MNewsN

MNewsN MalaysiaNow is about daily news that affects you, opinions that matter and arguments that carry weight.

Driven by a small team of experienced journalists who have been with various online portals over the years, we bring you the missing dimension in the

Kerana Duit RM50 Pemuda didakwa pukul isteri guna seterikaMELAKA: Seorang pemuda mengaku tidak bersalah selepas dihadapk...
25/11/2021

Kerana Duit RM50 Pemuda didakwa pukul isteri guna seterika

MELAKA: Seorang pemuda mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana memukul isterinya menggunakan seterika pada bulan lalu.

Tertuduh, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangkan cedera menggunakan seterika terhadap isterinya, , kira-kira pukul 6.30 petang di sebuah rumah di Kampung Limbongan, 25 November lalu.

Bagi perbuatan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan.

Bagi kesalahan Seksyen 324, tertuduh berdepan dengan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Manakala bagi Seksyen 326A, dia boleh dikenakan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum.

Difahamkan, sebelum kejadian tertuduh meminta sejumlah wang RMM50 daripada isterinya, namun wanita tersebut hanya memberikan RM40 kepadanya. Tujuan tertuduh meminta duit demi main judi online. Menurut Isteri tertuduh, tertuduh ketagihan judi 4 bulan yang lalu disebabkan oleh Judi Online ( Octo8asia.com )yang diperkenalkan oleh kawan tertuduh. Tertuduh memenangi banyak duit dari Judi Online siteJudi Online ( Octo8asia.com ) tersebut sampai mencecah berpuluh puluh ribu dalam 1 hari. Maka, sikap tertuduh pun berubah semenjak itu

Maka pada hari tersebut,Tertuduh tidak berpuas hati lalu mereka bertengkar sebelum lelaki itu bertindak memukul isterinya dengan seterika di kepala.

Pergaduhan di dalam bilik itu turut disaksikan oleh anak sulung lelaki mereka yang berusia tujuh tahun.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya mencadangkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan agar tertuduh tidak mengganggu mangsa serta tiga orang anak mereka sehingga kes selesai.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan tidak bekerja.

tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dan bersetuju dengan syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan serta menetapkan 12 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

GPS akan selesaikan pertindihan tuntutan 3 kerusi menjelang PRN SarawakGabungan Parti Sarawak (GPS) yang membentuk keraj...
24/11/2021

GPS akan selesaikan pertindihan tuntutan 3 kerusi menjelang PRN Sarawak

Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang membentuk kerajaan negeri itu meredakan kebimbangan berhubung pertindihan tuntutan kerusi menjelang pilihan raya negeri (PRN), mengatakan rundingan akan diadakan bagi menyelesaikan isu tersebut.

Pengerusinya, Abang Johari Openg berkata GPS akan terus berkhidmat sebagai satu pasukan menjelang PRN, termasuk di tiga kerusi – Opar, Mambong dan Bawang Assan.

“Mungkin ada sedikit masalah dengan Mambong,” katanya ketika diminta mengulas pertikaian mengenai tiga kerusi itu.

“Tetapi kita akan bincangkan perkara ini kemudian. Ini hanya isu tiga kerusi, tiga dari 82, 79 kerusi lain masih baik. Kita boleh selesaikan isu tersebut.”

Beliau juga berkata kebimbangan mengenainya terlalu awal dibangkitkan kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya akan bermesyuarat mengenai PRN Sarawak pada esok.

Opar, Mambong dan Bawang Assan adalah kerusi tradisi SUPP.

Pada 2014, Wong Soon Koh, yang merupakan penyandang kerusi Bawang Assan, telah keluar dari parti itu dan menubuhkan parti serpihan yang dikenali sebagai Parti Rakyat Bersatu (UPP).

Empat ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) – Tiong Thai King (Dudong), Ranum Mina (Opar), Dr Jerip Susil (Mambong) dan Johnichal Rayong (Engkilili) – turut menyertai UPP.

Pada waktu itu, UPP mengekalkan hubungan mesra dengan gabungan kerajaan, Barisan Nasional (BN), kelima-lima mereka bertanding pada PRN 2016 di bawah logo BN Sarawak.

Namun tsunami politik yang melanda seluruh negara semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018 menyaksikan beberapa ahli Parlimen bertindak mengalihkan sokongan mereka.

Kekalahan mengejut BN juga menyaksikan empat parti negeri itu membentuk GPS pada Julai 2018.

Setahun kemudian, sekutu GPS, Wong yang merupakan presiden UPP, meletak jawatan dari Kabinet dan menjenamakan semula UPP sebagai Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Namun PSB mengambil pendirian untuk berpisah dari GPS manakala bekas timbalan presidennya Jerip Susil yang merupakan Adun Mambong meletakkan jawatan dari parti itu dan kemudiannya menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu.

Di ambang PRN Sarawak ke-12, kerusi Mambong kini menjadi pertikaian kerana penyandangnya, Jerip bersama PBB sementara SUPP tetap menuntut kerusi tradisinya.

Terdapat juga spekulasi pemimpin dan ahli PBB di Opar dan Bawang Assan berminat untuk mengambil alih kerusi itu dari PSB di kedua-dua kerusi DUN tersebut.

PRN Sarawak akan diadakan pada 18 DisemberSarawak akan mengadakan pilihan raya negeri (PRN) pada 18 Disember, dengan per...
24/11/2021

PRN Sarawak akan diadakan pada 18 Disember

Sarawak akan mengadakan pilihan raya negeri (PRN) pada 18 Disember, dengan peruntukan 12 hari untuk berkempen menyusuli hari pencalonan pada 6 Disember, menjadikannya PRN ketiga diadakan sepanjang pandemik.

