Syazwanuddin Saliman

Syazwanuddin Saliman Kita tahu cuma sedikit apa yang akan terjadi Perkhidmatan Kewangan

24/12/2024

Cukuplah berkenaan perubatan.

Berkaitan pampasan p**a tiada promosi yang boleh menggerakkan anda melainkan ada sesuatu yang berlaku dalam hidup. Datanglah segala rebat, hadiah saguhati, emas, telefon, trip umrah semuanya tidak mampu untuk mengatasi keinginan melindungi.

Budak generasi kini panggil "provider mindset". Perwatakan dan persembahan ejen sangat sangat penting untuk menerapkan pendirian ini di jiwa prospek sebelum mereka memutuskan untuk perlunya pampasan.

24/12/2024

Andai kita ikuti secara dekat rentetan bagaimana kerajaan melalui agensi kijang campur tangan dalam kenaikan caruman insurans dan takaful perubatan ni, kita boleh faham yang bakal tergugat sebenarnya ialah industri kesihatan swasta.

Sebagai pengguna bila tidak mampu lagi membayar kad perubatan adalah sangat wajar mereka mengubahsuai sijil dan polisi mereka kerana hospital kerajaan masih ada.

Tetapi apabila gagasan hospital swasta mendapat tahu ramai pemegang sijil takaful dan pemegang polisi insurans mula menggugurkan rider perubatan, ini secara tidak langsung melenyapkan sebilangan besar pelanggan mereka.

Beberapa kali kenaikan sebelum ni (2014 -2024) kijang negara tak cakap apa, seolah-olah menggambarkan mereka tiada kuasa untuk menghalang syarikat insurans dan operator takaful tapi tidak kali ini. Mereka siap keluarkan garispanduan. Sampaikan boleh paksa aktifkan kembali polisi dan sijil yang telah diserahkan. Ini sangat janggal ketimbang amalan biasa penanggung insurans dan operator takaful.

15/12/2024

pengajaran disebalik isu ipar merungut pasal pampasan hibah adik ipar ialah, jangan sebarang mesej ejen sebab ada sesetengah ejen s**a tangkap layar dan muat naik perbualan anda jadi tatapan umum.

alasan biasa ialah untuk menaikkan kesedaran.

13/12/2024

Jika anda ingin meletakkan wang untuk mendapatkan tapak bazar Ramadan tahun depan, s**a saya ingatkan ramai orang dah beli baju raya awal. Ramai juga orang dah pandai buat kuih juadah berbuka.

Jadi jangan pelik kalau kehadiran di bazar ramai tapi mereka beli sedikit. Dan mereka beli pada peniaga yang mereka percaya. Jangan juga buat video sedih tak ada orang beli juadah anda kalau tahun ini baru kali pertama anda masuk bazar.

27/11/2024

Mengenai kos mendapatkan khidmat perubatan yang meningkat sepatutnya fokus harus diberikan kepada punca peningkatan sebenar seperti perkhidmatan hospital, ubat ubatan dan teknologi yang makin canggih. Itu yang sepatutnya disensasikan, dan apa yang pihak berwajib harus buat untuk menangani isu itu.

Namun sebaliknya media lebih fokus kepada kesan isu itu : kenaikan kenaikan kos insurans dan takaful perubatan. Benar hampir semua syarikat insurans dan operator takaful mengemaskini harga premium dan sumbangan, tapi secara kumulatif kurang 30% sahaja dari pop**asi Malaysia yang terlibat.

Ramai lagi yang masih tak ada insurans perubatan atau takaful perubatan.

25/11/2024

Disamping membimbing anak yang ambil UASA, seorang ejen juga sibuk ulangkaji untuk lengkapkan E-Assessment dan PITA Shariah RFP yang wajib ambil bermula tahun ni.

Bila kita putuskan untuk terus kekal dalam industri, kita kena kekal relevan. Maka pengetahuan yang karat perlu dikakis dan dikilatkan semula. Atasi segala cabaran dengan syukur dan sabar.

20/11/2024

Macam mana satu orang boleh 'crack' kepala untuk yakin ada orang nak join club old money. Benda old kot.

Aku rasa kalau satu orang tubuh club old agent, confirm satu agent pun segan nak join.

23/04/2024

Berita kematian seorang demi seorang banyak mendidik diri untuk ingatkan tempat kembali. Namun bila sampai berita nahas, yang mana korban nyawa dalam jumlah yang banyak memberi kesan insaf yang jauh lebih dahsyat berbanding kematian biasa.

Semalam mereka mungkin minum bersama, makan bersama, tidur di berek yang sama, malah pagi ini mungkin dalam barisan yang sama. Namun malam ini, mereka berpisah. Masing-masing menemui Sang Pencipta secara bersendiri.

Salam Taaziah kepada keluarga semua perwira yang terkorban dalam nahas udara pagi tadi. Sesungguhnya mereka telah mendahului kita, dan kita juga akan menuruti mereka ke lembah abadi.

