12/03/2026
IFTAR JAMAIE PADANG RUMBIA 2026๐
11 MAC 2026
(PART 1)
Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Iftar Jamaie Padang Rumbia yang berlangsung dalam suasana yang meriah dan penuh kebersamaan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Terima kasih kepada penduduk kampung yang sanggup meluangkan masa dan tenaga untuk menyediakan juadah, serta kepada guru-guru dan murid-murid yang bersama-sama membantu membuat persiapan tempat.
Terima kasih kepada En Shahrul Azwan Bin Mohd Saferi, Penghulu Mukim Pulau Manis, atas kesudian untuk menghadiri iftar jamaie tahun ini.
Ucapan terima kasih juga atas kerjasama yang diberikan oleh PIBG dan JPKK Padang Rumbia dalam menjayakan Majlis Iftar Padang Rumbia pada tahun ini. Segala sokongan, komitmen dan kerjasama yang diberikan amat dihargai.
Syukur kerana segala perancangan berjalan dengan lancar. Lebih bermakna apabila kita berpeluang berbuka puasa bersama dan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah.
Inilah antara keistimewaan sebuah sekolah kecil yang terletak di kawasan kampung โ hubungan yang erat, semangat kerjasama yang tinggi serta silaturrahim yang kuat antara semua pihak. Semoga Ramadan pada tahun ini menjadi lebih baik daripada Ramadan yang sebelumnya, dan semoga Allah SWT sentiasa memberkati serta mengeratkan lagi silaturrahim antara kita semua.
InsyaAllah, jika diberi rezeki dan kesempatan, kita akan bertemu lagi dalam Majlis Iftar Jamaie pada tahun hadapan. ๐