Oh! Media

Oh! Media A day in the life of us: Eat Nasi Lemak, create Facebook post, read Facebook comments.

© Oh Media Sdn Bhd | 1259167-K Hai awak! Tahun 2008, Oh! Dari situlah Oh!
(25990)

Terima kasih sebab singgah ke page Oh! Media

Semua yang korang nampak hari ini bermula dari sesuatu yang sangat kecil. Media secara rasminya ditubuhkan oleh Khai Hassan, seorang pelajar Limkokwing University dalam jurusan Creative Multimedia. Pada masa tu, dia juga antara blogger paling dikenali di Malaysia. Siapa sangka, daripada blog dan forum, kini berdiri sebagai salah satu nama terbesar dala

m dunia digital dan pengiklanan tanah air. Tapi korang tahu tak, semuanya bermula di sebuah meja Mamak? Dengan hanya sebuah laptop usang dan secawan Teh O Ais Limau, mamak Nurin di Desa Pandan jadi “pejabat pertama” kami. Waktu tu, projek pertama kami ialah forum SCUKZ yang jadi fenomena satu masa dulu. Kemudian lahirlah Oh! Artis dan blog peribadi Justkhai yang viral dan dis**ai ramai. Bila trafik makin tinggi, kami terpaksa bayar lebih RM3,000 setiap bulan untuk maintain server. Media mula jadi lebih serius. Kami tukar semangat s**a-s**a kepada platform sebenar untuk rakyat Malaysia. Dan dalam masa sama, kami mula bantu jenama-jenama kecil untuk berkembang dengan kos rendah. Hari ini, bila sebut jenama besar seperti Maxis, KFC, Shell, Lazada, AirAsia, Malaysia Airlines, Pizza Hut, 7-Eleven, Petronas, Huawei, GRAB, dan banyak lagi, semua ini adalah jenama yang pernah memilih Oh! Media sebagai medium utama untuk capai rakyat Malaysia, terutama pasaran Melayu. Tapi yang kami paling bangga, kami tetap kekal dengan niat asal:
Bantu peniaga kecil untuk naik dan bersaing dengan harga paling rendah. Kami percaya, bila kita buat sesuatu kerana ingin berkongsi dan memberi manfaat, rezeki akan datang dengan cara yang tak disangka. Itu prinsip kami dari dulu sampai sekarang. Sejak 2018, Oh! Media beroperasi di bawah dua entiti korporat:
Oh Media Sdn Bhd & Oh Media Digital Sdn Bhd

Kini kami bukan sahaja aktif di Malaysia, malah mengembangkan sayap ke Indonesia dan Singapura untuk pelbagai servis online dan offline. Akhir kata, sama ada korang follower setia sejak dulu, baru kenal kami, atau haters yang tak boleh move on, kami tetap nak ucap terima kasih. Kerana korang semua, kami masih di sini hari ini. We lead, others follow. Muah ciked! Layari website kami di:
www.ohmedia.my

Jatuh cinta dengan kami di Instagram:
www.instagram.com/ohmedia

Maki-hamun kami di X:
www.x.com/ohtweet

Habiskan data anda tonton video kami di Youtube:
www.youtube.com/ohmediamy

“Oh! Media is well established Social Media, Web & Advertising company registered in Kuala Lumpur, Malaysia. “Oh Media” or “Oh! Media” are patented and copyright by Oh Media Sdn Bhd”.

22/07/2025

“Touch me!!” - Security dalam video lawan jurulatih MMA akhirnya buat pengakuan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan oleh sesetengah pihak yang kononnya pelaburan berbilion ring...
22/07/2025

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan oleh sesetengah pihak yang kononnya pelaburan berbilion ringgit dalam sektor pembuatan tidak membawa sebarang hasil.

Baca artikel penuh di ruangan komen 🔽

22/07/2025

Kenapa tiba-tiba ada Naruto berjalan-jalan p**ak ni? Ada event cosplay ke? 🤔

Rupanya Burger King tengah bagi 8 mainan limited edition karakter dari anime Naruto! 🔥

Untuk korang yang penggemar atau pengumpul barang-barang limited edition, jangan lepaskan peluang ni okay! 😍 Siap ada T-Shirt eksklusif juga tau, sementara stok masih ada!

