info.semasa

info.semasa Sumber informasi terkini

Dua maut, seorang parah nahas berasinganOleh MASTURAH SURADI6 Ogos 2025, 12:36 pmKOTA TINGGI – Dua maut manakala seorang...
06/08/2025

Dua maut, seorang parah nahas berasingan

Oleh MASTURAH SURADI
6 Ogos 2025, 12:36 pm

KOTA TINGGI – Dua maut manakala seorang lagi cedera parah dalam dua kejadian kemalangan berasingan di Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi, di sini malam tadi.

Dalam kejadian pertama, seorang wanita dikenali sebagai Hamizah Ahmad, 55, maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan sejurus turun dari bas di Kilometer 42 jalan berkenaan, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.10 pagi apabila sebuah Perodua Myvi berwarna perak dari arah Sungai Rengit menghala ke Kota Tinggi dipercayai tidak sempat mengelak mangsa yang secara tiba-tiba berlari melintas jalan.

“Mangsa mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan di Kilometer 33.5 jalan sama, seorang lelaki warga Indonesia maut manakala seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun cedera parah selepas motosikal ditunggang mereka bertembung.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 11 malam tadi melibatkan motosikal jenis Modenas CT dan Yamaha LC135.

“Siasatan awal mendapati motosikal Yamaha LC135 dari arah Sungai Rengit ke Kota Tinggi dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang Modenas CT yang berada di laluan sama,” katanya.

Tambah beliau, penunggang Modenas CT disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala penunggang Yamaha LC135 mengalami kecederaan di kepala dan sedang menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun, denda antara RM20,000 hingga RM50,000, serta hilang kelayakan memegang lesen memandu selama lima tahun, jika sabit kesalahan.

Artikel : Kosmo Online

Penyanyi Bea Sobar Bea, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail bersama suami dan empat rakan dibebaskan sepenuh...
06/08/2025

Penyanyi Bea Sobar Bea, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail bersama suami dan empat rakan dibebaskan sepenuhnya dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat, Thailand hari ini.


06/08/2025

Rentetan posting sebelum ini, lori tanah ini yang penyebabnya. Kesian saga kereta kebal .🥹

Lokasi sebelum Plaza Tol Bandar Cassia / Jambatan kedua

Pengarah Shirin Khuzaimi meninggal duniaNorhayati Nordinnorhayati_nordin@hmetro.com.myKuala Lumpur: Pengarah dan penulis...
06/08/2025

Pengarah Shirin Khuzaimi meninggal dunia

Norhayati Nordin
[email protected]

Kuala Lumpur: Pengarah dan penulis skrip drama dan filem, Shirin Khuzaimi, 57, meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, jam 10.13 malam tadi.

Sebelum itu, Allahyarham yang juga kakak kepada pelakon, Riezman Khuzaimi, 55, dimasukkan ke Hospital Ampang selepas mengalami serangan jantung, Jumaat lalu.

Terdahulu, berita sedih itu dikongsi Riezman di Facebook memohon didoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat di sisi Allah.

"Arwah kakak saya kena 'heart attack' (serangan jantung) pada Jumaat lalu dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

"Arwah juga masih aktif dalam bidang seni dan baru habis mengarahkan projek terbaharunya dalam filem dan drama," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Riezman, Allahyarham adalah kakak sulung daripada empat beradik yang sangat bertanggungjawab kepada keluarga.

"Walaupun sedih dengan pemergian kakak buat selamanya, namun saya reda dengan ketentuan Yang Esa. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman.

"Saya juga mohon kepada semua yang mengenali arwah untuk sedekahkan Al-Fatihah serta doakan juga semoga kami sekeluarga yang ditinggalkan ini terus tabah," ujarnya.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana sebelum solat Zuhur, hari ini.

Selama aktif di belakang tabir, Allahyarham pernah mengarahkan filem Mencari Cinta lakonan Nora Danish dan Rusdi Ramli pada 2013.

Allahyarham turut mengarahkan drama Ariana Mikhail lakonan Nora Danish dan Syed Hussein yang ditayangkan di Slot Ratu TV9.

Disiarkan pada: Ogos 6, 2025 @ 10:55am


06/08/2025

Hobi kita mahal. 👏🥹 Nasib baik

Kredit org awam

06/08/2025

Rancanglah perjalanan anda dgn elok, jgn mcm 2 ekor ni gelabah lain mcm...

