06/11/2024
𝐏𝐄𝐌𝐈𝐋𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔 : 𝐊𝐄𝐌𝐄𝐍𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌 𝐇𝐀𝐌𝐙𝐀𝐇 𝐁𝐔𝐊𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐌𝐀𝐈 𝐌𝐔𝐇𝐘𝐈𝐃𝐃𝐈𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐉𝐀𝐘𝐀
PEMILIHAN Bersatu yang diumumkan pada Ahad lalu ternyata mengecewakan beberapa penganalisis politik ‘maha bijaksana’ apabila dalam komen mereka menyatakan keputusan itu tidak akan memberi banyak manfaat kepada parti tersebut.
Pada mulanya mereka meramalkan team pro Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan menguasai pemilihan Bersatu berikutan kemenangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Ilman Idham sebagai Ketua Armada Bersatu.
Mereka juga memperlekehkan pelan damai Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mencadangkan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Timbalan Presiden dan menjadi ‘Nujum Pak Belalang’ apabila menyatakan team pro Hamzah akan kalah teruk kepada team Azmin dalam pemilihan berkenaan.
Apabila keputusan diumumkan, mereka berdolak dalih p**a dengan menyatakan pemilihan Bersatu tidak akan memberi manfaat kepada parti tersebut memandangkan ramai muka lama dikekalkan termasuk di peringkat bahagian.
Tidak mengapalah, mereka boleh menganalisis dan menyatakan apa sahaja walaupun apa yang dihujahkan jauh lari daripada realiti politik dalam Bersatu. Mungkin mereka tidak cukup maklumat. Hakikatnya,pemilihan kali ini menyaksikan kem pro Hamzah menguasai hampir sepenuhnya kedudukan dalam parti itu sama ada bagi jawatan Naib Presiden, sayap mahupun Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).
Baca lanjut di