Perlis Daily Agency News

Perlis Daily Agency News Tiada sebarang langganan. Kami percaya maklumat untuk rakyat tiada perbandingan nilai

26/08/2026

Naik turun naik turun ini lah permandangan dari atas Gunung Medan.

Pemandangan dari puncak Gunung Medan, Perlis, menunjukkan keadaan atmosfera yang berkabus dan berjerebu pada awal pagi s...
25/08/2026

Pemandangan dari puncak Gunung Medan, Perlis, menunjukkan keadaan atmosfera yang berkabus dan berjerebu pada awal pagi semalam, sekali gus menjejaskan jarak penglihatan di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, berdasarkan data APIMS (Air Pollutant Index of Malaysia) setakat pukul 3.00 petang hari ini, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Perlis berada pada paras 60, iaitu dalam kategori sederhana (moderate).

Keadaan ini menunjukkan kualiti udara di Perlis masih berada pada tahap sederhana dan orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengikuti perkembangan bacaan IPU semasa serta mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya keadaan jerebu bertambah buruk.

21/08/2026

Kita sememangnya rasa ketenangan itu sangatlah mahal.

20/08/2026

(Attention Restoration Theory): Kajian oleh Stephen dan Rachel Kaplan menunjukkan kawasan semula jadi seperti sawah bendang membolehkan otak masuk ke mod soft fascination.

Mod ini merehatkan fungsi eksekutif otak (prefrontal cortex) yang penat akibat stres, fokus bekerja, atau paparan skrin telefon.

Mata kita seronok nampak benda yang berwarna lembut, telinga kita seronok dengar bunyi geseran angin, hidung kita seronok bau tanah dan kehijauan.

10/08/2026

Adakala permandangan seperti ini pun sudah cukup untuk healing.

07/08/2026

AQRAB MODEL SCHOOL TERBAKAR, TIGA JENTERA BOMBA DIGERAKKAN

Aqrab Model School, Taman Tembusu, Arau dilaporkan terbabit dalam kejadian kebakaran yang berlaku petang tadi.

Pasukan bomba dilaporkan tiba di lokasi kira-kira jam 2.20 petang bagi menjalankan operasi pemadaman.

Operasi melibatkan tiga jentera bomba dengan keanggotaan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kangar serta Balai Bomba dan Penyelamat Arau bagi melancarkan operasi dan mengawal keadaan.

Address

Perlis

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perlis Daily Agency News posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Perlis Daily Agency News:

Shortcuts

Share