Aznan Tamin

Aznan Tamin ADUN N39 TANJUNG SURAT 💙🤍


(5)

Menziarahi keluarga Allahyarham Jaffari bin Roslan, mantan Ketua UMNO Cawangan FELDA Adela yang banyak membantu saya, kh...
14/08/2026

Menziarahi keluarga Allahyarham Jaffari bin Roslan, mantan Ketua UMNO Cawangan FELDA Adela yang banyak membantu saya, khususnya dalam menggerakkan jentera PDM Adela setiap kali PRU dan PRN.

Selepas itu, saya menziarahi En. Yahya bin Kasiman yang sudah lama teringin untuk bertemu dengan saya. Alhamdulillah, berkesempatan bertemu dan bertanya khabar.

RIDE SANTAI MERDEKA @ TANJUNG SURAT 🇲🇾🛵MAKLUMAN QR PENDAFTARAN TERKINIUntuk makluman semua, QR Code sebelum ini mengalam...
14/08/2026

RIDE SANTAI MERDEKA @ TANJUNG SURAT 🇲🇾🛵

MAKLUMAN QR PENDAFTARAN TERKINI

Untuk makluman semua, QR Code sebelum ini mengalami sedikit masalah teknikal. Mohon gunakan QR Code baharu yang tertera di poster ini untuk pendaftaran.

Kepada yang telah mendaftar sebelum ini, tidak perlu daftar semula.

Mohon bantu sebarkan. Terima kasih!

Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.Merafak Sembah Ucapan...
14/08/2026

Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 14 Ogos 2026 bersamaan 1 Rabiulawal 1448 Hijrah.

Sembah takzim daripada Patik dan seluruh Bangsa Johor.

Allah Peliharakan Sultan
Allah Berkati Johor
Kepada Allah Kita Berserah




Saya berkesempatan mengiringi YB Dato’ Seri Azalina Othman Said dalam Program Kaunter Bergerak Pusat Khidmat Wakil Rakya...
13/08/2026

Saya berkesempatan mengiringi YB Dato’ Seri Azalina Othman Said dalam Program Kaunter Bergerak Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Pengerang di SKS Mall, Bandar Penawar.

Terima kasih YB Dato’ Seri atas komitmen berterusan mendekati dan membantu masyarakat Pengerang. Semoga segala urusan rakyat terus dipermudahkan.

Alhamdulillah tahniah kepada ADIK WAN hariz atas kejayaan ini, pelajar SK Tasek Utara, Sekolah Rintis Bangsa Johor. Saya...
13/08/2026

Alhamdulillah tahniah kepada ADIK WAN hariz atas kejayaan ini, pelajar SK Tasek Utara, Sekolah Rintis Bangsa Johor. Saya sgat bangga dengan beliau atas kejayaan ini, tahniah juga kepada ibubapa Dan guru yang membimbing menjadikan beliau seorang yang hebat..

  – Murid Tahun Empat Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ), Sekolah Kebangsaan (SK) Tasek Utara, Wan Harriz Wan Abdul Qayyum telah berjaya mengharumkan nama Johor dan Malaysia apabila muncul juara pada Pusingan Penentuan Kelayakan (Play-Off Qualifier) Pertandingan Hippo English With...

Hari ini saya hadir menyampaikan sumbangan Coffee Machine Fasa 1 untuk kegunaan bilik-bilik guru kawasan DUN Tanjung Sur...
13/08/2026

Hari ini saya hadir menyampaikan sumbangan Coffee Machine Fasa 1 untuk kegunaan bilik-bilik guru kawasan DUN Tanjung Surat, sebagai tambahan kepada Bantuan Bilik Guru yang telah dilaksanakan sebelum ini.

Sebelum ini saya pernah berjanji, selepas bilik guru kita bantu jadikan lebih cantik dan selesa, kita lengkapkan p**a dengan coffee machine. Alhamdulillah, hari ini janji tersebut dapat ditunaikan.

Semoga sumbangan ini memberi sedikit keselesaan kepada para guru yang sentiasa komited mendidik anak-anak kita.
Selamat menikmati kopi, cikgu-cikgu!

13/08/2026

Serahan Kunci Rumah Kasih Johor DUN Tanjung Surat

12/08/2026

Terima kasih Kerajaan Negeri Johor atas inisiatif Rumah Kasih Johor. Insya-Allah, saya akan terus membantu khususnya warga DUN Tanjung Surat yang memerlukan agar lebih ramai dapat menikmati kediaman yang selesa dan selamat.

Saya hadir ke Program Serahan Kunci Rumah Kasih Johor dan Rumah Prihatin Johor Peringkat Daerah Kota Tinggi.Bagi DUN Tan...
12/08/2026

Saya hadir ke Program Serahan Kunci Rumah Kasih Johor dan Rumah Prihatin Johor Peringkat Daerah Kota Tinggi.

Bagi DUN Tanjung Surat, seramai 2 penerima menerima manfaat Rumah Kasih Johor ini. Tahniah kepada kedua-dua penerima, semoga rumah baharu ini memberi keselesaan dan menjadi kediaman yang lebih baik buat keluarga.

Terima kasih Kerajaan Negeri Johor serta semua agensi yang terlibat dalam memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terbela.

Semalam mengadakan perjumpaan bersama Pengerusi MARA (Daddy Mara) dalam merancang beberapa kursus profesional tambahan k...
11/08/2026

Semalam mengadakan perjumpaan bersama Pengerusi MARA (Daddy Mara) dalam merancang beberapa kursus profesional tambahan kepada mahasiswa MARA.

Adalah satu kelebihan kepada mereka lepasan mahasiswa jika ade certificate ini menjadi nilai tambah kepada mereka selain segulung diploma atau ijazah.

Enforcement berkuatkuasa 2027

Address

Gugusan Felda Adila
Pengerang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Aznan Tamin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share