Tunggu apa lagi guys? Jom makan Burger King hari ni! 🍔🍟

Tag kawan-kawan korang yang tengah jaga pengambilan kalori!!
22/07/2025

Tag kawan-kawan korang yang tengah jaga pengambilan kalori!!

Siapa dekat sini aktif bers**an atau jaga pemakanan, mesti korang akan rasa “the guilty pleasure” bila dapat minum minuman manis betul tak? Lepas dah minum tu, nanti mulalah nak kira berapa banyak kalori yang ada dalam minuman itu dan berapa banyak kalori yang tinggal yang boleh diambil nanti. I...

22/07/2025

Kes MyKiosk akhirnya selesai, ini keputusan SPRM

22/07/2025

Dalam setiap perniagaan apa pun kita kena sentiasa berhati-hati. Seram lah manusia sekarang.

Tonton video penuh di Youtube Oh! Media sekarang: https://youtu.be/17M3SsyNA8U

22/07/2025

Dah la Fiq.. Kerja tak akan habis, ambil jelah cuti!

Tak tahu nak pergi mana? Korang tau tak sekarang ni dekat AirAsia tengah ada diskaun RM200* ke Perth, Australia 🧳💥

Promosi terhad dari AirAsia ini memang berbaloi:

🤩 Gunakan kod promo AAPERTWA untuk nikmati diskaun RM200!
✈️ Terbang dari Kuala Lumpur ke Perth dari hanya RM349*RM359* untuk tambang sehala (semua termasuk)

Jangan lepaskan tawaran terhad ini!
📅 Tempoh tempahan: Sekarang hingga 31 Julai 2025
🛫 Tempoh perjalanan: Sekarang hingga 31 Disember 2025

Tempah SEKARANG di AirAsia Move, tawaran berdasarkan siapa cepat, dia dapat. Sah untuk penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur sahaja.

*Tertakluk pada terma & syarat.

22/07/2025

“Bukan nak pertahankan Tun M sangat tapi…” - Ketua Penerangan PAS

22/07/2025

“Dr Mahathir bersalah tapi kita teruskan tindakan kerana usianya sudah 100 tahun”- PMX

22/07/2025

Terkini! Ibu Zayn Rayyan buat pendedahan mengejutkan di mahkamah

22/07/2025

Sekarang ni manusia macam-macam, kesian Abang Popia kena 'santau' masa berniaga.

Tonton video penuh di Youtube Oh! Media sekarang: https://youtu.be/17M3SsyNA8U

YB Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh dipuji kerana menjadi satu-satunya Ahli Parlimen yang tak ikut keluar Dewan R...
22/07/2025

YB Besut, Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh dipuji kerana menjadi satu-satunya Ahli Parlimen yang tak ikut keluar Dewan Rakyat seperti Ahli Parlimen Pembangkang lain.

Baca artikel penuh di ruangan komen 🔽

Address

Perak

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Oh! Media posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Oh! Media:

Share

Ini Cerita Kami.

Hai awak! Tahun 2008 kami wujud sebagai sebuah syarikat berdaftar. Oh! Media diasaskan oleh Khai Hassan yang pada ketika itu masih berstatus pelajar di Limkokwing University, Cyberjaya dalam jurusan Creative Multimedia dan berdiri diantara barisan hadapan Top Blogger di Malaysia. Sehingga kini beliau masih bergiat aktif disebalik tabir pelbagai pembangunan penjenamaan pelbagai jenama pop**ar di negara ini. Tahukah anda, Oh! Media wujud dari sebuah meja Mamak bertemankan laptop usang dan secawan Teh O Ais Limau? Mamak Nurin di Desa Pandan, KL adalah “pejabat” pertama kami tak kira siang dan malam menggunakan WiFi percuma mereka. Bermula dengan projek forum yang dikenali sebagai “Scukz” yang begitu pop**ar dan menjadi fenomena ketika itu, kami wujudkan sebuah laman web hiburan ohartis.com sebagai kesinambungannya. Dalam masa yang sama, pembangunan blog peribadi seperti justkhai.com sangat mendapat tempat di hati pembaca blog di Malaysia. Kedua-duanya projek kos rendah (pada awalnya) ini menerima sambutan luar biasa sehingga jutaan pembaca setiap bulan yang membuatkan Oh! Media perlu membelanjakan hingga RM3,000 setiap bulan hanya untuk server sahaja ketika itu (2 dedicated server). Costing yang semakin tinggi membuatkan kami terpaksa menjadikan Oh! Media bukan sahaja sebuah jenama untuk rakyat Malaysia malah sebagai medium pengiklanan bermula dari hari itu. Siapalah sangka bermula dari betapa struggle’nya ketika itu untuk meneruskan minat kami, dari situlah Ohmedia mula berkembang sehingga menjadi sebuah syarikat yang amat dikenali pada hari ini sebagai pelopor pemasaran dan penjenamaan di Malaysia.

