Papar Dihatiku

Papar Dihatiku Papar is the name of a town as well as a district located in West Coast Division of Sabah,East Malays

Papar is the name of a town as well as a district located in West Coast Division of Sabah, east Malaysia. It is situated 38 kilometres south of Kota Kinabalu and is one of the main stops on the North Borneo Railway. Papar is also a major stopover point for people travelling by car from the southern Sabahan towns of Sipitang and Beaufort to Kota Kinabalu.The population in the district according to

the 2010 census was 124,420,and is almost evenly divided between Bruneian Malay(Be noni, Buang Sayang, Bongawan, Kampung Laut, Kelanahan, Kimanis, Kinarut), Kadazandusun (Rampazan, Limbahau, Kinarut, Kopimpinan, Lakut, Mondolipau, Koiduan, Ulu Kimanis, Sumbiling, Limputung), and Sama (Pengalat Besar, Pengalat Kecil, Kawang, Beringgis,Kuala,Sungai Padang). There is also a sizeable Chinese minority,predominantly of the Hokkien and Hakka subgroup, scattered throughout the district along with smaller numbers of Filipinos, Indians, Koreans and Pakistani.

Tangki-tangki yang dibekalkan Pejabat Parlimen Papar untuk kemudahan penduduk Gloxinia  dirosakkan individu tidak bertan...
13/01/2026

Tangki-tangki yang dibekalkan Pejabat Parlimen Papar untuk kemudahan penduduk Gloxinia dirosakkan individu tidak bertanggungjawab dipercayai sebagai usaha sabotaj penyelesaian sementara masalah air di kawasan terjejas. Sehingga loji rawatan air Kogopon yang dijangka siap dan beroperasi pada Ogos 2026, penghantaran air menggunakan lori tangki sedang giat dijalankan untuk kelangsungan hidup rakyat di kawasan terjejas.

07/01/2026
Semoga dipermudahkan
05/01/2026

Semoga dipermudahkan

PENDUDUK KESAL SAMPAH KEMBALI DIBUANG DI TEPI JALAN KG LAUT KINARUTKINARUT, 3 JANUARI 2026 – Masalah pembuangan sampah s...
03/01/2026

PENDUDUK KESAL SAMPAH KEMBALI DIBUANG DI TEPI JALAN KG LAUT KINARUT

KINARUT, 3 JANUARI 2026 – Masalah pembuangan sampah secara tidak bertanggungjawab kembali berulang di tepi jalan Kampung Laut, Kinarut, walaupun kawasan berkenaan baru sahaja dibersihkan pada 1 Januari 2026 yang lalu.

Seorang penduduk setempat mengadu bahawa terdapat individu yang masih membuang sampah di bahu jalan berhampiran Pusat Penempatan Pelarian Sementara Kinarut, sekali gus mencemarkan persekitaran dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan komuniti setempat.

Aduan tersebut turut disokong oleh perkongsian seorang pengikut media sosial yang memuat naik gambar kejadian berkenaan. Menurutnya, beberapa penduduk telah cuba menasihati individu terlibat agar tidak membuang sampah di kawasan tersebut, namun teguran berkenaan tidak diendahkan.

“Kawasan ini baru saja dibersihkan, tapi masih ada yang buang sampah ses**a hati. Kami sudah cuba nasihat, tapi masih berulang,” katanya.

Penduduk meluahkan kekecewaan kerana tindakan segelintir pihak bukan sahaja menjejaskan kebersihan kawasan, malah boleh mengundang masalah kesihatan, bau busuk serta mencemarkan imej persekitaran, khususnya di laluan yang sering digunakan oleh orang awam.

Mereka berharap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan lebih tegas termasuk pemantauan berkala, pemasangan papan tanda amaran serta penguatkuasaan undang-undang bagi membendung pembuangan sampah secara haram yang semakin berulang.

Penduduk turut menyeru semua pihak agar lebih bertanggungjawab dan menghormati usaha pembersihan yang telah dijalankan demi menjaga kebersihan dan kesejahteraan komuniti setempat.

