27/08/2025
Spek Membaca:
'Ready Made' atau Tempah?
Ramai orang risau kalau pakai spek ‘ready made’ boleh rosakkan mata.
Sebenarnya, TIDAK!
Tapi ... kalau nak keselesaan optimum, spek tempahan khas adalah yang TERBAIK.
Kenapa?
1️⃣ Kuasa Sama Untuk Kedua Mata
Spek ready made biasanya ada kuasa rabun yang sama kiri & kanan. Sedangkan kebanyakan orang ada perbezaan power antara kedua mata. Lagi terasa kalau ada astigmatisma (rabun silau).
2️⃣ Saiz & Optical Centre
Ready made datang dengan saiz tetap (one size fits all). Bila tak fit muka betul-betul, mata tak tengok tepat pada tengah kanta (optical centre). Akibatnya → cepat pening, mata penat, rasa senak bila pakai lama.
3️⃣ Power Tak Sama Dengan Label
Kadang-kadang spek tertulis +1.50 tapi bila check, power sebenar mungkin lebih rendah atau lebih tinggi. Bila tak tepat → mata jadi tak selesa, pening, malah boleh rasa nak muntah kalau pakai lama (1-2 jam).
✅ Kesimpulan:
Kalau untuk aktiviti dekat yang lama (baca, jahit, menulis), spek tempahan khas adalah pilihan terbaik.
Tapi, tak salah juga ada sepasang spek ready made sebagai spare/emergency. 😉
Puncak Optometry NILAI
Taman Semarak , Nilai.
016-704 5768