Anak-anak Muar

Anak-anak Muar Menyediakan berita dan informasi berkaitan hal ehwal semasa, pelancongan, hiburan dan sejarah di dal

Sultan Ibrahim Luang Masa Bersantap Pagi Bersama Rakyat di MuarMUAR, 3 Jun โ€“ Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Ba...
03/06/2026

Sultan Ibrahim Luang Masa Bersantap Pagi Bersama Rakyat di Muar

MUAR, 3 Jun โ€“ Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan meluangkan masa menikmati santapan pagi sambil beramah mesra bersama orang ramai di R&H Cafe Satay Maharani, Muar hari ini.

Sebelum itu, Seri Paduka Baginda berkenan memandu sendiri dari Kuala Lumpur melalui Tangkak sebelum tiba di bandar Muar.
Keberangkatan Baginda disambut oleh Pegawai Daerah Muar, Zainal Eran, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Muar, Norrizam Muhamad, serta Ketua Polis Daerah Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz.

Kunjungan tersebut sekali lagi memperlihatkan keprihatinan serta sifat mesra rakyat Seri Paduka Baginda yang sentiasa dekat dengan masyarakat.

๐Ÿ”ฅ ASSALAMUALAIKUM GENG DURIAN OREN! ๐Ÿ”ฅMalam ni jangan lupa masuk LIVE TikTok kita sebab tengah berlangsung CONTEST TOP VI...
30/05/2026

๐Ÿ”ฅ ASSALAMUALAIKUM GENG DURIAN OREN! ๐Ÿ”ฅ
Malam ni jangan lupa masuk LIVE TikTok kita sebab tengah berlangsung CONTEST TOP VIEWER ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿฅณ
๐ŸŽ 3 TOP VIEWER TERATAS akan bawa pulang:
๐Ÿฅญ 10 KG DURIAN SEORANG! ๐Ÿฅญ
Musim bulan 6 nanti kita bagi terus kepada pemenang ๐Ÿ”ฅ
โœ… Masuk live โœ… Stay dalam live โœ… Support & interact โœ… Rebut peluang jadi Top Viewer
Jangan lepaskan peluang sebab hadiah kali ni memang padu! ๐Ÿ˜
๐Ÿ“ฒ JOIN LIVE SEKARANG:
๐Ÿ‘‰ https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-96mTlqqmeSj
๐Ÿ”ฅ Siapa support paling kuat, siapa ada peluang paling cerah bawa balik durian bulan 6 nanti! ๐Ÿฅญ๐Ÿ’ฏ

Penunggang Motosikal Warga Indonesia Maut Dalam Kemalangan di PagohPAGOH, 28 Mei โ€“ Seorang lelaki warga Indonesia berusi...
28/05/2026

Penunggang Motosikal Warga Indonesia Maut Dalam Kemalangan di Pagoh

PAGOH, 28 Mei โ€“ Seorang lelaki warga Indonesia berusia 41 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya dipercayai hilang kawalan sebelum terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kampung Sedenak, Pagoh, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.20 petang itu melibatkan sebuah lori Isuzu dan sebuah motosikal.
Menurut beliau, lori yang dipandu lelaki tempatan berusia 28 tahun sedang dalam perjalanan dari Kampung Paya Redan menuju ke pekan Pagoh sebelum motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan lalu melanggar bahagian sisi kanan lori tersebut.

Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir.
Pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Muar atau mana-mana balai polis berhampiran.

Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Fasa 3 Pakej 1 di Sungai Muar, Mukim Pogoh menunjukkan perkembangan yang sangat po...
27/05/2026

Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Fasa 3 Pakej 1 di Sungai Muar, Mukim Pogoh menunjukkan perkembangan yang sangat positif apabila pelaksanaannya kini berada jauh lebih awal daripada jadual asal iaitu sebanyak 157 hari.

Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa memaklumkan bahawa projek tersebut telah mencapai kemajuan fizikal sebanyak 38.84 peratus berbanding sasaran asal yang hanya 19.98 peratus setakat ini.

Menurut beliau, pencapaian itu membuktikan komitmen berterusan Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam memperkukuhkan usaha mengurangkan risiko banjir serta menjamin kesejahteraan rakyat di Johor secara menyeluruh.

Beliau berkata, selepas kejadian banjir besar yang melanda Johor pada Mac 2023, Kerajaan Persekutuan mengambil langkah segera melaksanakan projek-projek RTB bernilai lebih RM600 juta di seluruh negeri bagi menghadapi ancaman banjir dan perubahan cuaca yang semakin mencabar.

