04/09/2025
From :
Assalam & salam sejahtera geng.
ramai kata *‘Majalah dah mati’*. Tapi aku pilih untuk cabar persepsi tu. Bagi aku, mungkin majalah yg bungkus tu dah tak sesuai dengan zaman now.
Maka, Aku sedang usahakan sebuah mega-zine baru -tentang seni, muzik dan subculture lifestyle. Bezanya, majalah ini bukan sekadar hiburan kosong, tapi ada *pengisian yg positif, bermanfaat dan mendidik.* Aku selitkan juga sedikit Dakwah indirectly -semuanya santai jer, tapi cukup untuk trigger jiwa rebel pembaca seperti korang.
Impian aku besar beb, nak ciptakan bahan bacaan yg boleh jadi sumber rujukan generasi muda & ia akan jadi bukti bahawa *budaya membaca masih hidup dan perlu dicanang (baca:promote) agar masyarakat kembali membaca buku fizikal.*
So geng, aku harap korang semua, kenkawan lama aku, sahabat seperjuangan dalam art, muzik, scene sejak belasan, malah puluhan tahun dulu, boleh support usaha kecil aku ni. Doakan perjalanan yg aku plan ni lancar & semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.
Sekarang aku tengah open Order untuk Issue pertama, dengan tajuk baru, semangat baru, *SUBVERSHIFT*. Kalau ada yg nak jadi antara orang terawal yg pegang naskah ni, boleh DM aku. Support korang memang SANGAT bermakna untuk aku teruskan impian aku ni.
Finally, harap korang boleh sharekan kat rakan kenalan ,kenkawan scene, sebarkan seluas mungkin. Bantu aku seikhlas hati kalian dan aku doakan Tuhan berkati usaha itu kawan, semoga hidup korang penuh keberkahan dan senantiasa dipermudahkan segala urusan. Amin.
Love & Hugs.
Thanks.
*Subver-Shift zine.*