11/01/2026
Telefon Naik Harga? Ini Senarai Telefon Berbaloi Dimiliki
Harga telefon pintar dah naik sedikit, walaupun ia model tahun lepas. Sabar je lah. Tapi buat kamu-kamu yang nak beli atas apa jua sebabnya, berikut abam senaraikan beberapa model yang masih berbaloi dibeli Ketika ini.
Ambil perhatian, abam tak senaraikan mengikut kemampuan cipset atau harga, sebaliknya senarai adalah mengikut s**a-hatilah-nak-letak macam mana. Gitu.
Bajet? Bajet bermula dari bajet hensem hinggalah kepada 3000-ish macam tu. Belilah ikut kemampuan, keperluan, dan ciri dikehendaki. Jangan beli ikut orang, sebab orang tu mungkin mampu dengan harga RM4000-5000, tapi kamu hanya mampu jika SPayLater drag hingga 48x (contoh).
Oklah tanpa melengahkan masa, kerana abam tiada masa untuk membuang masa, mari lihat senarainya:
OPPO Reno15 Pro
Dengan ini abam mengumumkan, bahawa OPPO Reno15 Pro ialah telefon pintar 'The Smartphone to Beat' bagi tahun 2026 dalam kategori upper/premium midrange.
Dari segi prestasi ia dikuasakan Dimensity 8450 dengan arkitektur All-Big-Core. Seingat abam yang pertama dalam siri 8000 ini. Abam dah pakai model sebelumnya iaitu Reno14 Pro yang menggunakan cipset yang sama, dan boleh syorkan ia punyai prestasi lebih daripada mencukupi.
Untuk kameranya apa saja tak cukup? 50MP untuk kamera utama, zoom, ultrawide, dan swafoto. 4k60fps juga dapat dirakamkan pada semua kameranya. Need I say more?
Boleh beli di:
https://s.shopee.com.my/4fpvCJBwjY
https://c.lazada.com.my/t/c.WIAauV
Infinix Note 50 Pro+
Dalam senarai ini, tarikan Utama bagi telefon pintar ini ialah periscope 3x (โ70mm). Ia memberi peluang untuk anda merasai zoom optik pada peranti yang lebih mampu milik.
Dengan harga bawah RM1600, janganlah letak ekspektasi zoom berkualiti flagship p**a. Janji dapat main zoom sampai rumah makcik Senah, nak tahu dia masak apa hari ni, jadilah.
Boleh beli di:
https://s.shopee.com.my/7KqgNMfsh6
https://c.lazada.com.my/t/c.WIAau7
Honor 400 Pro
Masih relevan (sekurang-kurangnya pada abam la). Kalau awak rasa tak mampu nak sambar Magic8 Pro, boleh sambar yang ini.
Kamera boleh dipuji, cuma mungkin ultrawide tak semantap yang diingini.
Beli di:
https://s.shopee.com.my/1LZTEPsFOP
https://c.lazada.com.my/t/c.WIAauk
vivo X200 FE
Ini satu lagi model yang pada abam masih relevan, kecuali ultrawide yang hanya beresolusi 8MP (lemah, urgh).
Prestasi mantap, dikuasakan oleh Dimensity 9300+, memang bertaraf flagship dah cipset dia ni. Cumanya, itulah - ultrawide sedih sikit, maksimum boleh rakamkan video pun hanyalah 1080p. Abam faham syarikat perlu membezakan antara satu peranti dengan peranti yang lain terutama flagship.
Tapi 8MP, bruh, really?
Apa pun, sambar laju-laju di:
https://s.shopee.com.my/1VstQo3Cke
https://c.lazada.com.my/t/c.WIAauN
Xiaomi 15T Pro
Untuk model ini p**a abam boleh katakan setanding dah resolusinya dengan Honor 400 Pro. Tetapi kelebihan yang terdapat pada 15T Pro ni, ia ada 'Leica' pada talaan kameranya.
Juga dikuasakan oleh Dimensity 9400+, bab gaming dan prestasi untuk kegunaan harian tak perlu diragui lagi.
Sayangnya bateri hanya berkapasiti 5500mAh. Kalau dilihat pada beberapa ujian ketahanan bateri, nampak seperti tiada apa perlu dibimbangkan apabila 15T Pro berjaya bertahan melebihi model-model flagship. Apa pun, kena cuba guna sendiri baru tahu.
Grab model ini di:
https://s.shopee.com.my/qdCdgXdTi
https://c.lazada.com.my/t/c.WIAauv
Realme GT 8 Pro
Antara telefon dari realme paling mahal, sepadan dengan prestasi diberikan. Maklum saja, cipset naik harga, RAM naik harga, storan naik harga. Pakat naik harga belaka. Yang turun cuma air mata saja.
Tarikan utama: RICOH GR filters iaitu penapis foto yang meniru gaya kamera kompak RICOH GR, bagus untuk yang s**a suntingan foto gaya filem.
Abam lihat beberapa ulasan, nampak macam biasa-biasa saja. Cuma jika hendakkan kamera lebih baik dari jenama ini, maka GT 8 Pro sajalah pilihannya tu.
Beli di pautan berikut:
https://s.shopee.com.my/8APnNIXHiZ
https://c.lazada.com.my/t/c.WIAauC
POCO F8 Ultra
Kalau bab kamera, jenama POCO mungkin bukan duduk di tingkat teratas. Namun, f8 Ultra boleh dibeli jika anda nak cuba speaker stereo dengan 2.1 BOSE audio tuning.
Telefon pintar dari POCO yang ini ada subwoofer weh.
Kalau dijadikan sebagai alarm, boleh pekak sampai petang.
Senang cerita kalau bab audio, dia memang champion. Abam tengok bab paparan pun sama. Penuh ciri-ciri flagship, dari HDR sampailah kepada Dolby Vision. Multimedia - yeap, inilah dia peranti untuknya.
Sambar di pautan:
https://s.shopee.com.my/W0MFJgBME
https://c.lazada.com.my/t/c.WIAaFe
Ok setakat ini sahaja perkongsian abam. Ini adalah berdasarkan kepada analisis (cewah) minda kronik sejak tahun lepas hingga kini yang tak berhenti berfikir - nak beli ke tak nak, nak beli ke tak nak, sampai tak beli-beli dibuatnya (senarai inilah hasilnya).
Kitorang tak ada sponsorship. Tapi ikhlas itu ada. Hah, tu dia.
Apa pun good luck kepada semua. Tunggu sales la kot abam rasa, baru sambar mana-mana berkenan di hati.
Hasta la vista bebeh. Ngo cau sin aaa!