Sejarah Asal Usul Nama PENGALATPengalat berakar umbi dari kata “Alat”. Bukan alat yang dalam bahasa Inggerisnya “tools” ...
01/01/2026

Sejarah Asal Usul Nama PENGALAT

Pengalat berakar umbi dari kata “Alat”. Bukan alat yang dalam bahasa Inggerisnya “tools” tapi sesuatu yang mengistilahkan kedudukan di tengah. Atau ANTARA. Menyalat maksudnya menyisip. Contohnya penunggang motosikal yang memotong “menyalat” di antara 2 kereta. Atau ada 3 bidang tanah sawah. Sawah B adalah “alatan” kepada sawah A dan C kerana sawah B terletak diantara sawah A dan C. Pengalat membawa maksud pengantara, pembahagi, sempadan, pemisah. Tapi sempadan kepada apa?. Mari sama-sama kita telusuri.

Pada kurun ke 18, hanya ada 1 kampung Pengalat Besar. Kampung seperti Sekayan, Sagang, Santing, Pengalat Diki @ Pengalat Damit dan yang lain adalah kampung-kampung baru pecahan dari kampung Pengalat Basar @ Pengalat Oyo.

Pengalat didiami oleh majoriti suku kaum JOMO SAMA atau Bajau. Untuk penulisan ini, admin akan guna istilah JOMO SAMA supaya kita senang faham. Kerana kalau kita guna perkataan Bajau, ianya sangat luas. Contohnya di Kampung Anak Kinarut ada Jomo Sama yang sememangnya berada di situ sejak ratusan tahun dahulu dan juga ada suku-suku Bajau lain seperti di Skim Penempatan Kinarut yang berasal dari Selatan Filipina yang menempati perkampungan tersebut sejak tahun 70an berikutan inisiatif dari kerajaan BERJAYA dan UNCHR yang menyediakan tempat untuk pelarian perang ke Sabah susulan perang saudara yang berlaku di Selatan Filipina. Baik Jomo Sama yang aslinya memang di Sabah juga suku-suku Bajau yang lain yang berasal dari Selatan Filipina, kedua-duanya digelar Bajau pada masa kini.

Berbalik kepada nama PANGALAT. Jika kita memandu dari arah Tuaran menuju ke selatan, kita akan mendapati Kg. Pengalat adalah perkampungan tradisi terakhir Jomo Sama yang kita akan jumpa. Selepas dari itu Buang Sayang, Benoni, Kimanis, Membakut, Beaufort, Kual Penyu, Sipitang sampailah ke Brunei Darussalam tidak ada lagi kampung tradisi Jomo Sama. Pengalat itulah yang terakhir.

Menurut A.H. Everett, Pegawai Residen British yang pernah bertugas di Papar...in another instance, a number of Bajau, originally of Mengkabong, settled permanently in 1879 in Papar and the overlord of Mengkabong, Pengiran Abdul Rauf, yearly despatched his agents to collect the poll-tax from them.

Menurut D.S Ranjit Singh dalam buku tulisan nya,.... The linkage between the centre and the dependencies was forged through the jajahan hierarchy. Jajahan holders, with few exception was absentee overlords who spent most of their lives at the Brunei Capital. The only outstanding example of a Brunei overlord who stayed in Sabah seems to have been Pengiran Abdul Rauf, the owner of Mengkabong, Pengalat Besar, Menggatal, Api-Api, Simbulan, Tanjung Aru, Kinarut and Pengalat Besar rivers.

Pengalat merupakan pemisah kepada tanah Pengiran-Pengiran. Terutamanya daerah di persisiran, ianya merupakan wilayah yang ditadbir oleh para Pengiran sebagai pemilik tulin, atau Pengiran yang dihantar oleh Sultan Brunei mentadbir di tanah kerajaan atau tanah kuripan ke Saba’. Wilayah Kesultanan Brunei. Istilah Saba’ adalah istilah yang digunakan Brunei untuk wilayah mereka di Sabah. Sebutannya adalah tanpa H. Itu sebabnya kalau kita dengar orang tua-tua cakap mereka baik Jomo Sama, Brunei, Dusun, Kadayan dan apa bangsa pun tidak sebut Sabah tapi Saba’. Sabah adalah sebutan British yang tidak boleh sebut Saba’. Dan akhirnya nama Sabah itu digunakan Malaysia menggantikan nama North Borneo kerana sebahagian besar tanah yang membentuk wilayah Sabah pada tahun 1963 itu adalah Tanah Saba’, tanah Kesultanan Brunei terutama sekali yang di pesisiran.