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh, sejumlah 1.2 juta pengundi akan membuang undi bagi PRN ke-12 Sarawak dengan undi awal akan dijalankan pada 14 Disember.

Daripada jumlah tersebut, SPR menyasarkan 70% daripadanya akan keluar mengundi di seluruh negeri tersebut.
“Sehingga 2 November, daftar pemilih mengandungi 1,252,014 orang pengundi – 1,228,858 org undi biasa, 12,585 org anggota tentera orang pasangan.

“Bagi menggalakkan pengundi untuk keluar undi SPR laksanaka kempen ‘Jom Kita Undi’ melalui media elektronik, media sosial, pemasangan kain rentang di lokasi strategik,” kata Ghani dalam sidang media hari ini.

Dalam pada itu, Ghani turut berkata bagi urusan undi pos luar negara dan dalam negara permohonan undi pos bagi warga Malaysia di luar negara (Borang 1B) dan kategori sembilan agensi sektor keselamatan dan kesihatan (Borang 1C) telah dibuka dari 8 November 2021 sehingga hari ini.

Manakala untuk petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR, anggota polis, tentera dan petuga media (Borang 1A) dibuka bermula hari ini hingga 3 Disember depan.

“Permohonan undi pos untuk kategori 1B (warganegara Malaysia yang berada di luar negara) dan Kategori 1C (9 Agensi dalam Sektor Keselamatan & Kesihatan) dilaksanakan secara dalam talian (online) berbanding secara manual sebelum ini,” katanya.

Ia boleh dilakukan melalui laman sesawang mysprdaftar.spr.gov.my.

Kedah bawah Mukhriz tawar Dr M 34 ekar tanah Langkawi, kata NajibNajib Razak hari ini mendakwa kerajaan negeri Kedah sem...
24/11/2021

Kedah bawah Mukhriz tawar Dr M 34 ekar tanah Langkawi, kata Najib

Najib Razak hari ini mendakwa kerajaan negeri Kedah semasa beliau menjadi perdana menteri pernah menawarkan pajakan tanah pantai seluas 34 ekar di Langkawi dengan harga RM3,200 setahun kepada Dr Mahathir Mohamad, sebagai respons terhadap serangan bekas mentornya itu berkenaan pendedahan permohonan mendapatkan hartanah percuma daripada kerajaan bernilai RM100 juta.

Najib berkata tawaran itu dibuat pada 2014 ketika pentadbiran Kedah dipimpin Mukhriz Mahathir.

“Masa tawaran tanah Langkawi ini diberi, anak kamu MB Kedah. Betul?” kata bekas perdana menteri itu dalam sebuah hantaran di Facebook.
Najib juga mendakwa anak Mahathir juga diberikan tanah balak seluas 2,471 ekar sambil menambah beliau akan mendedahkan lebih banyak perjanjian tanah sedemikian.

Terdahulu, Mahathir dalam catatan blog berkata Malaysia menjadi bahan ketawa mengenai cara kerajaan melayan Najib walaupun telah disabitkan kesalahan jenayah kewangan.

Beliau merujuk tindakan kerajaan meluluskan penganugerahan hartanah RM100 juta susulan permohonan Najib yang menggunakan Akta Ahli Parlimen (Saraan), di mana bekas perdana menteri itu diberi beberapa pilihan elaun perumahan.

Najib mempertahankan dirinya dengan mengatakan elaun tersebut diperkenalkan oleh Mahathir sendiri.

Terdahulu, Mahathir berkata keputusan kerajaan memberikan ganjaran kepada bekas perdana menteri bukan memberikan kemewahan atau kekayaan kepada bekas perdana menteri, sambil menambah beliau sendiri membeli sebidang tanah di Putrajaya di mana beliau membayar cukai tanah tahunan.

Najib turut mempersoalkan butiran mengenai tanah di Putrajaya tersebut.
Dalam pada itu, Najib sekali lagi mendakwa beliau hanya menggunakan haknya dengan memilih salah satu dari tiga lokasi yang ditawarkan kerajaan.

“Apa yang saya dapat sekarang selepas 9 tahun berkhidmat sebagai PM dan menaikkan nilai simpanan negara dari RM800 bilion ke RM2 trilion?” soal Najib lagi yang kini sedang berusaha untuk menggugurkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun kesalahan jenayah berkaitan rasuah.

Pada 12 November MalaysiaNow mendedahkan butiran rancangan kerajaan untuk meluluskan ganjaran hartanah bernilai RM100 juta untuk Najib yang terletak di kejiranan mewah Kuala Lumpur.

Seminggu kemudian, Mahathir membangkitkan perkara itu di Dewan Rakyat.

Putrajaya kemudiannya berkata keputusan untuk memberi ganjaran kepada Najib tersebut masih belum dimuktamadkan.

Akibat dikecam orang ramai, Najib mengumumkan beliau menarik balik permohonan tanah di Bukit Petaling tersebut.

Najib juga dilaporkan memilih pilihan yang paling mahal dari tiga pilihan ditawarkan Jabatan Perdana Menteri, yang bertanggungjawab dalam proses pemberian kepada bekas perdana menteri.
Tahun lalu, beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun selepas disabitkan dengan tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan RM42 juta daripada SRC International.

Keputusan rayuannya ditetapkan pada 8 Disember depan.

Sejak tumbang pada 2018, Najib didakwa dengan pelbagai pertuduhan rasuah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa berkaitan skandal 1MDB.
“Tanah Putrajaya yang kamu kata kamu ‘bayar’ kerajaan untuk beli itu, berapa luasnya dan berapanya harga yang kamu bayar?” soal Najib.

Address

A18-08, Pinnacle PJ, Lorong Utara C
Petaling Jaya
46200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MNewsN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MNewsN:

Share