Sehingga kini, sebut sahaja jenama telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, DiGi, uMobile, kemudian jenama makanan segera pop**ar seperti KFC, Mc Donalds, Pizza Hut, Kenny Rogers Roasters, diikuti p**a dengan jenama gergasi seperti Malaysia Airlines, Air Asia, Shell, Petronas, 7-Eleven, Huawei, Lazada, GRAB, tidak lupa syarikat penerbitan seperti Skop Production, Metrowealth, Suhan Movies, dan lebih dari ratusan jenama kecil atau besar, mereka adalah jenama hebat yang memilih Oh! Media sebagai platform untuk memasuki pasaran tempatan (terutamanya untuk memasuki pasaran Melayu) dengan sangat cepat dan berkesan. Akan tetapi tahukah anda, bila kami berurusan dengan pelbagai jenama gergasi ini namun kami langsung tidak pernah melupakan tentang motif kewujudan sebenar Oh! Media iaitu sebagai platform fardu kifayah yang sentiasa memberikan ruang untuk para peniaga kecil untuk memasarkan jenama, perkhidmatan, dan produk mereka pada harga terendah berbanding yang lain tetapi masih mengekalkan servis yang tip top dan sama. Setelah hampir 10 tahun berada di dalam bidang ini, Ohmedia tidak pernah jemu untuk terus berkongsi pelabagai perkara bermanfaat kepada anda setiap hari melalui medium media sosial kami dan terus mengorak langkah untuk menjadi sebuah syarikat dan juga agensi pengiklanan gergasi yang mengekalkan harga terendah bagi membantu para peniaga baru untuk berdaya-saing dalam apa sahaja jenis perniagaan yang diceburi. Anda jalankan perniagaan seperti biasa dan biar kami fikirkan tentang soal mempromosikan perniagaan anda kerana itu adalah kepakaran kami pada hari ini. Bagaimana kami masih mampu mengekalkan harga yang rendah untuk tujuan tersebut?

Pertamanya ianya berbalik kepada nawaitu asal tadi dan betapa penting untuk terus berpegang kepada asas tersebut. Keduanya, kami tak ada niat langsung nak pergi haji balik hari dengan mengenakan perkhidmatan harga yang tinggi seperti di page-page seangkatan yang lain. Ketiganya adalah prinsip yang kami gunakan melalui dua cara mudah iaitu untuk sentiasa meminimakan segala jenis “running cost’ tapi melebihkan kepada idea-idea kreatif dan kami tidak pernah lakukan ini semua untuk jadi kaya tetapi lebih untuk membantu meningkatkan ekonomi ummah dan berpegang kepada prinsip asas tentang lebih banyak yang kami kongsi, maka lebih banyak yang kami dapat.

Sejak tahun 2018 p**a, Oh! Media telah maju selangkah lagi dengan kewujudan syarikat korporat seperti Oh Media Digital Sdn Bhd dan juga Oh Media Sdn Bhd yang mana telahpun berdaya saing bukan sahaja di negara ini, malah memasuki pasaran Indonesia dan Singapura bagi perkhidmatan online dan offline. Ingin sertai team kami? Lebih baik jangan nanti menyesal! Hahaha. Tapi kalau degil juga, hantar resume anda ke [email protected] dan jika ada kekosongan, kami pasti akan hubungi anda semula! Bagi anda yang ingin menggunakan perkhidmatan kami, anda cuma perlu hantarkan emel ke [email protected] dan kami akan entertain anda dengan secawan e-cappuchino secara online. Haha! Simple kan?! Bagi yang mahu berkongsi apa sahaja bahan seperti gambar dan video untuk dipaparkan di Facebook ini, emailkan sahaja ke [email protected] atau jika anda lebih s**a hantar guna WhatsApp, add kami siap-siap dalam contact anda | 0115-OHMEDIA