27/08/2026
Selamat Hari Lahir, untuk diriku 🤍
Dari seorang anak kecil yang hanya tahu tentang dunia yang sederhana kepada seorang wanita yang sudah melalui begitu banyak cerita, jatuh bangun, air mata, senyuman dan perjuangan.
Hari ini, bila melihat kembali diri kecil itu, hati terdetik… “Terima kasih kerana pernah menjadi kuat untuk sampai ke sini.” 🥹🤍
Tak semua impian tercapai seperti yang dirancang, tapi setiap perjalanan telah membentuk aku menjadi wanita yang lebih kuat, lebih matang dan lebih menghargai kehidupan.
Semoga di usia ini, Allah hadiahkan aku kesihatan, ketenangan hati, rezeki yang luas, keluarga yang sentiasa dalam lindungan-Nya dan kebahagiaan yang sebenar. 🤲🏻
Untuk diri kecilku… aku takkan lupakan kamu.
Dan untuk diriku hari ini… teruskan melangkah. Banyak lagi cerita indah yang menanti. 🌷
Selamat ulang tahun kelahiran buat aku.
Semoga tahun ini menjadi permulaan kepada kehidupan yang lebih indah. 🤍✨