Octomin Recipe

Octomin Recipe Kepakaran kami adalah membantu bina cinta harmoni dalam kehidupan anda ketika mengambil hati orang te

Dengan rendah hati saya mengajak tuan/puan sekalian, para muslimin dan muslimat untuk turut bersalawat ke atas junjungan...
27/09/2023

Dengan rendah hati saya mengajak tuan/puan sekalian, para muslimin dan muslimat untuk turut bersalawat ke atas junjungan kita sempena Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

12 Rabiulawal 1445H | 28 September 2023

_____

Hikmah Berselawat ke atas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

1) Berasa lebih mencintai Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

2) Menjadi zakat dan pembersih diri.

3) Menjadikan sebab doa diterima oleh ALLAH Subhanahu Wa Ta'ala.

4) Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah.

5) Para malaikat memberi jaminan keistimewaan masing masing.

6) Ganjaran yang diberikan bukan saja di dunia, malah di akhirat.

7) Menyedari betapa besarnya pahala orang yang berdoa dan berselawat ke atas Nabi.

8) Sebagai mengenang semula budi dan jasa baik Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam yang sentiasa berusaha mengajak manusia ke arah kebaikan, walaupun Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam sudah wafat.

Wallahu A'lam.

ﺍﻟﻠَّﻬُﻢَّ ﺻَﻞِّ ﻋَﻠَﻰ ﺳَﻴِّﺪِﻧَﺎ ﻣُﺤَﻤَّﺪٍ ﻭَﻋَﻠَﻰ ﺁﻟِﻪِ ﻭَﺻَﺤْﺒِﻪِ ﻭَﺳﻠِّﻢ

- Tomin

21/07/2023

Nak tengok Bell Ngasri MENANG malamni.

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha.10 Zulhijjah 1444H   |   29 Jun 2023
28/06/2023

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha.
10 Zulhijjah 1444H | 29 Jun 2023

Kuih dari Jepun, resepi serasi citarasa bumiputera.
22/06/2023

Kuih dari Jepun, resepi serasi citarasa bumiputera.

Latihan mata :Letakkan hidung anda rapat ke skrin, fokus pada gambar selama beberapa saat, dan kemudian beredar perlahan...
08/04/2023

Latihan mata :
Letakkan hidung anda rapat ke skrin, fokus pada gambar selama beberapa saat, dan kemudian beredar perlahan-lahan. 🦒🐿️🦋

Petua orang kampungKenal tak pokok ni..Namanya pokok pandan. Bagi orang kampung setiap rumah ada je tanaman ni.Selain ke...
15/03/2023

Petua orang kampung

Kenal tak pokok ni..

Namanya pokok pandan. Bagi orang kampung setiap rumah ada je tanaman ni.

Selain kegunaannya sebagai penambah aroma kepada makanan dan penggunaan lain nya.. pokok ini banyak juga khasiat kepada kesihatan.

Sekadar petua saja bukan gerenti jadi.. sapa s**a cuba boleh je dan tak s**a abaikan.

Antaranya :

*Menurunkan darah tinggi*

Rebus beberapa helai daun pandan dengan s**atan 2 gelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal kira kira setengah gelas saja. Minum airnya.

*Mengubati lemah saraf*

Ambil 3 daun pandan.. cuci bersih kemudian dipotong potong. Rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 2 gelas saja. Setelah suam.. minum ramuan tersebut dua kali sehari tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.

*Mengatasi lemah syahwat*

Selain digunakan sebagai ubat lemah saraf.. daun pandan juga berkhasiat untuk mengubati lemah syahwat pada lelaki. Ambil sehiris halia.. sekeping kulit kayu manis.. beberapa biji halba.. tiga daun pandan.. cuci bersih dan potong kecil kecil. Rebus dengan empat gelas air hingga tersisa dua gelas. Minum ramuan tersebut dua kali sehari.. tiap pagi dan petang masing masing satu gelas setiap kali minum.

*Menurunkan bacaan gula*

Ambil akar yang terjuntai beberapa batang.. cuci bersih.. rebus dan buat minuman.. pagi segelas.. petang segelas.

*Mencuci kewanitaan*

Rebus daun pandan.. daun inai.. daun sirih.. buah manjakani dan sikit garam. Setelah suam buat cuci kewanitaan.

*Merawat gaot*

Ambil tujuh helai daun rebus dari air lima gelas hingga jadi dua gelas.. setelah suam bolehlah minum. Segelas pagi dan segelas petang. Buat setiap hari.

*Menghilangkan bau badan*

Blander daun pandan dengan limau.. gosok gosok pada badan.. ketiak dan kemudian sabun serta bilas.. buat beberapa kali.

*Matikan kuman dalam darah*

Amalan minum air rebusan daun pandan secara kerap dikatakan juga dapat membantu mematikan kuman dalam darah agar tubuh lebih sihat.

*Menurunkan Kolesterol*

Selain menurunkan tekanan darah tinggi.. mengamalkan minium air rebusan daun pandan akan menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.

*Mengatasi sembelit*

Rebus daun pandan dan minum airnya.

*Melembutkan daging*

Daun pandan yang dicampur dalam masakan membantu melembutkan daging.

*Buka selera makan*

Sehari 2 gelas minum air rebusan daun dapat membuka selera makan.

*Makanan tidak cepat basi*

Masukkan daun pandan semasa memasak untuk mengelakkan makanan atau minuman daripada lekas basi.

*Merawat rambut*

Kisar 10 helai daun pandan yang segar dan campur dengan 100ml santan kelapa tua. Urut kulit kepala dengan campuran tersebut dan balut kepala dengan tuala. Biarkan selama 30 minit. Basuh kepala dengan air atau syampu.

*Melicinkan kulit*

Perah dan dapatkan air daun pandan lebih kurang 5 titik. Amalkan minum air perahan tersebut bersama dengan pisang.

*Rawat resdung.. jeragat dan jerawat gajah*

Blander daun bersama buah limau.. kemudian sapu pada muka. Setelah itu dibilas bersih.. boleh juga bahan ini dicampur dengan bedak sejuk.. tampal tebal tebal bila dah kering gosok gosok dengan sapu tangan dan kemudian dibilas dengan air suam.

*Pewangi alami*

Ikat atau potong daun pandan kecil kecil ke dalam bekas dan letakkan ke dalam kereta atau almari rumah untuk bau atau sebagai penghalau lipas semulajadi.

*Merawat susah tidur*

Ambil daun pandan.. jemur kering.. digunting kecil kecil.. masukkan dalam bantal... Maksudnya sebagai ganti kekabu atau kapas Masukkan juga jintan putih dan jintan manis.

*Pewarna asli*

Kisarkan dengan sedikit air dan tapis. Sesuai untuk dijadikan pewarna asli makanan atau minuman.

*Buang angin dalam badan*

Rebus 3 helai daun bersama dengan sehiris halia serta seketul gula batu.. diminum suam.

*Mengecutkan rahim*

Akarnya direbus dan diminum oleh wanita yang baru melahirkan anak. Amalkan secara berterusan selama 40 hari.

*Wallahualam*

Address

Sungai Way
New Village

Opening Hours

Monday 12:30 - 20:00
Tuesday 12:30 - 20:00
Wednesday 12:30 - 20:00
Thursday 12:30 - 20:00
Friday 12:30 - 20:00
Saturday 12:30 - 20:00

Telephone

+60136287599

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Octomin Recipe posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Octomin Recipe:

Share

Category