Koleksi Ebook

Koleksi Ebook Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Koleksi Ebook, Digital creator, Pendang.

23/03/2026

Buku Muhammad : Riwayat hidup berdasarkan number terawal - Martin Ling

“Dari Syiah, Ke Sekular, Dan Syiah Kembali: Macam Mana Revolusi Iran Kekalkan Tradisi Syiah?”Oleh: Fahrin AzriCerita pas...
17/01/2026

“Dari Syiah, Ke Sekular, Dan Syiah Kembali: Macam Mana Revolusi Iran Kekalkan Tradisi Syiah?”

Oleh: Fahrin Azri

Cerita pasal Iran, baru-baru ini muncul satu protes besar-besaran, dengan demonstrasi sekitar 31 daerah di Iran mengganas atas ketidakpuasan hati mereka kepada rejim Ayatollah ini.

Dengan secara tiba-tiba, AS cuba masuk jarum dengan membawa naratif Make Iran Great Again dengan meletakkan pengharapannya kepada Reza Pahlavi, yang dianggap sebagai tokoh utama penggerak untuk menjatuhkannya.

Tapi, kita tak nak cakap pasal tu. Tetapi, tentang persoalan macam mana Revolusi Iran kembali kekalkan tradisi Syiah? Kita kena patah balik dengan tengok sejarah.

Sejarah di tanah Iran ini sangat kompleks, bahkan ditakluk oleh pelbagai jenis kuasa bermula dari Empayar Sassanid sehingga ke kuasa Islam dan berlarutan sampai kini.

Jadi, untuk memudahkan pemahaman, kita mulakan dengan Dinasti Safawiyyah, kuasa pertama Syiah yang pertama dan rasmi di tanah Iran ini.

Dinasti Safawiyyah muncul pada awal abad ke-16 apabila Shah Ismail I menawan Tabriz pada tahun 1501 dan mengisytiharkan dirinya sebagai Shah Iran.

Keputusan paling penting Safawiyyah ialah menjadikan Syiah Ithna Ashariyyah, atau Twelvers sebagai mazhab rasmi negara, satu langkah yang membezakan Iran daripada jiran Sunni seperti Uthmaniyyah dan Uzbek.

Di bawah Safawiyyah, Iran berkembang sebagai sebuah empayar yang kuat dari segi ketenteraan, budaya, dan ekonomi.

Zaman kegemilangan ini paling ketara ketika pemerintahan Shah Abbas I yang memodenkan tentera, memperkukuh birokrasi, dan menjadikan Isfahan sebagai pusat seni bina dan perdagangan. Namun kekuatan ini mula merosot akibat perebutan kuasa dalaman, tekanan ekonomi, dan serangan luar.

Menjelang awal abad ke-18, Safawiyyah runtuh selepas serangan Afghan Hotak yang menawan Isfahan pada 1722. Iran kemudian melalui tempoh ketidakstabilan sebelum akhirnya Dinasti Qajar mengambil alih kuasa pada akhir abad ke-18.

Agha Muhammad Khan Qajar menubuhkan dinasti ini dan menjadikan Tehran sebagai ibu kota, satu keputusan yang kekal hingga kini.

Era Qajar dicirikan oleh kelemahan politik dan ketergantungan kepada kuasa asing seperti Rusia dan Britain. Iran kehilangan banyak wilayah di Caucasus melalui perjanjian yang memalukan, selain memberikan konsesi ekonomi yang menguntungkan pihak luar.

Keadaan ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ulama, pedagang bazar, dan golongan intelektual.

Tekanan rakyat akhirnya melahirkan Revolusi Perlembagaan Iran pada 1905 hingga 1911 yang menuntut had kuasa raja dan penubuhan parlimen.

Walaupun perlembagaan berjaya diwujudkan, institusi ini sering dilemahkan oleh campur tangan asing dan konflik dalaman. Akhirnya, Dinasti Qajar terus kehilangan kekuasaannya di mata rakyat.

Keadaan ini membuka laluan kepada kebangkitan Reza Khan, seorang pegawai tentera yang mengambil alih kuasa pada 1921.

Pada 1925, beliau menamatkan pemerintahan Qajar dan menubuhkan Dinasti Pahlavi, lalu mengisytiharkan dirinya sebagai Reza Shah. Pemerintahannya menekankan pemodenan, nasionalisme Iran, dan pengurangan peranan ulama dalam urusan negara.

Reza Shah dan kemudian anaknya, Mohammad Reza Shah, melaksanakan pembaharuan besar dalam pendidikan, infrastruktur, dan pentadbiran.

Namun pemodenan ini sering bersifat paksaan, termasuk proses sekular secara radikal dan penindasan terhadap pembangkang politik.

Perkara ini termasuklah dengan undang-undang pemakaian yang sangat popular seperti kashf e-hijab dan sebagainya.

Hubungan rapat dengan Amerika Syarikat dan Barat menambah lagi kemarahan rakyat, khususnya selepas rampasan kuasa 1953 yang menjatuhkan Perdana Menteri Mohammad Mossadegh.

Menjelang 1970-an, ketidaksamaan ekonomi, rasuah, dan kekerasan polis rahsia SAVAK mencetuskan gelombang protes besar-besaran.

Kena faham, gelombang ini bukan disertai oleh satu kumpulan sahaja. Ia merupakan campuran kumpulan sosialis, liberalis, Islamis dan lain-lain dalam melawan pemerintahan Shah yang kejam dan bersifat kuku besi ini.