Video Kredit: Owner

Dalang geng samun, pecah rumah ditembak mati di Jalan Bukit TunkuHafidzul Hilmi Mohd Noorhafidzul@hmetro.com.myKuala Lum...
06/08/2025

Dalang geng samun, pecah rumah ditembak mati di Jalan Bukit Tunku

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
[email protected]

Kuala Lumpur: Ketua kump**an jenayah yang mempunyai 44 rekod jenayah lampau maut dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Bukit Tunku di sini, hari ini.

Kejadian pada 4.10 pagi itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman bersama-sama Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menerusi operasi khas Op Api KL 3 2025.

Pemangku Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus berkata, suspek adalah lelaki warga tempatan dipercayai aktif dalam kegiatan samun dan aktiviti pengedaran dadah.

"Suspek yang ditembak mati dipercayai Ketua atau dalang utama kump**an yang aktif dalam kegiatan pecah rumah dan dadah sejak tahun lalu di Kuala Lumpur, Perak dan Selangor.

"Turut dirampas bersama suspek iaitu sepucuk pistol jenis revolver yang dipercayai digunakan dalam kejadian berbalas tembakan ini," katanya ketika ditemui di lokasi di sini, hari ini.

Fadil berkata, kejadian tembakan berlaku ketika suspek sedang melakukan pemantauan di kawasan berkenaan dipercayai untuk mencari sasaran kediaman untuk di samun.

"Ketika cubaan memintas, berlaku kejadian berbalas tembakan mengakibatkan suspek maut di tempat kejadian dan terdapat beberapa kesan tembakan pada kenderaan polis.

"Semakan mendapati kenderaan berkenaan menggunakan nombor pendaftaran palsu dan dipercayai diseludup masuk dari negara luar," katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati geng terbabit menyasarkan rumah atau pusat perniagaan yang mempunyai peti keselamatan, bar emas dan wang tunai selain dipercayai menyamar sebagai polis.

"Kita percaya kump**an (geng) turut terbabit dalam sindiket pengedaran dadah dan disyaki mempunyai belasan anggota dan usaha mengesan saki baki ahli mereka akan diteruskan.

"Lelaki yang ditembak mati ini terbabit dalam kegiatan jenayah pecah rumah serta samun sejak tahun lalu di Kuala Lumpur, Selangor dan Perak membabitkan kerugian lebih RM1 juta.
Mayat lelaki terbabit dihantar ke Hospital Kuala Lumpur," katanya.

Disiarkan pada: Ogos 6, 2025 @ 9:44am


_______________________________________________
06/08/2025. KUALA LUMPUR. Seorang dipercayai ketua kump**an geng samun berbangsa India dengan 44 rekod jenayah lampau ditembak mati dlm kejadian berbalas tembak dengan polis kira-kira jam 4:40 pagi tadi di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Gambar: China Press/BERNAMA

*Pemandu terselamat, Myvi terbakar atas Jambatan P. Pinang*GEORGE TOWN – Seorang wanita berusia 46 tahun terselamat sele...
06/08/2025

*Pemandu terselamat, Myvi terbakar atas Jambatan P. Pinang*

GEORGE TOWN – Seorang wanita berusia 46 tahun terselamat selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya terbakar ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Kilometer 6.8 Jambatan Pulau Pinang menghala utara di sini hari ini.

Mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja dan menyedari kenderaannya terbakar selepas ditegur seorang penunggang motosikal yang melihat api pada bahagian hadapan kereta.

Wanita itu segera memberhentikan kenderaannya di lorong kecemasan sebelum api marak dan membakar hampir keseluruhan kereta berkenaan.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 7.04 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dikejarkan ke lokasi.

Sebaik tiba di lokasi pada pukul 7.20 pagi didapati sebuah kereta Perodua Myvi itu sedang terbakar dan api telah merebak hampir keseluruhan kenderaan.

“Kebakaran berjaya dikawal lima minit kemudian dan kerja-kerja pemadaman sepenuhnya termasuk overhaul selesai dijalankan pada pukul 7.47 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, kebakaran mengakibatkan 90 peratus kemusnahan kenderaan dan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Operasi pemadaman diketuai PBK II Azman Ibrahim melibatkan sembilan anggota serta dua jentera iaitu satu Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Emergency Medical Rescue Services (EMRS).

