17/12/2024
Panaskan lauk konon nak jimat, sekali pelanggan mengeluh sebab tak fresh!
Ini punca kita rasa okey, tapi sebenarnya kita sedang ‘membunuh’ bisnes restoran sendiri.
(1) Lauk yang dipanaskan semula memang hilang terus rasanya! Bayar mahal tapi rasa teruk, malahan ada yang termakan makanan basi.
(2) Pelanggan tak puas hati tadi mula besarkan masalah dan mula buat content keluhan! Nak jadi cerita content tu viral & akhirnya merosakkan reputasi restoran anda.
(3) Kita rasa benda itu hanya bersifat sementara. Kita abaikan feedback keluhan itu dan terus kekalkan cara begitu.
(4) Mula dapat bad review p**a di google. Macam-macam kecaman diterima, tapi langsung tak nak buat perubahan servis.
(5) Salahkan kerajaan sebab tak dapat kawal kos bahan mentah menyebabkan jalan yang diambil ini nampak ‘tak salah’!
(6) Sales makin merudum. Buat content tak jalan, buat ads kena kecam. Mula rasa haru-biru! Tak tahu nak buat apa. Kalau boleh diputar masa, mahu nak putar masa!
(7) Termenung merenung nasib, salahkan diri sendiri mengabaikan keluhan dan kecaman pertama pelanggan.
(8) Sales jatuh dan jatuh! Nak bayar gaji staf pun tak lepas, mujur ada sikit duit simpanan syarikat.
(9) Nak kekalkan staf atau nak lepaskan staf? Nak bertahan atau lepaskan restoran yang telahpun memberi jasa lebih 3 tahun itu?
(10) Belajar dari kisah anak didik kami. Nama jenamanya dah rosak teruk! Nak bangkit pun rasa malu. Rasa nak katup habis mula dengan brand baru.