24/04/2026
ππππ ππ πππ πππ ππππππππ πππ..." ππππππππ, ππ. ππππ?
Sangat mengecewakan apabila isu serius yang melibatkan ketirisan dana agihan zakat dijawab dengan nada acuh tak acuh. Sebagai seorang agamawan dan pemegang autoriti di Perlis, setiap sen wang zakat tidak sepatutnya menggangap itu sebagai "not your business" kerana ia melibatkan amanah umat dan hak golongan asnaf.
Kita tidak boleh berdiam diri apabila wujudnya 'Mafia Zakat' yang berselindung di sebalik skim-skim tertentu. Jawapan yang nampak 'playing safe' hanya akan menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi agama. Di manakah prinsip Amar Ma'ruf Nahi Mungkar jika kita memilih untuk memejam mata terhadap kepincangan di depan mata?
Kemelut yang melanda MAIPs ketika ini menuntut perhatian serius dan pemantauan khusus daripada DYMM Tuanku Raja Perlis selaku Ketua Agama Islam Negeri. Kita tidak boleh membiarkan institusi suci MAIPs diperalatkan oleh mana-mana pihak untuk mengaut kekayaan peribadi, sehingga mengabaikan amanah wang zakat dan kebajikan rakyat marhaen yang memerlukan.
Jika minggu lalu teks khutbah menyentuh soal 'Islam Melarang Berita Palsu', hari ini ia kelihatan lebih 'selamat' dan akhirnya ramai menerima hakikat yang berita dana zakat yang tersebar memang ada kaitan dengan MAIPs. Di hari Jumaat yang penuh barakah ini, marilah kita mendoakan masa depan Perlis yang lebih telus.
Sudah tiba masanya untuk penyegaran kepimpinan dalam MAIPs, termasuk jawatan M***i yang telah disandang sejak 2015. Kita mengharapkan pelantikan baharu yang mampu membawa perubahan, terutama dalam memastikan ketelusan laporan kutipan dan agihan zakat setiap tahun demi kemaslahatan ummah.
-Bravo SK