Stratcomm Penang

Stratcomm Penang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Stratcomm Penang, Digital creator, Nibong Tebal.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus komited memastikan pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) diberi perhatian...
01/02/2026

Kerajaan Negeri Pulau Pinang terus komited memastikan pembangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) diberi perhatian berterusan. Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow menyambut baik peruntukan RM50 juta yang diumumkan Perdana Menteri bagi penyelenggaraan SJKT di seluruh negara, yang turut memberi manfaat kepada 28 SJKT di Pulau Pinang.

Selain itu, kerajaan negeri telah menyalurkan RM2.42 juta pada tahun lalu bagi menaik taraf infrastruktur, kemudahan digital dan papan pintar bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif, selamat dan selaras dengan keperluan pendidikan abad ke-21, khususnya dalam bidang STEM.

Chow turut memaklumkan perkembangan positif SJKT Ramakrishnan yang kini memiliki pelbagai kemudahan hasil sokongan berterusan pelbagai pihak, serta SJKT Rajaji di Air Itam yang bakal mempunyai bangunan sendiri demi kesejahteraan murid dan pembangunan modal insan.

Sambutan Thaipusam di Pulau Pinang memberi impak positif kepada sektor pelancongan dan ekonomi setempat, sekali gus memb...
01/02/2026

Sambutan Thaipusam di Pulau Pinang memberi impak positif kepada sektor pelancongan dan ekonomi setempat, sekali gus memberi manfaat kepada peniaga kecil serta komuniti tempatan. Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, perayaan itu membuktikan kepelbagaian budaya dan agama mampu memperkukuh perpaduan rakyat selari dengan Visi Penang2030 dan gagasan Malaysia MADANI, selain menjadi pemangkin pembangunan sosioekonomi negeri.

Menurut beliau, penerbangan terus antara Chennai dan Pulau Pinang dijangka meningkatkan ketibaan pelancong dari India serta mengeratkan hubungan budaya. Sambutan Thaipusam di Pulau Pinang turut unik apabila disambut lebih awal melalui “Chetti Pusam” yang menampilkan perarakan kavadi dan pedati, sekali gus mencerminkan keharmonian, kestabilan dan kepimpinan inklusif negeri.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil langkah proaktif menangani isu projek perumahan ‘sakit’ di bawah bidang kuasa Kem...
01/02/2026

Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil langkah proaktif menangani isu projek perumahan ‘sakit’ di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang mengalami kelewatan melebihi 30 peratus atau telah tamat tempoh Perjanjian Jual Beli (SPA). Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata, langkah tersebut diambil kerana kerajaan negeri memahami sepenuhnya beban yang ditanggung pembeli, termasuk bayaran faedah pinjaman perumahan, kos sewaan kediaman sementara serta ketidakpastian tarikh penyiapan projek.

Sehubungan itu, kerajaan negeri memutuskan untuk menyediakan pakej pembiayaan khas dan melantik pemaju berkeupayaan tinggi bagi memastikan baki kerja dapat disiapkan dengan segera. Hasil penilaian, Mah Sing Group Berhad dilantik sebagai rakan pembiaya, manakala BakerTilly Insolvency PLT dilantik sebagai pelikuidasi oleh mahkamah bagi mengurus serta memastikan dua projek perumahan RMKu dapat disiapkan secara teratur.

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan mengutamakan pelaksanaan kerja penyambungan paip utama menggunakan pend...
01/02/2026

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan mengutamakan pelaksanaan kerja penyambungan paip utama menggunakan pendekatan tanpa gangguan bekalan air berjadual bagi projek berskala besar, khususnya yang melibatkan lebih 20,000 akaun pengguna. Pendekatan ini menggunakan teknologi baharu seperti line stopping dan hot tapping bagi mengurangkan kesan gangguan kepada pengguna.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata langkah itu diambil susulan insiden kebocoran paip di bawah dasar Sungai Perai pada Disember 2024 yang memerlukan tindakan segera. Kerja-kerja penggantian paip melibatkan empat lintasan bawah Sungai Perai yang digunakan sejak 1970-an, dengan dua lokasi siap lebih awal dan baki dua lagi dilaksanakan tanpa penutupan bekalan air.

