Keadilan Bakri

Keadilan Bakri Calon Dun Bukit Naning Parlimen Bakri.

22/06/2026
MD YSAHRUDIN – CALON HARAPAN N.14 BUKIT NANINGSeorang anak jati Johor yang membina pengalaman melalui dunia keusahawanan...
22/06/2026

MD YSAHRUDIN – CALON HARAPAN N.14 BUKIT NANING

Seorang anak jati Johor yang membina pengalaman melalui dunia keusahawanan, pendidikan dan perjuangan politik demi membawa suara rakyat ke hadapan.

Dengan latar belakang sebagai usahawan tani serta dilantik p**a menjadi ahli lembaga FELCRA, beliau memahami cabaran yang dihadapi masyarakat luar bandar, golongan petani dan peniaga kecil. Berbekalkan pendidikan dalam Pengurusan Perniagaan dan Tadbir Urus Politik, beliau komited untuk membawa kepimpinan yang berintegriti, berilmu dan berorientasikan penyelesaian.

Sebagai Timbalan Pengurusi Majlis Pimpinan Negeri Johor dan Ketua Cabang Bakri, MD Ysahrudin terus istiqamah mendekati rakyat, mendengar denyut nadi masyarakat serta memperjuangkan kebajikan tanpa mengira latar belakang.

Bukit Naning perlukan suara yang memahami rakyat, bekerja untuk rakyat dan sentiasa bersama rakyat.

Ayuh bersama membawa Harapan, demi masa depan Bukit Naning yang lebih maju, sejahtera dan berdaya saing.





Ayuh Bersama Menyaksikan Detik Penting PRN Johor Ke 16!Malam ini bakal menjadi medan permulaan kepada perjuangan membawa...
22/06/2026

Ayuh Bersama Menyaksikan Detik Penting PRN Johor Ke 16!

Malam ini bakal menjadi medan permulaan kepada perjuangan membawa suara rakyat Johor ke hadapan. Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan PRN Johor Ke 16 dan bersama-sama menyaksikan barisan calon yang akan menggalas amanah rakyat.

📅 22 Jun 2026 (Isnin)
🕢 7.30 Malam
📍 Padang Bukit Gambir Extreme Park

Kehadiran pimpinan utama Pakatan Harapan termasuk YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, YB Datuk Seri Mohamad Sabu dan YB Loke Siew F**k pastinya menambah semangat perjuangan demi masa depan Johor yang lebih maju, makmur dan sejahtera.

Johor Ke Depan, Rakyat Diutamakan.
Undi Harapan, Demi Masa Depan Yang Lebih Baik. ❤️🤍

ZIARAH KASIH & SERAHAN BANTUANPada malam ini, YB Ysahrudin Kusni telah menziarahi Wak Aziz dan keluarga bagi menyampaika...
21/06/2026

ZIARAH KASIH & SERAHAN BANTUAN

Pada malam ini, YB Ysahrudin Kusni telah menziarahi Wak Aziz dan keluarga bagi menyampaikan sedikit sumbangan serta bertanya khabar mengenai keadaan isteri beliau yang kini sedang diuji dengan penyakit kanser paru-paru tahap 4.

Dalam suasana penuh rasa prihatin, YB Ysah meluangkan masa mendengar sendiri luahan dan cabaran yang dihadapi keluarga ini. Sesungguhnya, ujian kesihatan yang berat memerlukan bukan sahaja kekuatan pesakit, malah sokongan berterusan daripada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.

Semoga sumbangan yang disampaikan dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mengurniakan kesembuhan, kekuatan dan ketabahan kepada isteri Wak Aziz serta mempermudahkan segala urusan keluarga mereka.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Tanggungjawab kita adalah untuk terus menyantuni dan membantu tanpa mengira latar belakang.”





Selamat Hari Bapa 2026Pada kesempatan Hari Bapa ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ...
21/06/2026

Selamat Hari Bapa 2026

Pada kesempatan Hari Bapa ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua bapa yang menjadi tunjang kekuatan keluarga, pendidik pertama serta sumber inspirasi kepada anak-anak.

Pengorbanan, kasih sayang dan kerja keras seorang bapa sering kali dilakukan tanpa mengharapkan balasan. Di sebalik setiap kejayaan anak-anak dan keharmonian sesebuah keluarga, terselit usaha dan doa seorang ayah yang tidak pernah putus.

Semoga semua bapa sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan serta dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh Allah SWT.

Selamat Hari Bapa 2026. Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan.

Ikhlas daripada,

YB Ysahrudin Kusni
Calon PKR Bukit Naning
“Bersama Rakyat, Membina Masa Depan” ❤️
Md Ysahrudin Kusni

20 Jun 2026 | Solat zuhur  berjemaah bersama masyarakat di Masjid Batu 18 Ayer Hitam, Muar.Alhamdulillah, pada hari ini ...
20/06/2026

20 Jun 2026 | Solat zuhur berjemaah bersama masyarakat di Masjid Batu 18 Ayer Hitam, Muar.

Alhamdulillah, pada hari ini Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Ahmad Farhan, bersama YB Ysahrudin telah menunaikan Solat Zuhur berjemaah di Masjid Batu 18, Muar.

Seusai menunaikan ibadah, kami berkesempatan mengadakan sesi ramah mesra bersama barisan Jawatankuasa Masjid serta masyarakat setempat. Pertemuan yang penuh mesra ini menjadi ruang untuk bertukar pandangan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat.

Masjid bukan sahaja menjadi tempat ibadah, malah berperanan sebagai pusat penyatuan ummah dan pembangunan komuniti. Justeru, hubungan erat antara institusi masjid, pemimpin dan masyarakat perlu terus diperkukuhkan demi kesejahteraan bersama.

Terima kasih kepada pihak Jawatankuasa Masjid Batu 18 dan seluruh jemaah yang hadir atas sambutan yang amat baik. Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus mekar dan segala usaha ke arah kebajikan masyarakat dipermudahkan oleh Allah SWT.

“Apabila pemimpin mendekati rakyat dan rakyat mendekati masjid, maka lahirlah sebuah masyarakat yang kuat, bersatu dan diberkati.”

Address

Air Hitam
Muar
84060

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Keadilan Bakri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share