17/06/2026
ZLATAN MAKIN TAK TAHAN DAN MENYAMPAH DENGAN KEBENGAPAN PUNDIT AS INI
Zlatan Ibrahimovic dah tak dapat menahan rasa menyampah dengan Alexi Lalas dalam ulasan Piala Dunia mereka.
Sebelum ini Alexi Lalas beberapa kali membuatkan Zlatan menyampah.
Lalas sebelum ini tiba tiba membandingkan Haaland dengan Zlatan ketika mereka sedang dalam sesi ulasan santai.
Lalas berkata: "Jika Haaland cemerlang dalam Piala Dunia kali ini, dia akan berada di atas sana. Malah Haaland akan lebih besar daripada orang ini [Zlatan].
"Maafkan saya Z,namun saya akan pilih Haaland sebagai lebih legend daripada kamu di Piala Dunia."
Zlatan membalas: "Saya rasa Haaland masih perlu memperbaiki beberapa aspek permainannya."
Alexi Lalas: "Biar betul, apa dia nak kena buat? Dia adalah bintang di Piala Dunia ni."
Zlatan: "Ya, dia bagus, pembunuh di dalam kotak penalti, namun saya lebih serba boleh dari segi permainan. Saya s**a bermain dengan bola. "
Terbaru, Zlatan tidak setuju dengan pandangan Alexi Lalas yang tiba tiba menggelarkan pemain pemain Perancis sebagai berlagak. ketika aksi pembukaan Piala Dunia menentang Senegal.
Alexi Lalas berkata: “Kami ada perbualan menarik antara Landon dan Thierry tentang sama ada Perancis itu angkuh pada separuh masa pertama."
Henry turut tak setuju dengan Lalas yang melabel pemain pemain Perancis angkuh dan berlagak.
Namun, Zlatan Ibrahimovic segera mengingatkan, itu bukan angkuh tetapi keyakinan. Sebab itu Perancis bermain seolah olah mereka berlagak atas padang.
Tanpa menyebut nama Lalas atau Donovan secara langsung, Zlatan menolak sepenuhnya naratif bahawa Perancis bermain dengan sifat sombong.
"Itu bukan angkuh, itu keyakinan. Orang yang tidak faham akan kata itu angkuh, orang yang bijak akan kata itu keyakinan.”