BUKU FAQIH

BUKU FAQIH Buku FAQIH merupakan rumah penerbitan di bawah syarikat Faqih Group Sdn Bhd

KULIAH DHUHA Solat Musafir Jamak dan Qasar, bersama jemaah Masjid Nahdhah Al-Islam, Seksyen 18, Shah Alam, disampaikan o...
05/09/2026

KULIAH DHUHA Solat Musafir Jamak dan Qasar, bersama jemaah Masjid Nahdhah Al-Islam, Seksyen 18, Shah Alam, disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Dzulkhairi. Semoga bermanfaat ๐Ÿคฒ

*Siri kedua dan terakhir akan diadakan pada hari Sabtu 26hb September 2026.

Jamak Qasar Solat Apabila Bermusafir Setelah Masuk WaktuDalam mazhab kita, seseorang yang keluar bermusafir setelah masu...
04/09/2026

Jamak Qasar Solat Apabila Bermusafir Setelah Masuk Waktu

Dalam mazhab kita, seseorang yang keluar bermusafir setelah masuknya waktu dibenarkan untuk jamak dan qasar solat- taqdim atau taโ€™khir.

Baik, hujjahnya apa? Kita bermula dengan melihat ulasan Imam Nawawi,

ู…ูŽุฐู’ู‡ูŽุจูู†ูŽุง ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉูŽ ุชูŽุฌูุจู ุจูุฃูŽูˆู‘ูŽู„ู ุงู„ู’ูˆูŽู‚ู’ุชู ูˆูุฌููˆุจู‹ุง ู…ููˆูŽุณู‘ูŽุนู‹ุง

โ€œMazhab kami- bahawa solat wajib didirikan pada awal waktu dengan kewajipan bersifat luas.โ€

Ada dua kefahaman di sini:-

a- Kita wajib solat apabila masuknya waktu, dan memang sebaik-baiknya pada awal waktu.

b- Bagi sesiapa yang mahu melewatkan solat contohnya solat zohor pada 3 pm, diharuskan dengan syarat dia mesti berazam untuk mendirikannya menurut pendapat yang kuat. Jika tiada keazaman, ia berdosa.

Jadi, kita memahami kewajipan solat bersifat luas. Sekarang kita perhatikan lagi ulasan Imam Nawawi,

ูˆูŽู„ูุฃูŽู†ู‘ูŽ ู…ูŽู†ู’ ุฏูŽุฎูŽู„ูŽ ูˆูŽู‚ู’ุชู ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ูˆูŽู‡ููˆูŽ ุญูŽุงุถูุฑูŒ ูˆูŽู…ูŽุถูŽู‰ ู…ูŽุง ูŠูู…ู’ูƒูู†ู ูููŠู‡ู ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู ุซูู…ู‘ูŽ ุณูŽุงููŽุฑูŽ ููŽู„ูŽู‡ู ู‚ูŽุตู’ุฑู ู‡ูŽุฐูู‡ู ุงู„ุตู‘ูŽู„ูŽุงุฉู

โ€œDan kerana sesiapa yang telah masuk waktu solat ketika dia bermuqim, dan telah berlalu waktu yang memungkinkan dia solat, kemudian dia bermusafir, maka dia boleh qasar solat tersebut.โ€

ููŽู„ูŽูˆู’ ูˆูŽุฌูŽุจูŽุชู’ ุจูุฃูŽูˆู‘ูŽู„ู ุงู„ู’ูˆูŽู‚ู’ุชู ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฌูุฒู’ ู‚ูŽุตู’ุฑูู‡ูŽุง ุŒ ูƒูŽู…ูŽุง ู„ูŽูˆู’ ุณูŽุงููŽุฑูŽ ุจูŽุนู’ุฏูŽ ุงู„ู’ูˆูŽู‚ู’ุชู

โ€œKalaulah solat diwajibkan pada awal waktu, nescaya dia tidak boleh mengqasarkan solat tersebut, sebagaimana halnya jika dia bermusafir selepas waktu solat telah tamat.โ€ (Al-Majmu`)

Mudah fahamnya, kita buat cerita.

Zubaidi mahu keluar bermusafir pada jam 2.30 pm, masa itu dia belum solat zohor. Dalam perjalanan, dia berhenti sekitar jam 4 pm. Maka dia boleh jamak dan qasar solat.

Juga dia boleh niat untuk jamak taโ€™khir.

Kalaulah solat zohor diwajibkan pada awal waktu, pastilah Zubaidi tidak boleh berbuat demikian. Namun kerana kewajipan solat itu bersifat luas- wajib solat zohor bermula awal waktu hingga akhir waktu, barulah Zubaidi boleh berbuat demikian.

Apapun semestinya solat awal waktu itulah yang terbaik.

