Penang Kini

Penang Kini Penang Kini Page yang memaparkan info terkini dan isu sensasi hanya dari Penang kita setiap hari.. Peneraju Media Sosial Di Pulau Pinang

17/03/2026

Entah apa masalah Triton ni tiba-tiba selit menyondol.. Area Bayan Lepas FTZ
17/03/2026 Pukul 7:27pagi

17/03/2026

Pulau Pinang kita semakin menarik..โ™ฅ๏ธ๐Ÿซฐ

Projek mural ini bertujuan mengetengahkan nilai warisan tempatan di kawasan Tanjong atau George Town, sekali gus menarik lebih ramai pelancong dan memupuk rasa penghargaan yang lebih mendalam dalam kalangan penduduk setempat.

Inisiatif ini juga dilihat sebagai satu bentuk penghormatan kepada sumbangan generasi terdahulu, termasuk para pedagang, tukang mahir, tukang emas, pengurup wang serta komuniti India Muslim/Muslim tempatan.

Diharapkan projek ini mampu mengangkat Pulau Pinang sebagai destinasi warisan utama di Malaysia, di samping membantu pengunjung memahami dengan lebih dekat sejarah serta jasa komuniti tempatan.

Ramadan kali ini lebih istimewa dengan usaha berterusan Yayasan Al-Nasmir dalam menyantuni masyarakat โค๏ธDalam suasana pe...
17/03/2026

Ramadan kali ini lebih istimewa dengan usaha berterusan Yayasan Al-Nasmir dalam menyantuni masyarakat โค๏ธ

Dalam suasana penuh kesyukuran, Masjid Abdullah Ibnu Masโ€™ud, Taman Pelangi,Perai menjadi tumpuan apabila lebih 1,000 jemaah berkumpul untuk berbuka puasa dalam Majlis Sumbangan Hari Raya Aidilfitri anjuran Nasi Kandar Nasmir.

Majlis ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan setiap kali menjelang Aidilfitri sebagai usaha membantu meringankan beban golongan memerlukan dalam membuat persiapan menyambut Hari Raya.

Majlis ini disempurnakan oleh Pengarah Urusan Nasmir Holding, Datoโ€™ Khadar Shah Abdul Razak yang turut turun padang menyantuni para jemaah.

Lebih bermakna, seramai 100 penerima menerima sumbangan bakul makanan dan duit raya sebagai persiapan menyambut Syawal. Selain menikmati juadah berbuka, jemaah turut menunaikan solat berjemaah, sekali gus mengeratkan ukhuwah dalam malam penuh keberkatan.

Menariknya, mulai Ramadan ini, Yayasan Al-Nasmir turut meluaskan inisiatif kebajikan dengan menaja penduduk sekitar Taman Pelangi melalui pengurusan masjid. Antara bantuan yang disediakan termasuk sokongan kepada anak-anak yang ingin menyambung pelajaran, bantuan kematian serta bantuan kepada golongan uzur yang memerlukan.

Dalam masa sama, sepanjang Ramadan ini, Yayasan Al-Nasmir juga menaja iftar lebih di 60 buah masjid dan lebih 4,000 yang telah dibantu sebagai tanda keprihatinan dan penghargaan kepada masyarakat.

Semoga segala usaha murni ini terus diberkati dan membawa rahmat buat semua ๐Ÿคฒ

Malam 27 masjid kapitan keling Penang๐Ÿ“ท anwar_azizzz
17/03/2026

Malam 27 masjid kapitan keling Penang

๐Ÿ“ท anwar_azizzz

Raya Paling "Power Up" di M Zenni! ๐ŸŒ™โœจDah ada pelan nak bawa keluarga ke mana hujung minggu ni? Jom serbu M Zenni, Southb...
16/03/2026

Raya Paling "Power Up" di M Zenni! ๐ŸŒ™โœจ

Dah ada pelan nak bawa keluarga ke mana hujung minggu ni? Jom serbu M Zenni, Southbay Batu Maung untuk 2 hujung minggu yang penuh dengan aktiviti best dan makanan sedap! ๐Ÿคฉ

๐ŸŽฎ MINGGU 1: Game On! Super Ma-Li Adventure
๐Ÿ“… 21 - 22 Mac 2026 (Sabtu & Ahad) | 10am - 6pm
โœ… Cabaran Ma-Li Tail, Perler Beads Workshop & Photobooth comel! ๐ŸŽ
๐Ÿ”— RSVP: https://forms.office.com/r/NXjBCPzYKa

๐ŸŒ™ MINGGU 2: M Zenni Raya Fest
๐Ÿ“… 28 Mac 2026 (Sabtu) | 10am - 6pm
โœ… Buffet, Kambing Bakar, Char Koay Teow, lukisan Batik & Henna! ๐ŸŽจ
๐Ÿ”—RSVP: https://forms.office.com/r/GZA7rHZZhm

๐Ÿ“ Lokasi: M Zenni Sales Gallery, Southbay Batu Maung, Penang
๐Ÿ“Œ Alamat: 1-3A-30, 1, Cangkat Batu Maung, Puncak Southbay, 11960 Bayan Lepas.

