Ajimo

Ajimo Video makanan sedap seluruh Malaysia

08/06/2026

Kalau nak makan nasi lemak sotong celup tepung, min selalu ke Restoran Nasi Lemak Kopi O, Kota Bharu. Sotong selambak macam tu harganya RM10😄

07/06/2026

Min beli nasi dagang di Pasar Pagi Wakaf Aik. Pasar pagi Wakaf Aik, Bachok, hari Jumaat, Ahad, Rabu.

Pasar ni bergilir dengan pasar Pagi Wakaf Zain, hari Sabtu, Isnin, Khamis.

Jarak antara dua pasar ni 4KM. Dua-dua seronok pusing😄

21/05/2026

Ada ke orang tak makan mi celup? Min tak pernah jumpa lagi😅

Warga Ketereh yang cari port lepak petang dan malam, sambil makan mi celup sedap, boleh singgah di 📍Warung Raysha, dekat kawasan Pasar Kok Lanas.

Mi celup special, harganya RM11
4 lauk (daging + perut +telur gedik + meatball@telur puyuh) Bagi min, sangat-sangat berbaloi😄

Kedai buka pukul 11 pagi sampai 11 malam👍🏻

14/05/2026

Baru-baru ni min ternampak video pulut pagi di 📍Qilah Nasi Dagang Ganu. Mula-mula macam tak percaya… RM3 je, tapi nyiur muda dia bagi setambung 😭🥥

Jadi min datang sendiri nak tengok betul ke tidak. Sekali sampai… memang betul, pulut lembut elok, manis ngam-ngam, dan isi kelapa muda dia memang tak kedekut, satu senduk setengah👌🏻

Serius berbaloi untuk harga RM3 je. Payah dah nak jumpa sarapan murah, tapi portion banyak macam ni sekarang 🤍

Kalau nak cuba, boleh singgah di📍Qilah Nasi Dagang Ganu (boleh waze) Parking pun senang, banyak tepi kedai, depan surau.

12/05/2026

Baru-baru ni min balik ke Kelantan dari Johor, naik bas di Larkin. Ada seorang abang datang minta tolong nak tukar cash dan minta transfer duit ke akaunnya sebab duit tak cukup beli tiket bas.

Lepas transfer tu, min pergi toilet guna RM10 yang abang tu bagi sebab memang tak ada cash langsung waktu tu. Tapi makcik kaunter bagi masuk free je sebab tiada duit pecah. Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan 🤍

Rupanya, kedua-dua watak dalam video ni orang Kelantan 😄 Ramai sungguh orang kita di mana-mana.

06/05/2026

Min nak share satu bengkel motor di Kota Bharu yang tak lipat, kerja cermat, dan insyaAllah selesai masalah.

Tempoh hari, motor min ada bocor petrol, jadi min singgah bengkel motor di Wakaf Che Yeh. Dia kata rosak teruk ni, kena tinggal motor 2-3 minggu. Kos baiki Rm300 lebih kurang.

Uish, lama sangat tu. Motor nak guna hari-hari.

Jadi saya google bengkel lain, terjumpa bengkel ni. Nama dalam Google Map 📍Kedai Pomen Ah Kang, Jalan Kadir Adabi Kota Bharu.

Kedainya dalam kampung gitu, buat tepi rumah, dan pomen pun sorang je. Tapi jangan risau, pomennya peramah, cermat, boleh baiki motor dan skuter, tak ketuk, dan siap explain barang apa yang ditukar.

Patutla dapat 5 bintang dalam Google review. Lepas ni memang min akan baiki di sini je lepas ni. Highly suggested👍🏻

05/05/2026

Min tertengok video pasal air longan ni, kebetulan lalu di kawasan Pasir Pekan, terus berhenti untuk beli.

Gelas besar, RM6. Best kalau minum waktu panas tengahari. Mula buka pukul 11 pagi sampai 4.30 petang. Atau sampai habis barang. Lokasi tepi Mcd Pasir Pekan👍🏻

Hari ini tak guna buah segar, sebab tu nampak kecut sikit buah, asbab guna buah kering. Buah segar tiada stok😄

03/05/2026

Min tak pernah jumpa kedai jual sambal kering macam ni di pasar pagi dalam Kelantan. Tapi masa jalan-jalan di Pasar Jumaat Wakaf Bharu, terjumpa, terus beli. Sebab minggu depan min nak fly jauh😄

02/05/2026

Di Kelantan tak banyak sangat kedai yang jual juadah salai. Yang saya pernah pergi, ada 3 buah kedai. Tapi yang paling top antara semua, adalah di kedai 📍Nasi Sup Kambing Daging Salai Poksu (boleh waze) di Machang😄

Senarai harga :
Daging Salai RM7
Itik Salai RM8
Keli Salai RM7
Keli Berlado. RM7
Sup Kambing RM12
Pucuk Ubi Tempoyak RM7
Perut Bulat Salai RM15

02/05/2026

Di Kelantan tak banyak sangat kedai yang jual juadah salai. Yang min pernah pergi, ada 3 buah kedai. Tapi yang paling top antara semua, adalah kedai 📍Nasi Sup Kambing Daging Salai Poksu (boleh waze) di Machang😄

Kedai mula buka pukul 5.30 pagi sampai tengahari, tapi moleknya datang awal, sebab min pergi pukul 9 suku, banyak lauk salai dah habis😄🫡

Address

Pasir Mas

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ajimo posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ajimo:

Share

Category