“Punca kebakaran masih dalam siasatan dan lokasi kejadian telah diserahkan kepada Pasukan Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Artikel - MalaysiaGazette


06/08/2025

8:10hrs Awas! Kemalangan Km 68.3 arah Utara dari Simpang Renggam ke Machap. Lorong kanan terhalang.
Trafik perlahan. Pandu berhati-hati. Harap maklum.


Enggan hantar anak ke hospital, murid tahun enam maut selepas 8 jam kemalangan motosikalKluang: Murid Tahun Enam menemui...
06/08/2025

Enggan hantar anak ke hospital, murid tahun enam maut selepas 8 jam kemalangan motosikal

Kluang: Murid Tahun Enam menemui ajal selepas lapan jam terbabit nahas di Jalan Get dekat Paloh, di sini, semalam.

Mangsa, Muhammad Harith Isyraf Yuzaini, 12, dilaporkan meninggal dunia jam 9 malam, ketika sedang berehat di rumahnya di Johor Bahru akibat kecederaan di perut.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, berkata kematian murid Sekolah Kebangsaan Tiram Duku, Gelang Patah itu diketahui selepas bapanya membuat laporan polis petang tadi.

Beliau berkata, dalam laporan itu, bapa mangsa memaklumkan anaknya menunggang motosikal terbabit kemalangan ketika ingin ke kedai.

"Siasatan mendapati, mangsa bersama ahli keluarga bertandang ke rumah bapa saudara di Jalan Tengah, Paloh untuk ziarah kematian.

"Sebaik tiba di lokasi motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar batu penghadang bahu jalan di sebelah kanan.

"Mangsa dibawa oleh bapanya ke sebuah klinik swasta di Kluang dan Gelang Patah.

"Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru untuk menerima rawatan lanjut.

"Namun, bapanya enggan menghantar ke HSA sebaliknya dibawa p**ang oleh ke rumahnya." katanya.

Bahrin berkata, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Disiarkan pada: Ogos 5, 2025 @ 11:50pm
Alias Abd Rani
[email protected]
Kredit ➡️ Harian Metro

06/08/2025

05/08/2025. JOHOR. Rakaman "rearcam" kemalangan melibatkan sebuah kereta melanggar sebuah motosikal di Lebuhraya Nusajaya selepas bulatan Mydin Anjung menghala Nusajaya Tech Park kita² pukul 6 petang tadi.

Tiada maklumat lanjut berkaitan mangsa.

Seluruh kampung musnah dalam bencana ‘cloudburst’Oleh KOSMO!5 Ogos 2025, 11:33 pmNEW DELHI – Sekurang-kurangnya empat or...
05/08/2025

Seluruh kampung musnah dalam bencana ‘cloudburst’

Oleh KOSMO!
5 Ogos 2025, 11:33 pm

NEW DELHI – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan ramai lagi hilang selepas banjir kilat dicetuskan oleh hujan sangat lebat secara tiba-tiba (cloudburst) di hulu Sungai Kheer Ganga menyebabkan kemusnahan besar di kampung Dharali, daerah Uttarkashi hari ini, lapor saluran berita NDTV.

Pegawai Daerah Uttarkashi, Prashant Arya mengesahkan empat kematian dalam bencana akibat itu .

Lebih 50 orang p**a dilaporkan hilang, manakala kira-kira 10 hingga 12 pekerja dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan

Sekurang-kurangnya 18 kambing hanyut di kawasan Banala Patti akibat aliran deras Sungai Kud Gadhera.

Beberapa hotel, rumah tumpangan, dan restoran musnah sepenuhnya.

Kawasan Dharali yang menjadi lokasi persinggahan pelancong menuju Gangotri, mengalami kerosakan teruk akibat lumpur dan serpihan yang mengalir deras.

Pasukan tentera dan penyelamat telah dihantar untuk mencari dan menyelamatkan mangsa .

Helikopter Tentera Udara India (IAF) juga berada dalam keadaan siap sedia di Chandigarh untuk menghulurkan bantuan apabila cuaca pulih.

Menurut pihak berkuasa, Pasukan Sempadan India-Tibet telah menyelamatkan 37 orang, termasuk kanak-kanak dan wanita.

Jabatan Meteorologi India (IMD) mengeluarkan amaran merah untuk hujan lebat berterusan di negeri Uttarakhand sehingga 9 Ogos ini.

Sekolah di beberapa daerah seperti Dehradun dan Haridwar ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.-KOSMO! ONLINE



Address

Seksyen 19 Petaling Jaya
Petaling Jaya
46300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when info.semasa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to info.semasa:

Share