Kredit tulisan: FB Dzulkhairi Khairi

JOM SERTAI KULIAH DHUHA KHAS: SOLAT MUSAFIR, JAMAK & QASAR untuk faham dengan lebih jelas, mudah, dan 'step-by-step' car...
03/09/2026

JOM SERTAI KULIAH DHUHA KHAS: SOLAT MUSAFIR, JAMAK & QASAR untuk faham dengan lebih jelas, mudah, dan 'step-by-step' cara mendirikan solat ketika dalam perjalanan (y)

๐Ÿ“… Tarikh: 5 & 26 September 2026 (2 siri, hari Sabtu)
โฐ Masa: 8:45 - 10:30 Pagi
๐Ÿ“ Tempat: Masjid Nahdhah Al-Islam, Seksyen 18, Shah Alam, Selangor
๐ŸŽ™๏ธ Bersama: Ustaz Dzulkhairi Mohd Noor (Pengarah Urusan Faqih Group)

๐Ÿ’ฐ Penyertaan PERCUMA
๐Ÿ“– Buku Daurah (Pilihan): RM30 / naskhah
๐Ÿ“ž Pertanyaan: O13-331 5811 (Puan Zaiton)

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir :)

Anjuran Bersama FAQIH Group & Masjid Nahdhah Al-Islam

BERGURAU-GURAU lepas iqamat sebelum mula solat berjemaah, antara kesilapan berkaitan solat yang masih berlaku dalam sege...
02/09/2026

BERGURAU-GURAU lepas iqamat sebelum mula solat berjemaah, antara kesilapan berkaitan solat yang masih berlaku dalam segelitir masyarakat, dan sewajarnya dielakkan pada masa akan datang.

Alhamdulillah ini sebahagian poin yang dipelajari oleh anak-anak dari Raudatus Sakinah yang turut bersama peserta-peserta lain sekitar 130 orang dalam kelas 30 Kesilapan Dalam Solat yang disampaikan oleh Ustaz Dzulkhairi hafizahullah.

Semoga bermanfaat dan dapatlah dikongsikan bersama ahli keluarga dan kenalan, ilmu dan faedah yang diperolehi ๐Ÿ˜Š๐Ÿคฒ

DIKONGSIKAN poin-poin kesalahan dalam solat yang akan dihuraikan secermat mungkin dalam webinar khas bersama Ustaz Dzulk...
01/09/2026

DIKONGSIKAN poin-poin kesalahan dalam solat yang akan dihuraikan secermat mungkin dalam webinar khas bersama Ustaz Dzulkhairi ini.

Pendaftaran masih dibuka. Kelas akan diadakan kurang daripada 24 jam dari sekarang.

Jom daftar sekarang! Info webinar/pendaftaran di ruangan komen๐Ÿ‘‡

SEMOGA KEMERDEKAAN kali ini dapat dihayati dalam erti kata yang sebenar, iaitulah dengan mentauhidkan Allah SWT dan beru...
31/08/2026

SEMOGA KEMERDEKAAN kali ini dapat dihayati dalam erti kata yang sebenar, iaitulah dengan mentauhidkan Allah SWT dan berusaha mengamalkan ajaran Islam dalam seharian.

Selamat Hari Kemerdekaan Ke-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

SELAMAT DATANG kepada semua yang baru masuk ke grup 'Kelas Pengajian Keindahan Bahasa Al-Quran'.Alhamdulillah. Setakat i...
27/08/2026

SELAMAT DATANG kepada semua yang baru masuk ke grup 'Kelas Pengajian Keindahan Bahasa Al-Quran'.

Alhamdulillah. Setakat ini sudah 6 kali kelas telah diadakan, setiap hari Jumaat bermula pukul 8 hingga 9 pagi melalui Zoom serta disediakan nota-nota ringkas.

Kelas ini sahaja anjuran Faqih Group bersama-sama Ustaz Dzulkhairi.

Tuan/Puan boleh dapatkan pautan untuk rakaman penuh setiap kelas dan info grup/penyertaan di ruangan komen๐Ÿ‘‡๐Ÿผ

TERSUNGKUR JATUH KETIKA RUKUKPenjelasan:Isu ini pernah disentuh oleh Imam Nawawi, bagaikan peristiwa ini pernah berlaku ...
26/08/2026

TERSUNGKUR JATUH KETIKA RUKUK

Penjelasan:
Isu ini pernah disentuh oleh Imam Nawawi, bagaikan peristiwa ini pernah berlaku pada zaman beliau.

ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฃูŽุตู’ุญูŽุงุจูู†ูŽุง : ูˆูŽุงู„ูุงุนู’ุชูุฏูŽุงู„ู ุงู„ู’ูˆูŽุงุฌูุจู ู‡ููˆูŽ ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุนููˆุฏูŽ ุจูŽุนู’ุฏูŽ ุฑููƒููˆุนูู‡ู ุฅู„ูŽู‰ ุงู„ู’ู‡ูŽูŠู’ุฆูŽุฉู ุงู„ู‘ูŽุชููŠ ูƒูŽุงู†ูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูŽุง ู‚ูŽุจู’ู„ูŽ ุงู„ุฑู‘ููƒููˆุนู ุŒ ุณูŽูˆูŽุงุกูŒ ุฃูŽุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ู‚ูŽุงุฆูู…ู‹ุง ุฃูŽู…ู’ ู‚ูŽุงุนูุฏู‹ุง ุŒ ููŽู„ูŽูˆู’ ุฑูŽูƒูŽุนูŽ ุนูŽู†ู’ ู‚ููŠูŽุงู…ู ููŽุณูŽู‚ูŽุทูŽ ูููŠ ุฑููƒููˆุนูู‡ู ู†ูŽุธูŽุฑูŽ

โ€œPara ulama kami berkata: Iโ€˜tidal yang wajib adalah seseorang kembali selepas rukuk kepada keadaan atau posisi seperti yang dia berada sebelum rukuk, sama ada dia solat dalam keadaan berdiri ataupun duduk.