Katanya lagi, setiap projek dipantau secara teliti bagi memastikan pelaksanaannya berjalan dengan baik, telus serta benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat.

Dr Zaliha berkata demikian selepas mengadakan lawatan meninjau perkembangan projek RTB di Mukim Pogoh, Sekijang baru-baru ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan bahawa kerajaan Persekutuan menerusi Belanjawan 2026 turut menyediakan peruntukan sebanyak RM2.9 bilion untuk melaksanakan 43 projek RTB berkeutamaan tinggi di seluruh negara.

Beliau yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan MADANI (BBC) berkata, antara projek baharu yang turut diberi perhatian ialah RTB Sungai Chaah di Segamat yang dijangka mampu memberikan perlindungan lebih baik kepada penduduk di Parlimen Sekijang serta kawasan berhampiran.

Perhatian buat seluruh penduduk Muar dan kawasan sekitarnya.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarka...
24/05/2026

Perhatian buat seluruh penduduk Muar dan kawasan sekitarnya.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang sehingga malam ini, dan daerah Muar turut termasuk dalam kawasan yang berisiko mengalami cuaca buruk.

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati, terutama ketika berada di jalan raya, melakukan kerja luar, atau berada berhampiran pokok besar dan kawasan mudah banjir. Elakkan berteduh di bawah pokok semasa ribut petir dan pastikan barang di luar rumah yang mudah diterbangkan angin disimpan dengan selamat.

Bagi penduduk di kawasan rendah atau sering berlaku banjir kilat, sentiasa peka dengan keadaan semasa dan bersedia lebih awal sekiranya paras air mula meningkat. Ibu bapa juga disaran memantau anak-anak agar tidak bermain hujan atau berada berhampiran longkang serta sungai ketika cuaca buruk.

Semoga seluruh warga Muar sentiasa berada dalam keadaan selamat dan dipermudahkan sepanjang menghadapi keadaan cuaca ini.

๐Ÿ”ฅ๐Ÿˆ PELUANG JADI AGENT DURIAN Durian Oren ๐Ÿˆ๐Ÿ”ฅNak tambah income musim durian tahun ni?Nak buat side income tanpa modal besa...
18/05/2026

๐Ÿ”ฅ๐Ÿˆ PELUANG JADI AGENT DURIAN Durian Oren ๐Ÿˆ๐Ÿ”ฅ
Nak tambah income musim durian tahun ni?
Nak buat side income tanpa modal besar? ๐Ÿ‘€
Kini kami membuka peluang kepada semua untuk menjadi:
โœ… Agent Durian
โœ… Runner Order
โœ… Team Pre-Order
โœ… Dropship Durian
โœ… Host Live TikTok
๐Ÿ’ฐ KOMISYEN SANGAT BERBALOI ๐Ÿ’ฐ
Lagi banyak order, lagi tinggi keuntungan ๐Ÿ˜Ž
โœ”๏ธ Tak perlu simpan stok
โœ”๏ธ Tak perlu ada kebun sendiri
โœ”๏ธ Kami bantu marketing
โœ”๏ธ Buah fresh terus dari kebun Muar ๐ŸŒณ
โœ”๏ธ Sesuai untuk full time atau part time
๐Ÿ”ฅ Musim bulan 6 bakal bermula
๐Ÿ”ฅ Permintaan dijangka tinggi
๐Ÿ”ฅ Peluang jana income musim durian terbuka luas
Sesuai untuk: ๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Cikgu
๐Ÿ‘ฉโ€๐Ÿ’ผ Pekerja office
๐Ÿ  Suri rumah
๐ŸŽ“ Student
๐Ÿ“ฑ Content creator
๐Ÿ’ผ Sesiapa yang nak tambah pendapatan
โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”

โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”โ”
โš ๏ธ Tempat agent terhad ikut kawasan.
Siapa cepat, dia dapat peluang dulu ๐Ÿ˜Ž
โ€œBukan sekadar jual durianโ€ฆ
Tapi bina peluang rezeki bersama.โ€ ๐Ÿˆโœจ

๐Ÿˆ Assalamualaikum warga Durian Oren ๐ŸˆJujur cakapโ€ฆ bulan 6 ni kita rasa musim durian Muar akan mula meriah balik ๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ๐Ÿ”ฅSeka...
12/05/2026

