Roti jala jelita & pizza homemade viral

Roti jala jelita & pizza homemade viral random content
share resepi
share DIY tanaman

03/09/2025

Terbaik...


Selamat malam sahabat..
02/09/2025

Selamat malam sahabat..



02/09/2025

Peminat kangkung boleh cuba cara ni..



Resepi bihun sup daging 👇1/2 kilo daging1 paket bihun(rendam dgn serbuk kunyit)BhnRempah tumisBunga lawang,buah pelaga,k...
29/08/2025

Resepi bihun sup daging 👇

1/2 kilo daging
1 paket bihun(rendam dgn serbuk kunyit)

Bhn
Rempah tumis
Bunga lawang,buah pelaga,kulit kayu manis
Cengkih*
1 paket rempah sup
2 bungkus sup bunjut
1 kiub daging knorr

Bhn kisar
1/2 inci Halia
3 ulas Bawang putih
2 biji Bawang besar
1 sudu lada putih(tumbuk dan kisar sekali)
2 biji buah keras(tumbuk dan kisar sekali)

Cara
Sediakan periuk
Minyak secukupnya..tumis bhn2 yg bertanda*
Masukkan bahan kisar. biarkan garing skit masukkan rempah sup yg telah di bancuh dgn sedikit air,masukkan daging,biarkan air daging kering dulu, baru masukkan air secukupnya..masukkan kiub daging knorr dan sup bunjut.perasa kan dgn garam dan penambah rasa
Masak sehingga daging lembut(nk mudah dan cpt guna pressure cooker)

Sambal merah
1 pek cili serbuk pek medium
3 ulas bawang putih
Minyak
Gula,garam,penambah rasa.

Cara
Tumbuk hingga lumat bwang putih tadi .
Tumis hingga naik bau
Masukkan serbuk cili yg telah di bancuh dgn air terlebih dahulu,bg sedikit garing dan tmbh air..
Letak gula,garam,dan perasa tmbahan
Biarkan merenih hingga terbit minyak

Utk hiasan sampingan
Lobak masin
Bawang goreng
Daun sup&daun bawang
Taugeh dan tauhu(tu saya letak sbb s**a makan )

Kalau nk sedap daging tu beli campur2
Ada tulang,perut,daging yg ada lemak skit.

Slmt mencuba.





Nak buat nasi beriani. Tapi minyak sapi, rempah beriani semua tak ada. Malas nak keluar beli. Cikgu guna je bahan apa ad...
28/08/2025

Nak buat nasi beriani. Tapi minyak sapi, rempah beriani semua tak ada. Malas nak keluar beli. Cikgu guna je bahan apa ada kat dapur. Dari nasi beriani jadilah nasi wangi namanya. Makan dengan kerutuk ayam pencen. Fuhh berpeluh sedap.

Makan dua kali tambah nasi cikgu semalam. Tak jadi-jadi diet.

Jom siapa nak cuba resepi ringkasnya.

Resepi Nasi Wangi

Tumis sekejap bahan di bawah dalam kuali;
- 1 senduk kecil marjerin Pelangi
- 1/2 sudu besar rempah kari
- sebatang kayu manis
- 2 bunga lawang
- 3 biji pelaga
- sebatang serai
- 2 helai daun pandan simpul

1. Basuh beras basmathi ekstra panjang 2 pot.

2. Masukkan air secukupnya.

3. Tuangkan bahan tumisan tadi. Masak nasi seperti biasa.

4. Selepas nasi mengering, masukkan setitik dua air bancuhan pewarna kuning telur di atas bahagian nasi beberapa tempat.

5. Taburkan setengah genggam kismis. Gaul nasi perlahan-lahan untuk elakkan bijinya patah.

Memang wangi bau nasi ini.
Sedia untuk dimakan bersama dengan kuah kerutuk lazat selepas ni.

Kalau ramai berminat nak tahu resepi kerutuk konpem jadi tu bagitahu s**a ya. Nanti cikgu kongsi rahsia kesedapannya.