Pengalat merupakan tanah yang dibawah tadbir milik Pengiran Abdul Rauf ibn Pengiran Abdul Rajit ibni Pengiran Pemanca Harimau Daud Ibni Pengiran Abdul Rahman Ibni Pengiran Anak Badaruddin Ibni Sultan Muhyiddin (1673-1690) menetap di tanah tulin miliknya di Sabah. Pengiran Abdul Rauf merupakan generasi ke-6 Sultan Muhyiddin dari sebelah ayahnda dan generasi ke-4 Sultan Omar Ali Saifuddin 1 dari sebelah ibunya. Pemilik Tanah Tulin Karambunai atau dikenali juga sebagai Raja Mengkabong @ Raja Bajau. Kenapa almarhum digelar Raja Bajau, ini kerana Jomo Sama merupakan pengikut setia dan rakyat kepada Pengiran Abdul Rauf yang menduduki wilayah miliknya di Saba’. Dari Mengkabong Tuaran, Menggatal, Api-Api ( Kota Kinabalu), Simbulan, Tanjung Aru, Putatan, Kinarut sampailah ke Pengalat di Papar adalah dimilik tadbir oleh beliau. Dan jika kita perhatikan pada hari ini, kampung-kampung pesisiran tradisi dalam daerah-daerah tersebut adalah perkampungan Jomo Sama. Dan Pengalat adalah yang terakhir.

Pengalat merupakan Pengantara atau “Pangalat” yang menjadi “Alatan” kepada perkampungan Jomo Sama yang mendiami tanah Pengiran Abdul Rauf dengan kampung-kampung lain dari suku kaum lain milik Pengiran dari keturunan yang lainnya di Saba’.

Sama-sama kita sedekahkan bacaan Al Fatihah kepada Almarhum Pg. Abd Rauf Pg. Abd Rajit, Rojo Mengkabung. Kerana Almarhum Pg. Abd Rauf lah dari Mengkabung sampai ke Pengalat, Jomo Sama ada tanah ada kampung pada hari ini. Semoga budi menjadi bekalan untuknya di alam sana.

Satu yang admin respect dengan Jomo Sama, mereka merupakan bangsa yang mempunyai semangat bersaudara atau adat bedenakan yang sangat kuat. Tidak kira tidak di Mengkabong di Papar atau dimana-mana, mereka sangat memantingkan hubungan kekeluargaan. Mungkin sebab mereka memang bersaudara kan. Bedenakan.

Admin ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2026 kepada warga Papar. Semoga kita lebih bersatu tanpa mengira bangsa dan keturunan, agama dan fahaman politik. Tiada yang lebih berharga dari perpaduan dan keamanan. Sama-sama kita pertahankan.

Selesai masalah untuk seketika. Tapi nanti ada lagi ni. Dari dulu pun begitu jua. Sebab masalah utama adalah MINDSET.
31/12/2025

Selesai masalah untuk seketika. Tapi nanti ada lagi ni. Dari dulu pun begitu jua. Sebab masalah utama adalah MINDSET.

Mulai esok 1 Januari 2026. Termasuk juga puntung rokok. Ahh siap. Punch card pukul 8 pagi punch out pukul 8 malam. Pungu...
31/12/2025

Mulai esok 1 Januari 2026. Termasuk juga puntung rokok. Ahh siap. Punch card pukul 8 pagi punch out pukul 8 malam. Pungut sampah di Papar. Cuci longkang, cuci jamban dan berus gigi buaya di Sungai Papar. Sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam disediakan😁

30/12/2025

Jangan lupa malam esok. Beramai-ramai kitani menyaksikan festival kompang dan menyambut ambang 2026 di Dewan Terbuka Tamu Papar. Ada tembakan bunga api lagi. Bawalah keluarga juga.

Isu Kekurangan Bekalan Air di Kawasan Kinarut dan Kawang Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Daerah Papar dengan kerjasama P...
29/12/2025

Isu Kekurangan Bekalan Air di Kawasan Kinarut dan Kawang

Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) Daerah Papar dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Papar dan Pejabat ADUN Kawang sedang giat menyelaras agihan air ke kawasan terjejas kekurangan bekalan air di Kg Kawang, Kg Anak, Kg Somboi, Kg Tengah, Taman Perumahan Limauan, Taman Perumahan La Gloxinia, Puncak Gloxinia, PPR Rumah Pangsa, PPR Kinarut Ria, PPR Kinarut Selatan, PPR Segindai.