๐Ÿˆ Assalamualaikum warga Durian Oren ๐Ÿˆ
Jujur cakapโ€ฆ bulan 6 ni kita rasa musim durian Muar akan mula meriah balik ๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ๐Ÿ”ฅ
Sekarang dekat kebun dah mula nampak tanda-tanda buah nak jadi.
InsyaAllah tahun ni kita cuba bawak: โœ… buah lebih fresh โœ… sistem lebih teratur โœ… live lebih meriah โœ… lebih banyak promo & hadiah
Yang lama stay dengan Durian Oren mesti tahuโ€ฆ bila musim start nanti, group memang akan jadi havoc ๐Ÿ˜‚

Jangan lupa join Kita orang

Link group kat komen

TIGA BERANAK DIDENDA INGKAR TARIKH MULA PUASAMUAR โ€“ Seorang mudir madrasah bersama dua anak lelakinya didenda oleh Mahka...
08/05/2026

TIGA BERANAK DIDENDA INGKAR TARIKH MULA PUASA

MUAR โ€“ Seorang mudir madrasah bersama dua anak lelakinya didenda oleh Mahkamah Syariah Muar selepas mengaku bersalah mengingkari arahan pihak berkuasa agama berkaitan penetapan tarikh mula puasa Ramadan.

Tertuduh utama, lelaki berusia 68 tahun, dikenakan denda RM5,000 atas dua pertuduhan, manakala dua anaknya masing-masing didenda RM2,500.

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara sekiranya gagal membayar denda dikenakan.

Menurut fakta kes, mereka didakwa tidak mengikuti pengisytiharan rasmi permulaan 1 Ramadan dan bertindak menyebarkan kenyataan supaya berpuasa pada tarikh berbeza selepas mendakwa tidak nampak anak bulan ketika cerapan dilakukan di Pantai Parit Penyengat, Muar.

Siasatan JAINJ mendapati mesej berkaitan perkara itu turut disebarkan melalui kumpulan WhatsApp kepada puluhan ahli sehingga menerima aduan orang awam.

Hakim Syarie menegaskan bahawa umat Islam perlu mematuhi pengisytiharan rasmi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja serta tidak membuat ketetapan sendiri berkaitan hukum agama.

Mahkamah turut mengarahkan madrasah terbabit dipantau pihak JAINJ selain semua individu terlibat diberikan bimbingan dan pemulihan.

Sumber: Harian Metro

Murid maut digilis depan sekolah: Pemandu van warga emas direman 3 hari05 Mei 2026Tengah hari semalam di daerah jiran ki...
06/05/2026

Murid maut digilis depan sekolah: Pemandu van warga emas direman 3 hari

05 Mei 2026
Tengah hari semalam di daerah jiran kita Batu Pahat, keadaan di hadapan Sekolah Kebangsaan Seri Maimon seperti kebiasaan apabila murid-murid Tahun Dua baru sahaja tamat sesi persekolahan.

Dalam kalangan mereka, seorang kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun, Nur Aini Humairah, sedang menunggu ibunya untuk dijemput pulang.
Beberapa minit saja lagiโ€ฆ Beberapa langkah saja lagiโ€ฆ

Namun takdir berubah sekelip mata.
Sekitar jam 12.30 tengah hari, sebuah van yang dipandu lelaki berusia 60 tahun tiba-tiba menggilis mangsa di hadapan pintu pagar utama sekolah.

Suasana tenang terus bertukar cemas. Jeritan mula kedengaran. Orang ramai bergegas mendapatkan mangsa.
Namun kecederaan yang dialami terlalu parahโ€ฆ Nur Aini disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Lebih menyayat hati, kejadian itu berlaku hanya beberapa minit sebelum ibunya, Asmilah Tukiran, tiba untuk menjemputnya pulang.

Seorang ibu yang datang dengan harapanโ€ฆ akhirnya berdepan kenyataan paling pahit dalam hidupnya.

Jenazah mangsa kemudian dikebumikan pada malam yang sama di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Mustafa.
Sementara itu, pemandu van terbabit telah ditahan dan direman selama tiga hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kehilangan ini tidak akan pernah terganti.
Hanya dalam beberapa saat kecuaian, satu nyawa terkorban, dan sebuah keluarga musnah selamanya.

Al-Fatihah buat Nur Aini Humairah. ๐Ÿค
Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Kredit : Kisah Hitam

Address

Muar

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Anak-anak Muar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share