Keseluruhan kos projek berkenaan berjumlah RM18.6 juta dan dijangka dapat mengurangkan risiko kebocoran paip lama serta memastikan bekalan air yang lebih selamat dan terjamin kepada pengguna di Pulau Pinang.

Kejadian hakisan pantai di beberapa lokasi di koridor utara Pulau Pinang termasuk Batu Ferringhi, Tanjung Bungah dan Tan...
01/02/2026

Kejadian hakisan pantai di beberapa lokasi di koridor utara Pulau Pinang termasuk Batu Ferringhi, Tanjung Bungah dan Tanjung Tokong dikenal pasti berpunca daripada faktor semula jadi serta perubahan cuaca bermusim, dan tidak berkait secara langsung dengan aktiviti penambakan.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah menyiapkan laporan teknikal berkaitan isu tersebut serta mengesyorkan pelaksanaan langkah mitigasi segera bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih serius. Kerajaan negeri turut meluluskan projek mitigasi di kawasan hadapan Hotel Rasa Sayang yang dikenal pasti antara lokasi terawal mengalami hakisan.

Menurut beliau, kawasan penambakan di Seri Tanjung Pinang terletak kira-kira 10 kilometer dari kawasan terjejas, manakala fenomena hakisan pantai bersifat bermusim dan dalam keadaan tertentu pantai boleh pulih semula secara semula jadi.

Beliau menjelaskan, pembinaan tembok penahan ombak seperti di Padang Kota Lama terbukti berkesan dalam mengurangkan risiko hakisan, selain menyentuh kejayaan projek beach nourishment di Batu Ferringhi yang menunjukkan pemulihan semula jadi pesisir pantai.

Chow menegaskan isu hakisan pantai adalah kompleks dan perlu ditangani berdasarkan kepakaran teknikal, dengan JPS bertanggungjawab menentukan kaedah mitigasi paling sesuai.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang bakal mewartakan 16 item Warisan Kebudayaan Tidak Ketara sebagai Warisan Negeri di bawah En...
01/02/2026

Kerajaan Negeri Pulau Pinang bakal mewartakan 16 item Warisan Kebudayaan Tidak Ketara sebagai Warisan Negeri di bawah Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang 2011, merangkumi 10 makanan tradisional dan enam amalan warisan. Pewartaan ini diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 10 Disember 2025 selepas melalui proses penilaian rapi oleh Jawatankuasa Pakar dan Majlis Warisan Negeri.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow, berkata langkah ini penting bagi memelihara, melindungi dan mempromosikan warisan negeri agar tidak terhakis oleh pembangunan pesat, selari dengan Visi Penang2030 dan gagasan Malaysia Madani.

Antara makanan yang diwartakan ialah Nasi Kandar, Pasembor, Char Kuey Kak, Oh Chien, Kerabu Bihun, Mi Hokkien, Mi Udang, Mi Sotong, Mi Jawa dan Roti Benggali. Enam amalan warisan p**a melibatkan Budaya Nasi Kandar, Budaya Kopitiam, Perarakan Thaipusam, Perarakan Chingay, Perayaan St. Anne Bukit Mertajam dan Loghat Bahasa Tanjong Pulau Pinang.

Kesemua item ini akan diperkenalkan kepada orang ramai melalui program Kenduri Warisan bersempena Perisytiharan Warisan Negeri yang dijadualkan pada Mei 2026. Kerajaan Negeri berharap lebih banyak khazanah warisan dapat dikenal pasti dan diwarisi oleh generasi akan datang.

