Nas Ahmad Terjah Page

Nas Ahmad Terjah Page Pengarah Kreatif Nas Studio, Produser, Wartawan, Youtuber, bloger, Editor, usahawan.

Pengarah Kreatif Nas Studios, Produser, Wartawan Penyiaran, Editor, Blogger, Youtuber, usahawan.

Dah lebih 2 tahun aku kena serangan jantung, 2 tahun tu lah jugaklah aku tahan sabar rindu nak terus kerja macam biasa.B...
09/03/2025

Dah lebih 2 tahun aku kena serangan jantung, 2 tahun tu lah jugaklah aku tahan sabar rindu nak terus kerja macam biasa.

Belum okay lagi. Skrg ni kalau aku berjalan dlm 50 tapak, kena stop kejap sebab penat/mengah. Lepas 3 ke 4 minit tu baru sambung berjalan lagi.

Sebab tu kena pakai kerusi roda juga kasi lancar.

Tunggu punya tunggu mata aku p**ak kacau. 2 bulan lepas kena buat prosidur (operate) mata buang Katarak.

Alhamdulillah dari penglihatan aku terlalu kabur tak kenal siapa, dah operate ni dapat jelas & kenal apa yg aku nampak.

Maanalah tau in sya ALLAH kalau ada rezeki nanti boleh operate mata kanan p**ak, so baru nampak clear .

So far...boleh aja aku jalan kaki macam biasa perlahan. Aku s**a tengok video Tun M jalan. Umur dia dah 100 tu, aku baru 60, tapi dia sumber inspirasi aku. Aku ikut cara dia jalan.....setapak setapak & kaedah jalan yang lebih tengok bawah aja.

Cuma Tun M tak bertongkat, aku sesekali kena bertongkat.
Napa? .
Tongkat tu beri aku keyakinan utk menapak.

Dulu aku pernah jatuh 2 kali masa aku berjalan tak bertongkat/wheelchair. Sekali tu kaki aku silap langkah....termasuk lubang....terus aku tertiarap situ. Lutut lebam. Sakit beberapa hari.

Kali ke 2 p**ak....aku jalan kaki depan kaunter pondok pengawal kat rumah aku, tetiba kaki tersangkut rantai batu blok situ. Hmm apa lagi?terus melambug & rebah aku ke depan. Kepala terhantuk batu blok. Adehhh!

Nasib baik ada 2 pengawal keselamatan situ tolong angkat aku yg tengah macam bingung / panik kat situ

Semua ni ujian ALLAH. Kita jangan marah, jangan kesal ke.... Kita redha aja sebab ni antara tanda ALLAH pun sayang kita juga.
Teruskan berusaha dan berdoa cuma kpd ALLAH.

Okay. Sesama kita
doa yg terbaik moga aku sembuh, dpt rawat mata kanan p**a & seterusnya jantung makin kuat.

ALLAH ada.
Kita terimalah semua ketentuan ini dengan redha.

Puasa okay puasa? .
Semoga amalan baik kita dibulan Ramadhan tahun ni memberi lebih ganjaran pahala utk kita semua.

Jangan terlalu fikirkan suatu yg bukan dalam kawalan kita ye. tenang itu indah....

...sebab tenang itu indah.           Next operation...April. Doakan moga dipermudahkan ye
06/02/2025

...sebab tenang itu indah.



Next operation...April. Doakan moga dipermudahkan ye

Bila lama tak jumpa memang macam-macam nak cerita. Kan? ....tapi bila sekali jumpa tu beramai-ramai, jadi tak sempat nak...
29/12/2024

Bila lama tak jumpa memang macam-macam nak cerita. Kan? ....tapi bila sekali jumpa tu beramai-ramai, jadi tak sempat nak bercerita pun. kan?. Sempat jumpa kejap 'hi hi bye bye' aja. He he.

J***t Roseli cameraman otai TV3 rajin buat reunion otai TV3 tiap tahun. Tahun ni....ha ah pagi Ahad 29hb Dis '24 lepas dia buat lagi. So far aku tak pernah sempat datang join, tapi tahun ni........J***t jemput direct dari komen/reply kat fb aku!. Adeyyy! Maka busy tak busy kenaaa le aku datang.

Wahhh katanya kali ni paaaling ramai datang. Ramai otai dari zaman TV3 mula beroperasi kat Jlb Liku Bangsar & KUB dulu. Aku belum kerja masa tu. Aku join TV3 dah beroperasi kat Sri Pentas dah.

Hmmm...bila dah ramai geng lama tu semua dah tak fokus makan dah, asyik ronda kawasan je.

Siapa aku sempat jumpa?....

Terjumpa produser lama aku Hamsiah Biri dgn hubby dia cameraman Farid. Dulu banyak program yg aku dgn Hamsiah buat sama dlm 1 team, antaranya Muzik2 & M Kids Club.