16/03/2026

Malam Ganjil ke-27 Ramadan (LAILATUL QADAR). Dpt info Maahad Tahfiz Darul Quran mencari 700 org yg boleh sedekah RM 10 utk dana pembesaran surau. Sumbang direct kpd mereka.๐Ÿ‘‡๐Ÿป

KEMUNGKINAN RAYA SABTU Bulan 26 Ramadan...Sudah dalam fasa bulan sabit tua.... setiap pagi altitud bulan akan semakin re...
16/03/2026

KEMUNGKINAN RAYA SABTU

Bulan 26 Ramadan...

Sudah dalam fasa bulan sabit tua.... setiap pagi altitud bulan akan semakin rendah (rujuk pada pukul 6.44 am) dengan penampakan bulan sabit yang semakin menipis...

Pada 19 Mac nanti, bulan berada berhampiran matahari dilihat dari bumi di mana bulan masih di bawah ufuk (6.44 am) dan akan terbit pada 7.14 am....

Pandangan angkasa p**a bulan akan melewati/transit garis matahari-bumi (pada pukul 9.38 am - Fasa Bulan Baru) iaitu akan berada di hadapan bumi menghadap matahari...

Sekitar 8 jam kemudian, anak bulan mulai terbentuk dan 2 jam 30 minit kemudian kita akan cuba mencerap anak bulan tersebut sejurus matahari terbenam.... yang telahpun berusia 10 jam 30 minit yang sangat halus, sukar nampak, rendah di ufuk, hanya sebentar di ufuk...

Jika 15 jam ke atas, peluang tinggi untuk penampakan (tapi sudah tengah malam di tempat kita) ...

Sifirnya, jika tak kelihatan maka Ramadan jadi 30 hari (Raya 21 Mac)... Jika kelihatan dan memenuhi syarat/kriteria penampakan maka Ramadan jadi 29 hari sahaja (Raya 20 Mac)...

Pada pendapat admin, jangkaan semasa cerapan adalah anak bulan sukar dicerap kerana kedudukan anak bulan tidak memenuhi syarat/kriteria penampakan.... maka 1 Syawal dijangka pada Sabtu, 21 Mac... apapun kata putus adalah pemakluman hasil cerapan dan pengistiharan daripada pihak berkuasa...

Kredit : Omรจn Necrofis
16.3.2026

Ketua Menteri telah memberikan perincian lanjut berhujung beberapa kes kenaikan kadar cukai tanah susulan dibangkitkan o...
16/03/2026

Ketua Menteri telah memberikan perincian lanjut berhujung beberapa kes kenaikan kadar cukai tanah susulan dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Bagan pada Sabtu lepas. Sebagaimana dijelaskan, pemilik tanah adalah tertakluk kepada kadar yang telah diwartakan, dan rayuan seharusnya memberi tumpuan kepada sama ada penggunaan tanah itu telah ditentukan secara tepat akan penggunaannya.

Dengan ini, CM mengulangi dan menyeru kepada semua pemilk tanah supaya mengemukakan rayuan atau mendapatkan penjelasan perlu menerusi Pejabat Daerah dan Tanah yang berkaitan. Malah, kepada mereka yang telah mengemukakan rayuan kepada Pentadbir Tanah, keputusan rayuan masing-masing akan diketahui dalam tempoh terdekat.

16/03/2026

Hangpa rasa Hari Raya Pertama Aidilfitri tahun ni jatuh pada Hari Jumaat ka Hari Sabtu ?
Cer habaq mai..๐Ÿ™
(Tanya dengan nada serius nak tahu sebab letih la kalau raya terkejut ni)

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‡๐€๐‹๐€๐‹ ๐๐ˆ๐™๐’๐“๐€๐‘๐“๐‘ฏ๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐‘ณ ๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฐ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ต ๐‘ป๐‘ฌ๐‘ป๐‘จ๐‘ท๐‘ฐ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ณ๐‘ผ๐‘จ๐‘ตProgram HALAL BizStart, bertujuan untuk membimbing usahawan me...
16/03/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‡๐€๐‹๐€๐‹ ๐๐ˆ๐™๐’๐“๐€๐‘๐“
๐‘ฏ๐‘จ๐‘ณ๐‘จ๐‘ณ ๐‘ฉ๐‘ผ๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต ๐‘ท๐‘ฐ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ฏ๐‘จ๐‘ต ๐‘ป๐‘ฌ๐‘ป๐‘จ๐‘ท๐‘ฐ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘ณ๐‘ผ๐‘จ๐‘ต

Program HALAL BizStart, bertujuan untuk membimbing usahawan memahami keperluan, prosedur dan persediaan ke arah Pensijilan Halal Malaysia.