Ulama Syiah, terutamanya Ayatollah Ruhollah Khomeini, muncul sebagai pemimpin kepada penentangan ini. Protes ini akhirnya memuncak pada tahun 1979 apabila Shah melarikan diri dan sistem monarki Pahlavi tumbang.

Selepas Revolusi Iran 1979, rakyat Iran telah melalui referendum yang menukar sistem pemerintahan kepada Republik Islam Iran di bawah pimpinan ulama.

Sistem baru ini dipanggil teokrasi dengan prinsip velayat-e faqih atau “pemeliharaan oleh ulama”, yang bermaksud seorang pemimpin agama mempunyai kuasa tertinggi dalam struktur politik negara.

Ini membuatkan Ayatollah Khomeini menjadi Pemimpin Tertinggi Iran, kedudukan tertinggi yang mengatasi presiden dan parlimen.

Dalam dekad pertama Republik Islam, Iran bergelut dengan konflik besar seperti Perang Iran-Iraq selama 10 tahun dari 1980 hingga 1988 yang menyebabkan kehilangan ramai nyawa dan merosakkan ekonomi.

Khomeini menumpukan usaha untuk mengukuhkan sistem baru, mengekalkan identiti agama sebagai asas negara, dan mengekang pihak yang dilihat sebagai ancaman, termasuk golongan kiri dan sekular, yang sebelum ini berjuang bersama-sama dalam Revolusi Iran 1979.

Selepas kematian Khomeini pada 1989, Ayatollah Ali Khamenei dilantik sebagai Pemimpin Tertinggi, sebuah jawatan yang kekal hingga sekarang.

Dari segi politik luar, Republik Islam membawa perubahan drastik dalam hubungan Iran dengan dunia.

Selepas revolusi, Iran menjadi kritikal terhadap Amerika Syarikat dan sekutunya, terutamanya kerana sokongan AS terhadap Shah sebelum ini dan tanggapan musuh terhadap campur tangan Barat dalam urusan Iran.

Hubungan ini terus tegang dalam beberapa dekad dengan sekatan dan konflik geopolitik di Timur Tengah.

Kalau dilihat sepanjang lebih empat dekad sejak 1979, Iran mengalami beberapa krisis domestik dan gerakan protes besar-besaran terhadap kepimpinan teokratik.

Protes menentang kerajaan tercetus beberapa kali, termasuk pada tahun-tahun 1999, 2009 dan baru-baru ini pada hujung 2025 bersambung ke sekarang, apabila rakyat bangkit menentang keadaan ekonomi yang sukar dan tuntutan reformasi politik.

Adakah gerakan kepimpinan dari Revolusi Iran 1979 akan dijatuhkan oleh revolusi lain selepas ini? Tiada siapa dan tahu, dan tiada siapa dapat sangka apa yang akan berlaku.
________________

Mampu ke Iran jadi adikuasa?

Kalau nak tahu, kena dapatkan buku ADIKUASA: MEREBUT ORDE DUNIA dengan segera!

Link pembelian:
https://s.shopee.com.my/30hnffUWpW

05/01/2026

Buku klasik Islam yang masih dibaca pemikir dunia moden — dan kenapa ia relevan sampai sekarang.”

20/04/2025

Nasihat Buat Pemerintah merupakan terjemahan karya Hujjat al-Islām Abū Hamid al-Ghazali dengan judul asal, al-Tibr al-Masbuk fi Nasibat al-Mulik. Risalah ini dikarang untuk ditujukan khusus kepada Sultan Muhammad bin Malik Shah, seorang pemerintah Empayar Seljuq pada waktu itu.

Imam al-Ghazālī membicarakan secara komprehensif perihal keadilan dan siasah, kementerian, kesetiausahaan, sahsiah seorang pemerintah, kata-kata hikmah para hukama', kemuliaan akal serta perihal wanita. Banyak kisah pemimpin unggul terdahulu turut disertakan untuk dijadikan contoh teladan. Ternyata kandungan karya ini kekal relevan sebagai panduan bermakna untuk para pemerintah seluruh dunia.

Dapatkan buku Nasihat Buat Pemerintah

Tiktok: https://vt.tiktok.com/ZSrpH2xEs/
Shopee: https://s.shopee.com.my/4fj1rWAXZx

Buku Alfu Sanatin (Seribu Tahun) karya Ustaz Ibnu Rijal amat menarik dengan susunan garis masa dan kesinambungan antara ...
06/04/2025

Buku Alfu Sanatin (Seribu Tahun) karya Ustaz Ibnu Rijal amat menarik dengan susunan garis masa dan kesinambungan antara Tamadun Islam dan Tamadun Eropah secara ringkas.

Banyak intipati sejarah yang terkadang kita dengari sama ada di ruang meja ceramah atau bahan bacaan di media sosial mahupun buku-buku yang berkemungkinan terlihat agak terabur, namun dimuatkan dengan amat tertib oleh beliau dalam buku ini.

InsyaAllah senang difahami oleh segenap lapisan masyarakat. 👍🏻

Dapatkan buku Alfu Sanatin di
TikTok: https://vt.tiktok.com/ZSrDBY7rW/
Shopee: https://s.shopee.com.my/5fbCtg9Hz9

Address

Pendang
06700

Telephone

+60199867015

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koleksi Ebook posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Koleksi Ebook:

Share