Maka, jika seseorang rukuk dalam keadaan berdiri, kemudian dia terjatuh ketika rukuknya, maka hendaklah dilihatโ€ฆ

ุฅู†ู’ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุทู’ู…ูŽุฆูู†ู‘ูŽ ู…ูู†ู’ ุฑููƒููˆุนูู‡ู ู„ูŽุฒูู…ูŽู‡ู ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุนููˆุฏูŽ ุฅู„ูŽู‰ ุงู„ุฑู‘ููƒููˆุนู ูˆูŽูŠูŽุทู’ู…ูŽุฆูู†ู‘ูŽ ุŒ ุซูู…ู‘ูŽ ูŠูŽุนู’ุชูŽุฏูู„ูŽ ู…ูู†ู’ู‡ู

โ€œJika dia belum sempat tumaโ€™ninah dalam rukuknya, maka dia wajib kembali semula kepada rukuk dan tumaโ€™ninah, kemudian bangkit daripada rukuk tersebut untuk iโ€˜tidal.

ูˆูŽุฅูู†ู’ ุงุทู’ู…ูŽุฃูŽู†ู‘ูŽ ู„ูŽุฒูู…ูŽู‡ู ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽู†ู’ุชูŽุตูุจูŽ ู‚ูŽุงุฆูู…ู‹ุง ููŽูŠูŽุนู’ุชูŽุฏูู„ูŽ ุซูู…ู‘ูŽ ูŠูŽุณู’ุฌูุฏูŽ ุŒ ูˆูŽู„ูŽุง ูŠูŽุฌููˆุฒู ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุนููˆุฏูŽ ุฅู„ูŽู‰ ุงู„ุฑู‘ููƒููˆุนู ููŽุฅูู†ู’ ุนูŽุงุฏูŽ ุนูŽุงู„ูู…ู‹ุง ุจูุชูŽุญู’ุฑููŠู…ูู‡ู ุจูŽุทูŽู„ูŽุชู’ ุตูŽู„ูŽุงุชูู‡ู ; ู„ูุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ุฒูŽุงุฏูŽ ุฑููƒููˆุนู‹ุง

โ€œDan sekiranya dia sempat tumaโ€™ninah, maka dia wajib kembali berdiri tegak, lalu iโ€˜tidal, kemudian sujud. Tidak dibenarkan baginya untuk kembali semula kepada rukuk.

Jika dia kembali kepada rukuk dalam keadaan mengetahui bahawa perbuatan itu haram, maka batal solatnya, kerana dia telah menambah satu rukuk dalam solat.โ€ (Al-Majmu`)

Jadi, ada dua situasi:-
1- Jika dia telah sempat tumaโ€™ninah, lalu jatuh tergolek, maka dia terus bangun ke posisi i`tidal.

2- Jika dia belum sempat tumaโ€™ninah, lalu jatuh tergolek, maka dia terus bangun ke posisi rukuk semula.

Daftar Kelas Fiqh Solat bersama Ustaz Dzulkhairi yang akan diadakan tidak lama lagi, info/pendaftaran di ruangan komen.

26/08/2026

MENGHAYATI peristiwa kelahiran Nabi Muhammad ๏ทบ, ayuh eratkan ukhwah Islam & mengamalkan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

PUASA SUNAT HARI-HARI PUTIH (Ayyamul Bidh) bagi bulan Rabiulawwal 1448H, bersamaan 26, 27 dan 28 Ogos 2026 (Rabu, Khamis...
25/08/2026

PUASA SUNAT HARI-HARI PUTIH (Ayyamul Bidh) bagi bulan Rabiulawwal 1448H, bersamaan 26, 27 dan 28 Ogos 2026 (Rabu, Khamis dan Jumaat), insya Allah ๐Ÿ˜Š

Semoga amalan berpuasa sekurang-kurangnya tiga hari dalam sebulan (sama ada pada hari-hari putih atau selainnya) termasuk dalam usaha melaksanakan sunnah sekaligus meraih cinta kepada Nabi Muhammad ๏ทบ ๐Ÿคฒ

Address

B-3A-1, Oasis Square Ara Damansara 47301 Petaling Jaya Darul Ehsan
Petaling Jaya
47810

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when BUKU FAQIH posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to BUKU FAQIH:

Shortcuts

Share

Category