Ben Hafiz

Ben Hafiz Personal Blog, Video Creator, Designer, Emcee

27/04/2026

Alhamdulillah kuda hitam selesai bertugas semalam di Bertam Resort.

Denim dan Dedikasi; 26 Tahun Mengukir Legasi, sebuah Majlis persaraan salah seorang senior staf dari Unit Makmal Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Puan Janiyah Haji Durany yang telah menabur bakti selama 26 tahun di sini.

Malam yang penuh bermakna ini diserikan dengan persembahan istimewa kumpulan Malaysia Hit List dari Pulau Pinang.

Dengan bertemakan Blue Denim, ramai tampil menjadi muda. Maka lahirlah banyak Pak Maon dan Bentataguru belaka.

Semoga Puan Janiyah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan bahagia di samping keluarga tercinta selepas ini sebagai seorang YB (Yang Bersara).

Moga kita berjumpa lagi.

23/04/2026

Selawat Taslim yang sering dikumandangkan ketika ketibaan Raja Sehari di Majlis Perkahwinan

Alhamdulillah penutup Syawal walaupun dah masuk 1 Zulqaedah, selesai mengacarakan Majlis Hari Raya Masjid Abdullah Ibnu ...
21/04/2026

Alhamdulillah penutup Syawal walaupun dah masuk 1 Zulqaedah, selesai mengacarakan Majlis Hari Raya Masjid Abdullah Ibnu Mas'ud Taman Pelangi Perai dengan kerjasama Nasmir Holding Sdn Bhd dan KRT Taman Pelangi.

Ini adalah tahun kedua di sini. Moga ukhwah sentiasa teguh dan silaturrahim berkekalan, inshaAllah.

Terima kasih atas jemputan

16/04/2026

Bakal raja sehari. Jom grab sekarang! DM untuk semak tarikh available

15/04/2026

Hepi besday to me dan ini berita baik untuk semua bakal raja sehari. Semoga bermanfaat. Tag family dan kawan2 yang nak kawen taun ni.

07/04/2026
Ramai pengantin terlalu sibuk melayan tetamu sampai tak sempat makan.Padahal majlis kahwin biasanya berlangsung berjam-j...
06/04/2026

Ramai pengantin terlalu sibuk melayan tetamu sampai tak sempat makan.

Padahal majlis kahwin biasanya berlangsung berjam-jam.

📌 Tip penting:

Sediakan masa khas untuk makan beradab sebelum sesi bergambar panjang bermula.
Ini bukan sahaja memberi ruang untuk pengantin berehat, tetapi juga mencipta moment yang tenang dan romantik.

Majlis lancar bukan kebetulan, ia hasil perancangan yang baik.

Nak majlis lebih tersusun? Emcee yang betul memainkan peranan besar. 🎤💍

📩 Klik Whatsapp untuk semak tarikh majlis anda.

https://wasap.my/60174632453/mc

berbicara..Di pentas yang dihias indah, bukan sekadar suara yang berbicara,tetapi amanah yang dipikul, beratnya setara m...
05/04/2026

berbicara..

Di pentas yang dihias indah, bukan sekadar suara yang berbicara,
tetapi amanah yang dipikul, beratnya setara mahkota di singgahsana.

Aku berdiri bukan untuk dipuji,
tetapi menjadi lidah yang menyambung hati,
menjaga tertib, memelihara adab,
agar setiap detik terukir indah tanpa cela dan silap.

Kerana seorang pengacara bukan sekadar penyusun kata,
dia penjaga alur, pengikat suasana,
yang memastikan bahagia itu mengalir sempurna,
dari awal bicara hingga tirai majlis dilabuhkan dengan penuh makna.

Maka aku memegang amanah ini dengan jiwa yang sedar,
bahawa setiap lafaz adalah tanggungjawab yang besar,
agar cinta yang diraikan hari ini,
disaksi dengan tertib, indah, dan penuh keberkatan Ilahi.

Sesi bergambar adalah antara moment paling penting dalam majlis kahwin. Tapi kalau tak dirancang, ia boleh jadi terlalu ...
31/03/2026

Sesi bergambar adalah antara moment paling penting dalam majlis kahwin. Tapi kalau tak dirancang, ia boleh jadi terlalu lama dan kelam kabut.

📌 Tip mudah:

Susun urutan bergambar seperti berikut:
1️⃣ Keluarga terdekat
2️⃣ Saudara mara
3️⃣ Rakan-rakan

Bila ada susunan yang jelas, sesi bergambar jadi lebih cepat, tersusun dan tidak memenatkan pengantin.

Majlis lancar bukan kebetulan, ia hasil perancangan yang baik.

Nak majlis lebih tersusun? Emcee yang betul memainkan peranan besar. 🎤💍

📩 Wasap untuk semak tarikh majlis anda. Klik di bio atau https://wasap.my/60174632453/mc

27/03/2026

Salam Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.

Emcee boleh bercakap sebaik mana pun, tapi kalau sound system tak jelas, tetamu tetap takkan dengar.Sebab itu soundcheck...
20/03/2026

Emcee boleh bercakap sebaik mana pun, tapi kalau sound system tak jelas, tetamu tetap takkan dengar.

Sebab itu soundcheck sangat penting sebelum majlis bermula.

📌 Tip penting:
Lakukan soundcheck sekurang-kurangnya 1 jam sebelum majlis.

Perkara yang perlu diuji: • Mikrofon
• Speaker
• Muzik latar
• Volume suara emcee

Bila audio jelas, tetamu akan lebih fokus dan majlis terasa lebih hidup dan meriah.

Majlis lancar bukan kebetulan, ia hasil perancangan yang baik.

Nak majlis lebih tersusun? Emcee yang betul memainkan peranan besar. 🎤💍

📩 Klik Whatsapp untuk semak tarikh majlis anda.
https://wasap.my/60174632453/mckahwin

Address

Penang Island

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ben Hafiz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ben Hafiz:

Share

Category