21/06/2025
Pesta Itu-Ini anjuran My Cretive Venture kini sedang berlangsung dengan meriah di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu, Kelantan bermula dari 19 hingga 21 Jun 2025. Program ini menghimpunkan pelbagai agensi dan vendor dari seluruh negara dalam usaha memupuk keterlibatan masyarakat dengan sektor-sektor utama negara.
FINAS turut serta dalam pameran ini dengan membawa pelbagai pengisian yang menarik di booth kami. Antara yang diketengahkan termasuklah aktiviti interaktif, tayangan filem, pameran artifak penggambaran, pengalaman realiti maya (VR), serta pelbagai cenderamata eksklusif yang disediakan khas untuk para pengunjung.
Lebih istimewa, sepanjang dua hari berlangsungnya program ini, FINAS menampilkan ikon industri kreatif tanah air, saudara Fandi Mohamad, sebagai pengacara khas di booth FINAS bagi menyantuni pengunjung dan memeriahkan suasana.
Orang ramai dijemput hadir dan mengunjungi booth FINAS bagi sama-sama merasai pengalaman dunia perfileman dan kandungan kreatif negara dari dekat. Jumpa anda di sana!