04/09/2026
โจ ๐๐จ๐ก๐๐จ๐ก๐๐๐ก ๐ฃ๐๐ก๐๐๐ฅ๐จ๐ฆ๐ ๐๐๐ช๐๐ง๐๐ก๐๐จ๐๐ฆ๐ ๐๐ข๐ ๐๐ฅ๐ฆ๐๐๐๐๐ฆ๐๐ฆ๐ ๐๐๐ก ๐๐๐จ๐ฆ๐๐๐๐ช๐๐ก๐๐ก, ๐จ๐ง๐๐
๐ฐ ๐ฆ๐ฒ๐ฝ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฒ๐ฟ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ | Pejabat Penerbit UTHM berbesar hati menerima kunjungan YBhg. Datuk Haji Md. Jais bin Haji Sarday, Pengerusi Jawatankuasa Komersialisasi dan Keusahawanan, UTHM.
Kunjungan ini bertujuan untuk meninjau dengan lebih dekat peranan dan fungsi Pejabat Penerbit UTHM sebagai salah satu Pusat Tanggungjawab (PTj) di bawah Kluster Penyelidikan dan Inovasi, di samping bertukar pandangan berkaitan strategi memperkukuh pencapaian dan sasaran KPI yang telah ditetapkan.
Turut hadir YBhg. Prof. Ts. Dr. Rabiah binti Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), serta warga kerja Penerbit UTHM. Penerbit UTHM turut diwakili oleh Prof. Madya Dr. Azwan bin Sapit, Timbalan Pengarah Penerbit selaku wakil rasmi Pengarah.
Dalam kunjungan tersebut, YBhg. Datuk turut berkesempatan meninjau bilik cetak Penerbit UTHM bagi melihat dengan lebih dekat peralatan dan mesin percetakan yang digunakan dalam menyokong aktiviti penerbitan dan percetakan di Pejabat Penerbit.
Penerbit UTHM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kunjungan, perhatian dan pandangan yang diberikan. Semoga kunjungan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkukuh dan memperkasa penerbitan UTHM.