Semoga dipermudahkan.

Admin nampak gambar ani di FB. Alhamdulillah atas inisiatif YB Datuk Jasnih Daya yang juga ADUN Pantai Dalit, makam Alma...
28/12/2025

Admin nampak gambar ani di FB. Alhamdulillah atas inisiatif YB Datuk Jasnih Daya yang juga ADUN Pantai Dalit, makam Almarhum “Raja Tua Mengkabong” yang juga leluhur beliau di Pulau Senorob Mengkabong telah pun dipulihara dan diperindahkan. Tanah perkuburan Pulau Senorob adalah kubur lama. Selain Raja Tua, ada banyak lagi makam-makam lain para syarif dan tokoh pemimpin pada zaman dahulu disemadikan di sini. Untuk sampai ke permakaman ini kena naik perahu. Dan untuk sampai sini juga mesti ada yang bawa kita. Kerana tempat ini agak “keras” dan keramat. Kalau lalu disini mulut inda buleh tumpis penaguran. Banyak kejadian pelik yang diceritakan para nelayan seperti perahu secara tiba-tiba dibuai ombak tatkala air tenang. Enjin bot tiba-tiba mati. Ada yang balik rumah jatuh sakit dan macam-macam kisah pelik dan mistik. Dulu juga tempat ini adalah tempat orang bernazar. Ada yang tiada anak dapat anak. Ada yang mahu anak lelaki. Ada yang sakit jadi sembuh. Tapi itu semua adalah berlaku dengan izin Allah. Mungkin kerana kita bila berada disitu dan berdoa, kita menjadi tersangat ikhlas dan berharap lalu Allah makbulkan doa kita. Dalam usaha admin mengkaji dan menjejak salasilah Pengiran dan Syarif di Sabah, permakaman Pulau Senorob antara yang admin pernah sampai dulu baru sekali. Itu pun ada orang tua-tua yang bawa. Bukan sembarang boleh sendirian masuk ke sini.

Raja Tua Mengkabong atau nama sebenarnya Pengiran Temanggong Raja Tua Abdul Momin Amirul Faza Ibnu Pengiran Bendahara Anak Untong Ibnu Sultan Abdul Jalilul Jabbar(Sultan Brunei yang ke 11) merupakan seorang pembesar yang dihantar oleh Sultan Omar Ali Saifuddin 1(1740-1795) untuk mengamankan perairan wilayah Sabah terutamanya di sekitar perairan Menggatal dan Mengkabong dari ancaman lanun. Raja Tua juga merupakan merupakan adik beradik kepada ibu Sultan Omar Ali Saifuddin 1 iaitu Pengiran Babu Sarbanun yang menjadi Raja Isteri kepada Sultan Muhammad Alauddin (1730-1737).

Sejarah Raja Tua, Kampung Mengkabong dan Karambunai adalah sangat dekat dan berkait rapat dengan sejarah Papar melalui bangsa Bajau Samah @ Jomo Sama. Menurut A.H. Everett, Pegawai Residen British yang pernah
bertugas di Papar...in another instance, a number of Bajau, originally of Mengkabong, settled permanently in 1879 in Papar and the overlord of Mengkabong, Pengiran Abdul Rauf, yearly despatched his agents to collect the poll-tax from them.

Di Pantai Barat Sabah, perkahwinan silang bangsa yang paling ramai adalah dikalangan suku Brunei dan Bajau Samah. Suku kaum Bajau Samah dikenali sangat setia kepada golongan Pengiran-Pengiran. Bersama melalui s**a duka dalam perjalanan sejarah yang sangat panjang. Sehingga ramai p**a Pengiran-Pengiran ini berkahwin dengan wanita dari suku kaum Bajau Samah lalu menasabkan keturunan Pengiran dikalangan bangsa Bajau Samah. Di Papar, adalah perkara biasa kita dengar suku kaum Bajau Samah bertutur dalam 2 loghat iaitu Brunei dan bahasa Sama.