17/12/2023

Pengeluaran wang dari bank secara spontan.
Pengeluaran dana daripada Takafulink 3 4 hari selepas borang diterima.
Jual unit dalam Dana Amanah maksimum 7 hari bekerja.
Jual emas fizikal. Pun secara spontan boleh dapat wang.
Jual buah durian pun lepas timbang orang dah bayar.
Bitcoin di aplikasi pun boleh jadi wang dalam 2 3 jam.
Wang di Paypal boleh masuk dalam akaun tunai kita dalam masa kurang 10 minit.

Tapi masih ada antara kita yang pilih sistem yang boleh s**a s**a delay pengeluaran kita. Ini bukan kali pertama.

16/12/2023

Kita nampak marah pada kuasa besar yang menggunakan kuasa veto membelakangi blok besar negara yang menyokong gencatan senjata. Yang kita buat tak nampak ialah ada antara rakyat kita menggunakan fikiran sendiri untuk tidak memboikot jenama yang sejumlah besar negara asing memboikotnya. Sama sahaja la kita dengan kuasa besar yang guna veto tu.

14/12/2023

"If you stand for something valuable, if you really know what you're talking about, be firm. Don't chicken out"

Begitulah kata Mehran Rowshan selepas beliau menang kes di mahkamah apabila dia disaman kerana bercakap tentang keburukan jenama air minuman terkemuka.

Kelapa tua yang dibeli beberapa minggu lepas. Terlalu sibuk tak sempat rakam tau tau dah keluar pucuk. Letak dibawah dap...
05/12/2023

Kelapa tua yang dibeli beberapa minggu lepas. Terlalu sibuk tak sempat rakam tau tau dah keluar pucuk. Letak dibawah dapur sahaja. Tak ada air atau sumber cahaya pun.

Seperti peribahasa;
Kalau asal benih yang baik, jatuh ke laut menjadi p**au.

26/11/2023

Umat Malaysia ini memang mempunyai urat sentisif berelastisiti tinggi. Dari biasa biasa secara spontan menjadi sangat-sangat sensitif, cepat juga untuk mereda jadi sangat tak sensitif. Teringat tidak berapa lama isu marathon promosi bank konvensional. Panas masa tu sahaja la. Tak lama sikit lepas tu buat macam biasa. Dah berapa banyak dah larian yang ditaja bank/insurans konvensional aku perhatikan tak ada dah tentangan. Semua pakat masuk sahaja.

21/11/2023

Sudut pandang dua manusia dalam industri yang sama tapi ada dua matlamat yang berbeza. Penerbit buku mencari penulis yang padu untuk mendapatkan keuntungan daripada hasil jualan buku. Penulis mencari penerbit yang padu supaya hasil tulisannya nanti tersebar meluas.

Penerbit rugi kalau tak ada orang beli.
Penulis rugi kalau tak ada orang baca.

08/11/2023

Andai permintaan ini sangat mendesak, tidak mustahil dunia akan meminda Akta AMLA/CTF untuk bercabang baru mencakupi AntiGenocideFinancing. Masa itu tak ada lah sesama kita berbalah nak boikot brand A B atau C.

06/11/2023

Video ni bagus dan tak layak untuk aku tengok seorang sahaja. Jadi aku kongsi kat sini. Regulated, legitimate pun boleh jadi money laundering.

05/11/2023

Jika hanya CEO sahaja yang menyokong rejim aparteid. Pekerja daripada cleaner sehinggalah ke peringkat atasan boleh bersatu dan menyampaikan hasrat mereka kepada lembaga pengarah untuk memecat CEO. Dan lembaga pengarah pun akan lantik CEO baru yang tidak lagi pro genocide.

Sebab lembaga pengarah ada disitu untuk mengaut keuntungan. Selagi dia rasa dia untung dia tak akan rasa perlu buat apa apa. Apa perlu buat saya tak perlu ajar sebab nanti dah dihukum menghasut.

Tetapi bercerita daripada pengalaman ejen ejen lama dulu kami pernahlah berpiket di HQ untuk turunkan CEO secara aman, isu kenaikan harga dan komisen.

30/10/2023

Kita yang followers sikit ni tak payah tapis tapis tulis palestin atau israel sebab mmg facebook instagram dan lain lain secara alamiahnya tidak sampaikan pada netizen.

Address

G-29, Block A, Ground Floor, Damansara Intan, No. 1, Jalan SS 20/27, Damansara Intan
Petaling Jaya
47400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Syazwanuddin Saliman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Syazwanuddin Saliman:

Share

Lifelong Journey of Success

Nama yang diberi ialah Muhammad Syazwanuddin bin Saliman. Dilahirkan dan dibesarkan di Selangor.

Kareer sebagai ejen takaful bermula secara s**a-s**a kerana atas dasar ilmu untuk membantu rakan-rakan memiliki pelan perlindungan perubatan sekitar tahun 2011. Namun, semuanya berubah menjadi serius apabila saya memikirkan ingin bekerja sendiri di penghujung tahun itu, maka saya jadi ejen sepenuh masa.

Setelah 8 tahun memberi khidmat kepada hampir 500 sijil takaful, dengan kepakaran dan pengalaman yang saya ada saya yakin, mampu untuk membantu anda yang mencari seseorang yang sedia menyelesaikan masalah insurans, takaful dan unit amanah sekaligus.

Terima kasih kerana sudi membaca.