JKKK Kampung Tellian Laut, Mukah

JKKK Kampung Tellian Laut, Mukah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JKKK Kampung Tellian Laut, Mukah, Digital creator, Kampung Tellian Laut, Mukah.

26 SEPTEMBER 2026 | MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM KEMBARA PUTRA ANJURAN UPMSSelesai mempengerusikan Mesyuarat Penyelara...
26/09/2026

26 SEPTEMBER 2026 | MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM KEMBARA PUTRA ANJURAN UPMS

Selesai mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Program Kembara Putra anjuran Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) sebentar tadi.

Program ini akan berlangsung selama tiga hari, bermula 9 hingga 11 Oktober 2026, dengan melibatkan enam buah kampung berdekatan, iaitu:

๐Ÿ“ Kampung Tellian Laut
๐Ÿ“ Kampung Datuk
๐Ÿ“ Kampung Penakub Hilir
๐Ÿ“ Kampung Sungai Pegei
๐Ÿ“ Kampung Sungai Ragei
๐Ÿ“ Kampung Tutus Hilir

Antara pengisian yang dirancang sepanjang program ini termasuklah Program Anak Angkat, sukaneka, silang budaya serta pelbagai aktiviti kemasyarakatan yang lain.

Sehubungan itu, penduduk kampung yang terlibat adalah dijemput untuk mengambil bahagian dan memeriahkan program ini, khususnya dalam Program Anak Angkat sebagai keluarga angkat kepada para pelajar UPMS.

Program seperti ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara pihak universiti dengan komuniti setempat, malah memberikan peluang kepada para pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat kehidupan, persekitaran, budaya dan tradisi masyarakat kampung.

Semoga Program Kembara Putra ini dapat berjalan dengan lancar serta memberikan pengalaman dan kenangan yang bermakna kepada semua yang terlibat.

Kita jumpa Oktober nanti ๐Ÿซฐ

26 September 2026 | MEMPERKASA KEPIMPINAN AKAR UMBI, MEMBINA MASYARAKAT YANG BERINTEGRITIAlhamdulillah selesai menghadir...
26/09/2026

26 September 2026 | MEMPERKASA KEPIMPINAN AKAR UMBI, MEMBINA MASYARAKAT YANG BERINTEGRITI

Alhamdulillah selesai menghadiri Program Pemerkasaan Kepimpinan KMKK Daerah Mukah bagi DUN N.57 Tellian dan DUN N.58 Balingian dan penyampaian sijil bagi perlanjutan dan lantikan baru KMKK.

Majlis dihadiri YB Royston Valentine bagi DUN N.57 Tellian, YB Dr. Abdul Yakub bin Haji Arbi bagi DUN N.58 Balingian dan Pegawai Daerah Mukah..

Terima kasih YB N.57 Tellian & PD Mukah

Alhamdulillah, dah dapat sijil KK pagi ini tadi.
26/09/2026

Alhamdulillah, dah dapat sijil KK pagi ini tadi.

23 September 2026 | Alhamdulillah kerja-kerja baik pulih atap Dewan Serbaguna Kampung Tellian Laut telah selesai dilaksa...
23/09/2026

23 September 2026 | Alhamdulillah kerja-kerja baik pulih atap Dewan Serbaguna Kampung Tellian Laut telah selesai dilaksanakan sebentar tadi.
JUTAAN TERIMA KASIH kepada YB Royston bin Valentine N.57 Tellian dan staf di atas bantuan dan keperihatinan YB. Sumbangan daripada YB amat kami hargai.

21/09/2026
20/09/2026
19September 2026 | MESYUARAT BIL.3/2026 JKKK KAMPUNG TELLIAN LAUT, MUKAH Alhamdulillah, Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan ...
18/09/2026

19September 2026 | MESYUARAT BIL.3/2026 JKKK KAMPUNG TELLIAN LAUT, MUKAH

Alhamdulillah, Mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tellian Laut, Mukah Bil. 3 Tahun 2026 telah diadakan sebentar tadi di Bilik Mesyuarat JKKK Kampung Tellian Laut, Dewan Serbaguna @ Balairaya Tun Abdul Rahman Ya'kub.

Beberapa perkara penting telah dibincangkan, antaranya perancangan program yang telah dan akan dilaksanakan. Turut dibincangkan adalah status permohonan baik pulih rumah yang telah dihantar dan yang telah luluskan.

JKKK Kampung Tellian Laut, Mukah
Tabah โ€ข Mesra โ€ข Berintegriti

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PROGRAM CINTA MALAYSIA โ€“ BERSATU HATI, MERAIKAN KEMERDEKAAN ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พAlhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program...
16/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ PROGRAM CINTA MALAYSIA โ€“ BERSATU HATI, MERAIKAN KEMERDEKAAN ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Program Cinta Malaysia pada 16 September 2026 bertempat di Perkarangan Surau Darul Taqwa, Kampung Tellian Laut, Mukah, bersempena dengan sambutan Hari Malaysia. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโค๏ธ

Program anjuran KRT Kampung Tellian Laut dengan kerjasama JKKK Kampung Tellian Laut dan Surau Darul Taqwa ini telah diserikan dengan pelbagai aktiviti, antaranya:

๐ŸŽ‰ Cabutan bertuah
๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Nyanyian Lagu Negaraku & bacaan doa
๐Ÿ‘ฎ Ceramah PDRM dan sesi Q&A
๐Ÿ† Penyampaian hadiah pertandingan PS4
๐Ÿ“œ Penyampaian sijil penghargaan
๐Ÿณ Demo masakan

Terima kasih kepada semua yang telah hadir, memberikan sokongan dan bersama-sama memeriahkan program ini. Semoga semangat perpaduan, kasih sayang kepada Malaysia dan kebersamaan dalam komuniti terus subur dalam kalangan penduduk Kampung Tellian Laut.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Bersatu Hati, Meraikan Kemerdekaan! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ





15/09/2026

Address

Kampung Tellian Laut
Mukah
96400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKKK Kampung Tellian Laut, Mukah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to JKKK Kampung Tellian Laut, Mukah:

Shortcuts

Share