Faez Amierul

Faez Amierul Founder & General Manager
GM Resources Group
Servis Katering VVIP
by Grand Makmur Catering

Founder & General MAnager
GM Resources Group
Servis Katering VVIP
by Grand Makmur Catering

"Cikgu kelas lama, sekarang jadi 'client' p**ak."Majlis baru ni memang special sikit — sebab yang kahwin ni, anak kepada...
04/06/2025

"Cikgu kelas lama, sekarang jadi 'client' p**ak."

Majlis baru ni memang special sikit — sebab yang kahwin ni, anak kepada cikgu kelas saya masa sekolah menengah dulu.

Cikgu yang ajar saya masa saya ni tak reti apa-apa lagi, sekarang datang ke Halaman untuk raikan hari besar anak sendiri.

Bangga rasa, bukan sebab dapat job, tapi sebab cikgu percaya dan pilih tempat yang saya usahakan ni.

Daripada belajar kat kelas cikgu dulu, ke uruskan majlis keluarga cikgu sekarang, rasa macam satu pusingan yang penuh makna.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar, cuaca pun elok, tetamu pun seronok.

Terima kasih cikgu — dulu ajar saya, sekarang support p**a bisnes saya.
Doakan Halaman terus maju, dan semoga anak cikgu bahagia hingga ke syurga.









“Bos, kanopi tak cukup minggu ni.”Tengah sibuk siapkan persiapan event, staff operation datang bagi info.Saya tanya bali...
28/05/2025

“Bos, kanopi tak cukup minggu ni.”

Tengah sibuk siapkan persiapan event, staff operation datang bagi info.

Saya tanya balik,
“Berapa tak cukup?”
“Dalam 3 set lagi, bos.”

Tak tunggu lama, terus call supplier:
“Bang, ada ready stock kanopi arabian 20x20?”
“Ada, bos. Nak bila?”
“Sekarang.”

Terus ajak staff:
“Jom, kita pergi ambik. Minggu ni nak guna terus.”
Alhamdulillah, selesai urusan hari ni. Esok boleh terus cabut & pasang untuk event seterusnya.

Begitulah kerja bila ada venue sendiri ni.
Kadang-kadang, untung tak banyak mana… tapi kalau ada sikit lebih, kita guna untuk cukupkan apa yang tak cukup.

Maintenance kena jaga. Aset pun kena tambah sikit-sikit. Sebab kalau kita tak top-up apa yang kurang, nanti yang terima kesan — klien & tetamu juga.

Pelan-pelan, kami terus perbaiki & tambah dari semasa ke semasa. Demi servis yang makin baik, insyaAllah.









Musim cuaca ekstrem sekarang ni. Panas terik di tengah hari, hujan lebat beserta angin kencang di sebelah malam.Mungkin ...
27/05/2025

Musim cuaca ekstrem sekarang ni. Panas terik di tengah hari, hujan lebat beserta angin kencang di sebelah malam.

Mungkin tak ramai yang perasaan, kami baru je pasang air curtain di pintu masuk utama Halaman. Benda ni kecil je, tapi banyak membantu untuk kurangkan haba luar dari masuk, dan kekalkan keselesaan dalam dewan. Aircond pun jadi lebih efisien. Kalau yang selalu datang ke Halaman, mungkin dah rasa bezanya sikit-sikit.

Antara penambahbaikan untuk menyelesaikan masalah cuaca panas terik, lepas ni kami plan untuk memasang aluminium penebat haba dan syiling di bahagian beratap zink p**a. step by step. InsyaAllah

Selain tu, kami juga dah mula fasa pertama untuk tambah side awning. Tujuan utama? Nak selesaikan dua isu besar:

☀️ Panas terik tengah hari
🌧️ Hujan lebat hingga air hujan masuk ke dalam dewan

Bukan kerja senang, tapi ini antara langkah kami nak jadikan Halaman tempat yang makin selesa untuk semua, tak kira cuaca macam mana pun.

Upgrade ni mungkin nampak kecik pada mata kasar, tapi besar impaknya untuk pengalaman tetamu & kelancaran event.

Perlahan-lahan, kami akan terus baiki & tambah apa yang patut. Doakan perjalanan ni terus dipermudahkan









Tak semua hari indah. Tapi semua hari kena hadap.Halaman diuji lagi. Angin kuat jumaat malam sabtu baru ni, buat semua p...
26/05/2025

Tak semua hari indah. Tapi semua hari kena hadap.

Halaman diuji lagi. Angin kuat jumaat malam sabtu baru ni, buat semua persiapan untuk majlis esoknya habis berterbangan. Kanopi, meja, backdrop — semua kena angin.

Nak down pun kejap2 je, pagi-pagi esok tu terus turun padang, sama-sama team halaman, reset semua dari awal. Dalam hari yang sama juga, speaker p**ak buat hal. Terpaksa baiki terus, call kedai maintennance, booking slot untuk repair sampai siap. sebab kami memang taknak kompromi bab sound — tetamu datang, kami nak bagi pengalaman yang elok.

Ini antara cabaran bila ada event space sendiri. Bukan setakat sediakan tempat, tapi jaga supaya tempat tu sentiasa ready, sentiasa selesa. Kadang-kadang kos baik pulih ni bukan sikit, tapi itulah harga nak bagi servis yang baik.

Halaman bukan tempat sempurna, tapi setiap hari kami cuba perbaiki, upgrade, dan kekalkan standard yang kami banggakan.

Thanks pada yang sentiasa support dan faham — especially bila benda tak dijangka jadi.

Semoga kami kuat semangat dan kuat fizikal sekali.

Tapi, alhamdulillah, tak seteruk yang dulu, kanopi lepas ke tanah sebelah terus.

BosKateringPekan







Lama dah terfikir nak buat page sendiri — bukan sebab nak glemer, tapi sebab rasa dah sampai masa untuk keluar sikit dar...
22/05/2025

Lama dah terfikir nak buat page sendiri — bukan sebab nak glemer, tapi sebab rasa dah sampai masa untuk keluar sikit dari belakang tabir. Nak kenalkan diri, kongsi cerita sikit-sikit pasal kerja dan perjalanan yang dilalui. Dari seorang yang introvert memang mencabar, nak create 1 post pun boleh ambil masa seharian.

Start dengan katering — 10 tahun lebih, turun naik sama-sama dengan mak ayah, isteri pun yang banyak membantu belakang tabir, sedara mara pun banyak bagi idea semangat. Dari situ lahirnya GM Resources, Halaman, dan Grand Makmur Catering (dulu dikenali sebagai Kiub Katering).

Ramai orang nampak hasil, tapi tak ramai tahu cerita belakang dapur — literally. Kadang sampai tak cukup masa untuk anak isteri, jasad dan fikiran tak bersatu, rasa down, stress, ada belaka..

Page ni bukan untuk menunjuk, cuma tempat nak simpan cerita sebenar — pasal kerja, pasal cabaran, dan mungkin juga pasal hidup.

Tak janji update hari-hari, tapi kalau ada yang boleh belajar atau dapat semangat dari sini, itu pun dah cukup. Kita Cuba...

Terima kasih yang support dari awal. Kita slow burn je, tapi api dia tetap ada. Berminat servis katering daerah Pekan dna Kuantan, roger2..Majlis VIP pun lebih dari mampu insyaAllah.









Address

Pekan

Telephone

+60199514665

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Faez Amierul posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share