RM191.8 juta untuk Pulau Pinang! 💙Kerajaan MADANI melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperuntukkan RM191.8 ju...
01/02/2026

RM191.8 juta untuk Pulau Pinang! 💙

Kerajaan MADANI melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memperuntukkan RM191.8 juta bagi pembangunan sektor kesihatan di Pulau Pinang tahun ini.

Peruntukan ini merangkumi naik taraf fasiliti kesihatan, baik pulih klinik daif, pembinaan Wellness Hub serta pembangunan dan pembinaan beberapa hospital dan klinik kesihatan di seluruh negeri.

Usaha ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan akses perkhidmatan kesihatan yang lebih selesa, selamat dan berkualiti untuk rakyat.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi perhatian serius terhadap isu hakisan pantai di Tanjong Bungah dan Batu Ferringhi y...
01/02/2026

Kerajaan Negeri Pulau Pinang memberi perhatian serius terhadap isu hakisan pantai di Tanjong Bungah dan Batu Ferringhi yang semakin membimbangkan, terutama awal tahun ini. Exco Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital, Zairil Khir Johari berkata, walaupun fenomena itu bersifat bermusim akibat Monsun Timur Laut, tahap kerosakan kali ini lebih teruk dan memerlukan tindakan segera.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang menjalankan siasatan terperinci, manakala laporan teknikal bagi kawasan Tanjong Bungah telah disiapkan dan permohonan peruntukan sedang diusahakan bagi melaksanakan langkah mitigasi segera. Di Batu Ferringhi p**a, langkah jangka pendek seperti penambahan sandbag akan dilaksanakan, sementara permohonan peruntukan Persekutuan bagi tahun 2026 dikemukakan untuk kawasan kritikal.

Bagi jangka panjang, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan projek pembinaan struktur mencegah hakisan pantai bernilai RM61 juta di bawah RMKe-12. Kerja ukur hidrografi telah siap, pelantikan perunding dijangka dimuktamadkan Februari 2026, dan kajian semula Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu Negeri Pulau Pinang dijangka siap pada suku ketiga 2027 sebagai panduan menyeluruh menangani risiko hakisan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menegaskan bahawa tuntutan Menteri Besar Kedah terhadap Pulau Pinang adalah ti...
01/02/2026

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menegaskan bahawa tuntutan Menteri Besar Kedah terhadap Pulau Pinang adalah tidak berasas, tidak wajar dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan serta prinsip federalisme Malaysia.

Beliau menekankan bahawa Pulau Pinang telah diiktiraf sebagai negeri berdaulat sejak 1957 dan kedudukannya diperkukuh melalui Perjanjian Malaysia 1963, selain tertakluk sepenuhnya kepada Perlembagaan Persekutuan. Dari sudut undang-undang, Pulau Pinang mempunyai kedudukan setaraf dengan negeri-negeri lain termasuk Kedah.

Chow menjelaskan sempadan Pulau Pinang dan Kedah telah ditetapkan secara sah melalui Akta Kedah dan Pulau Pinang (Pengubahan Sempadan) 1985, dan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya tanpa proses perundangan.

Beliau memberi amaran bahawa tuntutan sedemikian boleh menggugat kestabilan negara jika dibenarkan, serta merujuk tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah sebagai contoh tuntutan sejarah yang tidak mengatasi kedaulatan berperlembagaan.

Sehubungan itu, Chow menegaskan Pulau Pinang menolak sekeras-kerasnya sebarang provokasi dan menggesa semua pihak menghentikan retorik politik yang boleh mengelirukan rakyat serta menjejaskan hubungan antara negeri.

Pembinaan Projek Rumah Warga Emas Mandiri di Pulau Pinang dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan Kompleks Darul H...
01/02/2026

Pembinaan Projek Rumah Warga Emas Mandiri di Pulau Pinang dijangka menjadi pemangkin kepada pembangunan Kompleks Darul Hanan berskala besar yang merangkumi perumahan warga emas, pusat jagaan serta kompleks perniagaan. Projek perintis ini melibatkan peruntukan RM35 juta daripada Belanjawan 2026 dan dibangunkan di atas tanah seluas kira-kira 4.05 hektar.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid berkata, projek berkenaan merupakan sebahagian daripada peruntukan RM300 juta bagi memperkukuh kerjasama kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam. Pembinaan dijangka bermula tahun ini dan siap dalam tempoh tiga tahun dengan sasaran 290 unit rumah warga emas mandiri menjelang 2030.

