokman,来自巴东Parit Jawa,是一位没有大学学历,却深受大学研究所和电视台邀请的“生活鱼类学家”。在麻坡,只要聊起谁最懂这片水域的鱼,他的名字总会被提起。
他从不穿白袍、不戴博士帽,家就是他的实验室,河流就是他的课堂。墙上挂满了他受访的报道,鱼缸里养着他从沟渠、河边带回来的淡水鱼。
他靠着对鱼类的热爱,一头栽进鱼的研究世界。从鱼的生活习性,到外来物种入侵问题,他样样关心、样样亲力亲为。
他也不只研究。他拍照、写书、带人进森林,教学生认鱼、护生态。他的脸书页,吸引了世界各地将近6万名关注者——有教授、学者,也有像我们这样关心地方的人。他曾说:“我没读大学,但鱼带我认识了全世界”
他的故事,是这期杂志中我们最深的感动之一。
我们想让更多人知道,在麻坡这片水域边,有一位默默守护鱼群和生态的“无证专家”。
他不是因为头衔被相信,而是因为行动被尊敬。
欢迎你翻开《麻河时光》第八期,认识这位真正“与鱼生活在一起”的人。
——————————————
想了解更多麻河的故事,
欢迎购买麻河时光第八期杂志
【我要鱼你在一起】
杂志定价:RM25
订购链接:https://forms.gle/TucdHfpjs69biUvMA
电话/短信:010-774 5358
或私信麻河时光本专页
麻河时光 Muar River Times
#麻河时光 #麻坡
——————————————————————————
Abang Ikan
Edisi Kelapan Muar River Times — “我要鱼你在一起”
Mohd Ilham Norhakim Lokman, berasal dari Parit Jawa, merupakan seorang “ahli ikan kehidupan sebenar” yang sering dijemput oleh institusi pengajian tinggi dan pihak media — meskipun beliau sendiri tidak pernah menjejakkan kaki ke universiti.
Di Muar, sebut sahaja siapa paling arif tentang ikan di perairan sini, namanya pasti muncul dahulu.Beliau tidak berbaju makmal, tidak bertopi kedoktoran. Rumahnya ialah makmalnya, dan sungai ialah bilik kuliahnya. Dinding rumahnya dipenuhi keratan akhbar dan laporan temu bual; manakala akuarium yang tersusun rapi menyimpan spesies ikan yang dikumpulkan dari parit dan tebing sungai.
Didorong oleh kecintaannya terhadap ikan, Ilham menyelami dunia kajian ikan sepenuh hati — daripada memahami tingkah laku spesies tempatan sehinggalah isu pencerobohan spesies asing. Setiap perkara dicatat, diperhatikan, dan dikaji dengan penuh disiplin.
Namun beliau bukan sekadar mengkaji.
Beliau merakam gambar, menulis buku, membawa orang masuk hutan, mengajar pelajar mengenal ikan dan menjaga ekologi sungai. Laman Facebook beliau menarik lebih 56,000 pengikut dari seluruh dunia, tiktok 120k — terdiri daripada profesor, penyelidik dan pencinta alam seperti kita.Ilham pernah berkata: “Saya tak masuk universiti, tetapi ikan telah memperkenalkan saya kepada dunia.”
Kisahnya merupakan salah satu momen yang paling menyentuh hati dalam edisi kali ini.
Kami mahu lebih ramai mengetahui bahawa di tepi perairan Muar ini, ada seorang “pakar tanpa sijil” yang senyap-senyap menjaga ikan dan ekologi sungai kita.
Beliau dipercayai bukan kerana gelaran, tetapi kerana tindakan.
Beliau dihormati bukan kerana sijil, tetapi kerana sumbangan.
_______________________________________
Selamat membaca Muar River Times Edisi Kelapan, dan kenalilah insan yang benar-benar “hidup bersama ikan” ini.
(Edisi ini merupakan majalah berbahasa Cina, diterbitkan khas untuk para pembaca yang mengikuti kisah Muar dalam bahasa tersebut.)
Untuk mengetahui lebih banyak kisah tentang Sungai Muar, dapatkan Muar River Times Edisi 8 — “我要鱼你在一起”
Harga: RM25
Order link: https://forms.gle/TucdHfpjs69biUvMA
(Majalah Ini Diterbitkan Dalam Bahasa Cina)
Telefon/SMS: 010-774 5358
Atau hantarkan mesej ke halaman rasmi Muar River Times.