Keberadaan Raja Tua di Wilayah Sabah ini jugalah dipercayai menjadi faktor kepada Pengiran Abd Rauf ibni Pengiran Abdul Rajit ibni Pengiran Pemanca Harimau Daud Ibni Pengiran Abdul Rahman Ibni Pengiran Anak Badaruddin Ibni Sultan Muhyiddin (1673-1690) menetap di tanah tulin miliknya di Sabah. Pengiran Abdul Rauf merupakan generasi ke-6 Sultan Muhyiddin dari sebelah ayahnda dan generasi ke-4 Sultan Omar Ali Saifuddin 1 dari sebelah ibunya. Pengiran Abdul Rauf akhirnya ditabalkan sebagai Raja Mengkabong. Salah seorang anaknya iaitu Pengiran Besar Abdullah telah berkahwin dengan Dang Bunga, cucu kepada Raja Tua. Perkahwinan ini telah merapatkan semula hubungan kekeluargaan dalam kalangan kerabat Kesultanan Brunei ini. Pengiran Besar Abdullah merupakan seorang yang warak dan akhirnya menjadi imam besar Karambunai. Beliau berangkat ke Karambunai agak terlewat sedikit berbanding ayahandanya Pengiran Abdul Rauf. Keberangkatannya ke Karambunai turut bersama Pengiran Salim ibn Pengiran Lamat yang akhirnya menjadi imam besar di Kg Sungai Padang Papar dan meninggal dan dikebumikan disana. Juga Pengiran Diki iaitu adinda kepada Pengiran Salim. Akan tetapi Pengiran Diki dikebumikan di kubur lama Kg. Lokup, Karambunai.

Pengiran Abdul Rauf juga adalah datuk kepada Datu Paduka Sharif Abd Rashid Ahmad Salleh @ DP Mat Salleh dari sebelah ibunya. Datu Paduka adalah anak kepada Pengiran Siti Aisyah binti Pengiran Abd Rauf. Seorang lagi anak Pengiran Abd Rauf ialah Pengiran Jalaluddin. Datu Paduka Mat Salleh setelah terselamat dari serangan di Tambunan telah memilih untuk berhenti membuat penentangan dan meneruskan kehidupan di utara Sabah. Sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1953 dan dimakamkan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Langkon Lama @ Pancur, sebuah perkampungan Bajau Samah dalam daerah Kota Marudu, Sabah

Menurut D.S Ranjit Singh dalam buku tulisan nya,.... The linkage between the centre and the dependencies was forged through the jajahan hierarchy. Jajahan holders, with few exception was absentee overlords who spent most of their lives at the Brunei Capital. The only outstanding example of a Brunei overlord who stayed in Sabah seems to have been Pengiran Abdul Rauf, the owner of Mengkabong, Pengalat Besar, Menggatal, Api-Api, Simbulan, Tanjung Aru, Kinarut and Pengalat Besar rivers.

Itu serba sedikit cerita sejarah yang mengaitkan suku kaum Bajau Samah di Papar dengan Pengiran-Pengiran Karambunai @ Mengkabong. InshaaAllah ada masa kita akan cerita p**a pasal jejak Pengiran-Pengiran di Benoni, Buang Sayang dan yang lainnya di Papar ani sebagai pengetahuan generasi muda Paparian.

Sesungguhnya kitani pada hari ani berdiri diatas tanah yang menuntut banyak pengorbanan. Dalam mempertahankannya, nenek moyang kitani bertumpah darah, keringat dan airmata. Kitani tidak perlu mengharap untuk merasai situasi dimana kitani membasahi keris, pedang dan parang dengan darah. Memadai kitani hayati sejarah dan tarsilah lalu mengambil pengajaran agar kitani boleh hidup bersama dalam rukun dan aman.

28/12/2025

Ramai pasangan ke jinjang pelamin menutup tirai 2025. Admin ucapkan selamat pengantin baru kepada semua adik-adik, pasangan yang melangsungkan perkahwinan. Semoga melalui alam rumah tangga dengan rukun dan damai hingga ke akhir hayat..Aamiin 🌹🤲

Video : Majlis akad nikah pasangan Khuzainie Izzuddin & Fadhillah Nurfitri di Kg. Sungai Padang, Papar

Address

Papar
89600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Papar Dihatiku posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share