01/10/2026
๐ข๐ฃ๐ฆ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ฃ๐๐๐จ ๐๐๐ ๐ฃ๐๐๐๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐ฃ๐ก ๐ฃ๐๐๐๐ก๐, ๐๐ง๐ ๐ฃ๐๐๐๐ก๐, ๐ ๐๐ ๐๐๐ก ๐๐๐ฃ๐ ๐ฃ๐๐๐๐ก๐
PEKAN dan KUANTAN 30 September 2026 - 27 orang warga asing pelbagai warganegara telah ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pahang dalam operasi penguatkuasaan bersepadu bersama Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pahang, Jabatan Tenaga Kerja Negeri Pahang, Majlis Bandaraya Kuantan dan Jabatan Bomba & Penyelamat Negeri Pahang di Daerah Pekan dan Kuantan, Pahang.
Operasi penguatkuasaan secara bersepadu ini melibatkan pegawai lain-lain pangkat dari Bahagian Penguatkuasa, Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pahang yang telah menyerbu premis-premis dan tempat kediaman di sekitar Daerah Pekan dan Kuantan, Pahang.
Sepanjang operasi dijalankan, 96 orang individu telah diperiksa kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan seperti tiada dokumen pengenalan diri, melanggar syarat pas lawatan/permit kerja, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Kesemua 27 orang tahanan direman selama 14 hari di bawah Seksyen 51(5)(b) Akta Imigresen 1959/63 dan ditahan di Depot Imigresen Kemayan untuk siasatan lanjut.
JIM Negeri Pahang menyeru orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat berkaitan keberadaan PATI di lokaliti masing-masing bagi membantu pihak berkuasa membanteras isu kebanjiran PATI di negeri ini.
Tindakan perundangan yang tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap PATI dan mana-mana pihak yang menggaji serta memberi perlindungan kepada mereka.
ยฉ๏ธ ๐๐๐๐ ๐ฉ๐๐๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ | ๐ฑ๐๐๐๐๐๐ ๐ฐ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐ด๐๐๐๐๐๐๐ ๐ต๐๐๐๐๐ ๐ท๐๐๐๐๐