07/12/2025
Novel-novel buah tangan daripada novelis Mohd Faizullizam yang sinonim dengan Tok Alang, Hikayat Si Kembar dan Hikayat Panglima Hitam. Terima kasih tak terhingga. Kena cari masa untuk membaca karya-karya hebat ini.
Bagi saya yang tak mahir menulis panjang lebar sehingga boleh terbit novel, mungkin menimbulkan pelbagai rasa dan andaian macam mana boleh menulis karya setebal ini dan sejumlah itu. Bagaimana nak bermula? Apabila kita bertanya kepada mereka yang sudah berpengalaman, mereka hanya memberikan tips yang mudah iaitu, bermula dari bawah. Tulis saja dan teruskan. Dengan berkongsikan tulisan setiap hari di FB akhirnya boleh dibukukan.
Masuk akal juga, seperti mana pelukis setiap hari melukis dan share di FB, dan akhirnya boleh dibukukan juga. Pelukis atau Penulis masing-masing adalah Pengkarya yang menghasilkan karya mengikut kadar kemampuannya.
Teringin juga nak buat novel tapi tak pernah tercapai. Menghadap pc bertahun-tahun akhirnya lukisan juga yang jadi. Mungkin langkah pertama, kena paksa diri untuk menulis juga.