Selain itu, MAINPP meluluskan pengambilan tambahan tanah seluas 1.21 hektar untuk pembangunan pusat sehenti yang merangkumi pusat perniagaan, rumah kedai dan stesen minyak, sekali gus membentuk Kompleks Darul Hanan 1 dan 2. Keseluruhan pembangunan disasarkan siap menjelang 2030 selari dengan Agenda Pembangunan Agama Islam Pulau Pinang 2030.

Dalam pada itu, peruntukan tahunan kepada Pusat Jagaan Warga Emas Darul Hanan MAINPP akan ditingkatkan kepada lebih RM5 juta pada 2026 bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan warga emas Islam di negeri ini terus terpelihara.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menegaskan bahawa penubuhan Penang International Financial Centre (PIFC) masih belum dimukt...
01/02/2026

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menegaskan bahawa penubuhan Penang International Financial Centre (PIFC) masih belum dimuktamadkan, termasuk aspek keputusan dasar dan lokasi. Inisiatif ini merupakan aspirasi jangka panjang bagi memperkukuh ekonomi negeri dalam usaha menjadikan Pulau Pinang sebagai hab inovasi teknologi serantau yang berdaya saing dan berimpak tinggi.

Walaupun rangka kerja menyeluruh di peringkat Kerajaan Persekutuan masih dalam proses pemuktamadan, Kerajaan Negeri melalui Penang Institute kekal komited menyediakan asas yang kukuh menerusi sesi libat urus berperingkat dengan pemain industri berpotensi. Pada masa yang sama, perbincangan di peringkat tertinggi sedang dijalankan bersama Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Labuan Financial Services Authority bagi memastikan cadangan PIFC bersifat inovatif, mematuhi perundangan, berintegriti serta selari dengan Pelan Induk Sektor Kewangan negara tanpa sebarang pertindihan.

Berpaksikan kekuatan ekosistem perindustrian dan pembuatan berteknologi tinggi sedia ada, Pulau Pinang akan memberi fokus kepada segmen kewangan khusus seperti aset digital, teknologi kewangan (fintech) dan perkhidmatan kewangan berkaitan pembuatan, termasuk pembiayaan rantaian bekalan, perdagangan dan pengurusan risiko.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyasarkan pemasangan sebanyak 5,000 unit kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh negeri, ...
01/02/2026

Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyasarkan pemasangan sebanyak 5,000 unit kamera litar tertutup (CCTV) di seluruh negeri, termasuk 1,000 unit di Seberang Perai, menjelang Oktober ini bagi memperkukuh tahap keselamatan awam.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata inisiatif tersebut selaras dengan penggunaan teknologi pintar seperti Internet benda (IoT), data raya dan kecerdasan buatan (AI) bagi mewujudkan persekitaran bandar yang lebih selamat, cekap dan responsif. Menurut beliau, pemasangan CCTV juga bertujuan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap keupayaan pihak berkuasa tempatan seiring dengan perkembangan teknologi digital.

Beliau menegaskan bahawa penggunaan teknologi dan digitalisasi perlu diterjemahkan kepada peningkatan kecekapan perkhidmatan awam, ketelusan tadbir urus serta kesejahteraan rakyat.

Beliau turut memaklumkan bahawa penubuhan SPACE sebagai pusat operasi bersepadu Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) akan memperkukuh pengurusan bandar pintar melalui integrasi data, sistem aduan pintar, pemantauan trafik, keselamatan awam dan pengurusan perkhidmatan bandar secara masa nyata, sekali gus meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat.

Address

Nibong Tebal

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Stratcomm Penang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share