Program ini mensasarkan usahawan yang berhasrat kapasiti perniagaan, memperluas peluang pasaran serta memastikan operasi perniagaan mematuhi piawaian halal.

๐Ÿ—“ Tarikh: 31 Mac 2026 (Selasa)
โฐ Masa: 8.30 pagi โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: The Light Hotel Seberang Jaya

*TERHAD KEPADA 50 ORANG USAHAWAN SAHAJA

๐—ฆ๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐˜‚๐˜ ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฎ๐—ถ?
โœ” ๐—จ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—•๐˜‚๐—บ๐—ถ๐—ฝ๐˜‚๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฎ๐—ณ๐˜๐—ฎ๐—ฟ (๐—ฆ๐—ฆ๐— )
โœ” ๐—จ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป, ๐—บ๐—ถ๐—ป๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ป, ๐—ฝ๐—ฟ๐—ผ๐—ฑ๐˜‚๐—ธ ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐—ป
โœ” ๐—จ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ถ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜€๐—ถ๐—ท๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—น

๐Ÿ“Œ ๐—œ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐˜€ ๐—ค๐—ฅ ๐—–๐—ผ๐—ฑ๐—ฒ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ผ๐˜€๐˜๐—ฒ๐—ฟ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ณ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐—ธ๐—น๐—ถ๐—ธ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ฝ๐—ฎ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ถ๐—ป๐—ถ https://forms.gle/DnqndT3t2nMgGkC37

๐—ฃ๐—ฒ๐—ด๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ถ ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—ฑ๐—ถ๐—ต๐˜‚๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ถ :
โ˜Ž๏ธ Puan Zilia - 019 675 7084
โ˜Ž๏ธ Puan Hafiza - 019 502 0731
โ˜Ž๏ธ En. Nazirul - 019 622 9665








Sebelum ini tular kisah seorang kanak-kanak, Muhammad Adam Mikhael, 3 tahun, yang sangat rapat dengan pengasuh India yan...
16/03/2026

Sebelum ini tular kisah seorang kanak-kanak, Muhammad Adam Mikhael, 3 tahun, yang sangat rapat dengan pengasuh India yang dipanggil mesra "Amma" dan "Appa"..

Baru-baru ini, Adam dikatakan demam dan sering meracau pada waktu malam sambil memanggil nama Amma dan Appa. Walaupun sudah dibawa ke klinik, demamnya masih tidak kebah. Rupanya bukan sekadar sakit biasa, tetapi demam rindu.

Apabila mengetahui keadaan Adam, Amma dan Appa tanpa berfikir panjang terus menaiki motosikal untuk datang menziarahinya walaupun jarak rumah mereka hampir sejam perjalanan. Dalam perjalanan p**a mereka diuji dengan hujan lebat, namun itu tidak menghalang mereka meneruskan perjalanan demi melihat keadaan Adam.

Kasih sayang mereka kepada si kecil itu benar-benar menyentuh hati ramai.

Tidak semua anak lahir dari rahimโ€ฆ
ada juga anak yang โ€˜lahirโ€™ dari kasih sayang yang tulus dan ikhlas..๐Ÿฅน

Kiriman : Shida Abdullah

Ketua Menteri Chow Kon Yeow ๆ›น่ง€ๅ‹ menyertai konvoi bermotosikal bagi menyantuni serta menyampaikan sumbangan kepada golong...
16/03/2026

Ketua Menteri Chow Kon Yeow ๆ›น่ง€ๅ‹ menyertai konvoi bermotosikal bagi menyantuni serta menyampaikan sumbangan kepada golongan memerlukan di sekitar kariah Masjid Jamek Padang Menora, Tasek Gelugor sempena bulan Ramadan. Program anjuran Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Komunikasi itu merupakan edisi keenam dan terakhir bagi siri jelajah mendekati masyarakat setempat tahun ini.

Alhamdulilah syukur, pada majlis sama, Ketua Menteri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 bagi membantu mengatasi masalah bekalan elektrik di Masjid Jamek Padang Menora, Tasek Gelugor seperti yang dibangkitkan sebelum ini.

Address

Plaza Tol Sg Dua
Penang Island

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penang Kini posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Penang Kini:

Share