08/01/2026
Lavenda Fun Park ialah taman hiburan interaktif yang terletak di Juru Auto City Phase 2, Bukit Tengah, Seberang Perai, Pulau Pinang. Ia merupakan taman tema non-powered amusement park pertama di Pulau Pinang, yang menampilkan lebih 20 jenis tarikan dan aktiviti fizikal sesuai untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa.
Waktu Operasi:
Setiap hari sekitar 5.00 petang – 11.00 malam (hujung minggu boleh sampai tengah malam)
Harga Tiket:
± RM38 seorang
Kanak-kanak bawah 2 tahun dan OKU – Percuma
Diskaun tersedia untuk keluarga dan kumpulan
Tarikan Menarik:
• Roller coaster tanpa kuasa elektrik
• Tunnel Slide, Kitty Slide
• Lavenda Tower, Hamster Run
• Swing Chair, trampolin
• Rock climbing & permainan fizikal lain
Sesuai untuk:
Lawatan keluarga, aktiviti hujung minggu, dan percutian bersama anak-anak.