RESEPI SAMBAL TOMATO IKAN BILIS GORENGBahan-bahan:* 1/2 mangkuk ikan bilis – digoreng * 1 inci belacan – digoreng * 4 bi...
28/08/2025

RESEPI SAMBAL TOMATO IKAN BILIS GORENG

Bahan-bahan:

* 1/2 mangkuk ikan bilis – digoreng
* 1 inci belacan – digoreng
* 4 biji cili merah – dipotong kasar & ditumbuk kasar
* 2 biji tomato – dipotong & ditumbuk kasar
* 5 ulas bawang kecil – ditumbuk kasar
* 3 ulas bawang putih – ditumbuk kasar
* 1 sudu kecil garam
* 1 sudu besar gula
* 1 inci gula melaka/ gula kabung

Cara-cara:

1. Goreng ikan bilis dan belacan kemudian ketepikan

2. Guna sedikit minyak dan goreng semua bahan yang ditumbuk kasar

3. Kacau rata sampai keluar minyak dan masukkan ikan bilis dan belacan tadi. Gaul kejap.

4. Masukkan p**a gula melaka tadi, kacau sampai gula hancur.
5. Kemudian masukkan garam dan gula. Rasa sedikit. Kalau kurang ummph tambah apa yang patut.

Siapp. Boleh makan dengan nasi panas. Ada petai atau apa jenis ulam pun terangkat weiii




28/08/2025

Kain: Como Crape Soft premium quality. READY STOCK. HARI HARI POSTAGE Size : 4 Year's (14-18kg), 6 year's (18-22kg), 8 Year's (22-26kg), 10 Year's (26-30kg), 12 year's (30-35kg) Baju Details: Baju ada Butang Boy's coat Dan Boy's Flag 1 Butang Saja Girl's Ada zip Saluar Details: Bahagian pinggang ful...

28/08/2025

- Buy GEESO 2 Phone Holder with Ring Light Tripod Stand with 3 Colors Selfie Ring LED Light Circle Light for Table Live Stream

CENCARU MASAK KICAP PEDASBERSAMA PERAHAN JUS LIMAU KASTURIBahan-bahan :2 ekor ikan cencaru4-5 tangkai cili kering1 biji ...
23/05/2025

CENCARU MASAK KICAP PEDAS
BERSAMA PERAHAN JUS LIMAU KASTURI

Bahan-bahan :
2 ekor ikan cencaru
4-5 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
3 ulas bawang puith
2 sudu besar cili sos
3 sudu besar kicap lemak manis
1 sudu makan sos tiram
1 mangkuk kecil air (boleh agak-agak sendiri)
1 sudu makan tepung jagung bancuh dengan air

1 biji bawang besar - dipotong dadu
10 biji cili api - dipotong
4 biji limau kasturi - dibelah dua

Caranya :
1) Ikan cencaru dicuci bersih kemudian dicampur dengan serbuk kunyit dan garam, goreng hingga masak, ketepikan.
2) Bahan bertanda ( ) dikisar lumat, panaskan kuali tumis bahan kisar hingg garing.
3) Masukkan air, cili sos, kicap, sos tiram dan bawang besar potong dadu, masak mendidih. Letak garam, gula secukup rasa jika perlu. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung supaya kuah kicap pedas likat sedikit.
4) Tuang atas ikan cencaru, tabur cili api potong dan letak limau kasturi.
5) Cara makan, semasa menjamu selera nanti, perahkan 2 limau kasturi dalam hidangan itu, tidak perlu perah semua.. nanti rasa nak makan lagi.. perah lagi ..

NOTE : cencaru ini tak mau goreng nak bakar pun boleh

jom buat

Address

Tambey Tepi Jalan Asajaya
Muara Tuang
94300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Roti jala jelita & pizza homemade viral posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Roti jala jelita & pizza homemade viral:

Share