Naskah Waktu

Naskah Waktu Naskah Waktu merupakan platform perkongsian dari semua sudut sama ada ekonomi, politik, sosio budaya, makanan, pelancangon, kesihatan, fakta dan fiksyen.

Naskah Waktu memberi fokus pada semua golongan untuk mendapatkan informasi terkini mahupun masa lalu.

Makluman Proses Permohonan Pendaftaran Ujian Kemasukan Sekolah SRAI (UKS) Tahun 1/2027Tarikh : 1 April - 30 April 2026Ap...
31/03/2026

Makluman Proses Permohonan Pendaftaran Ujian Kemasukan Sekolah SRAI (UKS) Tahun 1/2027

Tarikh : 1 April - 30 April 2026
Aplikasi : Atas talian di link
https://sekolah.jais.gov.my

Syarat permohonan :
1.1 Pemohon dan Ibu bapa mestilah WARGANEGARA MALAYSIA.
1.2Pemohon dan Ibu bapa lahir di Selangor ATAU
1.3 Pemohon lahir di Selangor & Ibu atau bapa lahir di Selangor ATAU
1.4 Ibu dan bapa menetap/bermastautin di Selangor lebih 7 tahun; DAN
1.5 Sihat tubuh badan dan bebas dari sebarang penyakit kronik/ berjangkit/ mental serta mendapat pengesahan dari pegawai perubatan kerajaan.

2. Kanak-kanak mestilah yang lahir dari:

2 Jan 2020 hingga 1 Jan 2021 (7 tahun)
2 Jan 2021 hingga 1 Jan 2022 (6 tahun)

3. Telah membuat permohonan pendaftaran di Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Agama Negeri/Sekolah Islam Persendirian (SIP), JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS).

4. ⁠PASTIKAN pemohon memilih NAMA SEKOLAH dan DAERAH yang betul sebelum klik butang HANTAR.

5. CETAK dan HANTAR 1 salinan borang dan slip pendaftaran di pejabat sekolah SEBELUM atau Pada 6 Mei 2026.

6.Permohonan akan *DITOLAK* sekiranya:

a.Borang permohonan tidak lengkap.
b.Salinan dokumen yang dimuat naik tidak lengkap.
c.Borang dihantar ke sekolah yang dipohon selepas tarikh tamat permohonan.
d. Maklumat yang diberikan adalah tidak benar.

7.Bagi permohonan yang berjaya, pemohon akan mengikuti *Ujian kelayakan sekolah* *(UKS)* mengikut ketetapan *Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).*

8.Sekiranya pemohon tidak mendapat sebarang maklum balas dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup, permohonan tersebut adalah dianggap *TIDAK BERJAYA.*

Sekolah : SRAI DATO' M***I YUSOFF SAHABUDDIN SEKSYEN 7, SHAH ALAM
Masa : Waktu bekerja

Isnin - Khamis
9.00 pagi - 1.00 petang
2.00 - 4.00 petang

Jumaat
9.00 pagi - 12.00 tengah hari
2.45 - 4.00 petang

Sila SIMPAN kata laluan untuk rujukan akan datang.

Buku UKS bagi anak-anak ulangkaji boleh didapati di KEDAI BUKU SEKOLAH dengan bayaran hanya RM10.00 sahaja.

Harga Petrol dan Diesel berkuat kuasa 1 April 2026
31/03/2026

Harga Petrol dan Diesel berkuat kuasa 1 April 2026

28/03/2026

Malaysia mempunyai jaminan bekalan minyak yang mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei tahun ini, namun kerajaan tidak bergantung kepada jaminan itu semata-mata apabila langkah mencari sumber alternatif telah digerakkan dengan lebih awal

Sumber

27/03/2026
27/03/2026

✴️GELOMBANG HABA adalah satu tempoh suhu tinggi luar biasa yang melebihi suhu maksimum purata harian dengan keadaan cuaca yang agak panas. Di Malaysia, gelombang haba ditakrifkan sebagai suhu maksimum harian melebihi 37°C untuk 3 hari berturut-turut.

Orang awam dinasihatkan untuk mengikuti arahan-arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan mengikuti perkembangan keadaan cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia. Ikuti panduan penjagaan kesihatan bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik sepanjang musim gelombang haba.

27/03/2026
27/03/2026
27/03/2026

Konflik Asia Barat : Mahasiswa perlu bijak urus kewangan

27/03/2026

Pihak pentadbir dibenarkan menutup operasi sekolah sekiranya cuaca panas melebihi 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh.

Beliau berkata perkara berkenaan antara garis panduan yang telah ditetapkan Kementerian Pendidikan (KPM) sejak 2023 dan boleh diguna pakai sekiranya keadaan cuaca panas dan kering semakin meruncing.

Berita penuh di https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2538140

27/03/2026

27 MAC 2026 | KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN (KPM)

KPM MENJUNJUNG TITAH KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG UNTUK MEMASTIKAN KESELAMATAN MURID DALAM KEADAAN CUACA PANAS TERPELIHARA

Kementerian Pendidikan (KPM) merafak sembah menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar untuk memastikan aspek keselamatan serta kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah dalam keadaan cuaca panas terpelihara.

Tahun Ini, Tahun Kita






Address

Petaling Jaya

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Naskah Waktu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share