Harian Sukan

Harian Sukan Kami hidangkan cerita dan berita sukan dari seluruh Bumi untuk anda.

10/01/2026

Kelibat pertahanan JDT, Syahmi Safari antara mencuri tumpuan pada perlawanan menentang Negeri Sembilan semalam.

Beraksi di bahagian kanan, Syahmi begitu tenang dan berjaya mematahkan setiap gerakan lawan seperti Jovan Motika dan Mio Tsuneyasu.

Konsisten Syahmi jaga zon beliau.

09/01/2026

Ini mungkin bakal menjadi gandingan pemain paling menggerunkan di pentas EPL.

Erling Haaland
⚽️21 perlawanan
⚽️20 gol
⚽️4 ‘assist
⚽️24 G/A

Antoine Semenyo
⚽️21 perlawanan
⚽️10 gol
⚽️3 ‘assist’

Fuh, tak masuk dengan sokongan pemain seperti Rayan Cherki, Tijani Reijnders, Jeremy Doku, dan Phil Foden lagi.

Lain macam Man City!

08/01/2026

Erling Haaland kini secara rasminya telah merekodkan 150 gol bersama Manchester City.

Untuk musim ini sahaja, Haaland sudah menyumbang 30 gol daripada 27 penampilan beliau bersama kelab tersebut dalam semua kejohanan disertai.

Agaknya, berapa banyak Haaland boleh sumbang gol sampai ke penghujung musim?

08/01/2026

Igor Thiago akhirnya memecahkan rekod EPL untuk menjadi pemain dari Brazil yang mencipta jaringan terbanyak bagi 1 musim.

◉ 16 - Igor Thiago (2025/26)
◎ 15 - Roberto Firmino (2017/18)
◎ 15 - Gabriel Martinelli (2022/23)
◎ 15 - Matheus Cunha (2024/25)

Buat pertama kali, rasanya Erling Haaland ada pencabar yang begitu konsisten meledak jaringan bagi 1 musim di EPL. Beza 4 gol je tu.

07/01/2026

Mahame Siby secara rasminya diperkenalkan selaku pemain import terbaharu Selangor bagi musim 25/26.

Seorang pemain berpengalaman yang sebelum ini beraksi bersama beberapa kelab terkemuka Eropah seperti Strasbourg, SC Bastia, serta Malmo.

🔴29 tahun
🟡Mali
🔴1.92 meter
🟡Tengah (versatil)

⚽️129 penampilan
⚽️4 gol
⚽️3 ‘assist’
🏆2 kejuaraan bersama Malmo tahun 2023/2024

07/01/2026

Sukar untuk kita nafikan tentang kualiti Adriano selaku salah seorang pemain terbaik pernah dilahirkan Brazil.

🏆Pemain terbaik Inter Milan 2004

🏆Pemain terbaik dan penjaring terbanyak Copa America 2004

🏆Pemain terbaik dan penjaring terbanyak Confederations Cup 2005

🏆Penjaring terbanyak dunia 2005

🏆Penyumbang ‘assist’ paling banyak Serie A 2007

Puas hati betul tengok kualiti beliau di atas padang dulu. Main PES 2006 dulu pun admin pakai dia. Shot power sampai 99 kot?

06/01/2026

Kita tak akan pernah tahu apa akan jadi pada masa depan. Begitu juga dengan Antoine Semenyo.

Pada suatu ketika, beliau pernah ditolak oleh kelab handalan seperti Arsenal dan Tottenham Hotspur, selain kerap dipinjamkan sana sini di saingan bawahan.

Kini, beliau bakal menyertai Manchester City selepas dipinang oleh 4 kelab berbeza.

Berbaloi buat Semenyo untuk meletakkan diri beliau sebagai pemain rebutan, setelah suatu ketika dicampak sana sini.

06/01/2026

Salah satu perkara boleh dipuji tentang Negeri Sembilan, mereka cepat menyedari kelemahan dan mengisi kekosongan posisi cukup penting.

⚪️pertahanan yang rapuh
⚪️kehilangan Alex Agyarkwa
⚪️kurang tajam di serangan

Ketika ini, pasukan tersebut sah menandatangani:-

⚪️Kei Oshiro (pertahanan)
⚪️Oday Kharoub (tengah versatil)
⚪️Anur Ceesay (pemain sayap)

Tak sabar nak tengok impak ketiga pemain ini nanti!

06/01/2026

Darwin Nunez tampil dengan aksi cukup memberansangkan bagi musim pertama beliau di Asia bersama Al-Hilal.

Sehingga kini, Nunez telah merekodkan:-

⚽️15 perlawanan
⚽️6 gol
⚽️4 ‘assist’
⚽️10 G/A

Nunez juga berpeluang kini untuk merebut gelaran juara Saudi Pro League bersama Al-Hilal, selepas kelab tersebut gah di puncak liga.

05/01/2026

Selangor terpaksa menelan hakikat kekalahan terbaharu mereka pada aksi terbaharu bagi saingan Liga Super di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Address

Petaling Jaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Harian Sukan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share