Ronda lagi....terserenpak p**ak dgn executive produser Kelly Mohamad. Kami pernah satu team kejap buat Galaksi TV9 lepas tu buat banyak event lain itu ini.

Mana NorWani Abdullah?....tak jumpa. Dulu dia pernah banyak assign aku buat video klip Jomheboh versi tiap negeri seluruh Malaysia. Best!.

Siapa tu?!!!!!...
Yesss!!...tu haaa insan yg berjasa besar dlm karier aku kat Tv3....NIK RAMZI NIK HASSAN. Dialah yg buka peluang aku join kerja kat TV3 & produce Melodi. Masa tu ada pihak bangkang, tapi Nik tetap fight nak aku situ & terus zussss!!....aku sukses situ. Aku tetap kenang jasamu Nik.

Wahid Senario pernah jadi host dengan Fafau masa aku produce Melodi dulu kan?. Bertahun tu!....lepas tu aku keluar Melodi sebab produce ProgramTerjah p**ak.

Bab puisi....pengacara Nizal Mohamad memang terbaik. Tiap tahun dia tak pernah miss tulis puisi hari lahir & hantar kat aku....aku tak terbalas...segan...sebab puisi aku tak sehebat dia. Dia tetap teruskan,

Wahhh kalau nak cerita semua jadi panjang caption ni nanti org skip tak baca. So..terima kasih atas semua doa baik kalian masa kita sempat jumpa tu. Aamiinn. Semoga semua doa yg baik tu berbalik kpd yg mendoakannya juga ye.

Tak taulah tahun depan antara kita sempat terus jumpa lagi ke atau ada yg dah gugur.

Tetap ingat ALLAH ada......ALLAH sayang kita semua.

Dis 23/24 : Here I am!..  ROCK u like a 'hurricane'
23/12/2024

Dis 23/24 :

Here I am!.. ROCK u like a 'hurricane'

Eh?...macam tak perasan dah lama aku tak balik JB. Tapi....kat KL ni pun bukan busy apa, sejak aku sakit 2 tahun lepas s...
07/12/2024

Eh?...macam tak perasan dah lama aku tak balik JB. Tapi....kat KL ni pun bukan busy apa, sejak aku sakit 2 tahun lepas sampai skrg langsung tak dapat gi cover konsert itu ini prebiu filem itu ini semua.

Nak cover camna, lepas sakit jantung sakit mata p**ak. Penglihatan jadi amat terhad. PC/TV pun takleh nak tengok apa lagi wayang ke konsert ke kan?.
Sabar ajalah aku.

Eh tapi bila aku lama dah tak balik JB, rupanya member rockers kat JB yg naik KL selalu cilok masa datang ziarah aku kat rumah.
Ohhh cam tu.

Petang semalam Dato Hj Joe owner Gama Rock House kat JB sempat singgah ziarah. Dia dengan 3 member dari Family Rockers Jay Bee nak gi layan konsert Cromok kat Zepp malam tu, ha tu yg on the way tu singgah jumpa aku kejap beramai.

Thanks semua sudi singgah & hulur sumbangan. Kita doakan yang baik-baik sesama kita ye.

Tetap ALLAH yg terbaik

Pergi mana petang Selasa lepas bro?.Ohh....aku kat Wisma BSN. Ada jemputan majlis Titipan Kasih Harian Metro dengan Bank...
26/11/2024

Pergi mana petang Selasa lepas bro?.

Ohh....aku kat Wisma BSN. Ada jemputan majlis Titipan Kasih Harian Metro dengan Bank Simpanan Nasional (BSN).....'BSN Jengah, TKHM Singgah'.

Majlis apa tu?.

Tu haa majlis petugas media disantuni Bank Simpanan Nasional
BSN & akhbar Harian Metro di majlis Titipan Kasih.

Antara penerima sumbangan acara tu Kamil Rahim (New Straits Times), Nur Fatihah Sulaini (Harian Metro), Imbran Abdullah (Astro Awani), Nas Ahmad (ex wartawan & produser TV3), Shahril Azman (Utusan Malaysia), Marlia Mohamad (RTM), Jamhariah Jaafar (ex Berita Harian), Azran Mad Jaafar (ex Berita Harian), Azlan Bahrum (ex Utusan), Valiamah A/P Balaisingam (Tamil Malar), Roshila Murni Rosli (Sinar Harian), Fathil Asri (NSTP), dan Ku Azmi (bapa kepada pelajar UiTM yang maut dalam kemalangan di Dungun (BH).

Semua 13 orang wartawan & bekas wartawan dari pelbagai agensi media itu terima sumbangan wang tunai & kotak rezeki berupa barangan keperluan harian.

Alhamdulillah sumbangan ini dapatlah bantu ringankan beban para wartawan yang perlukan bantuan ni & dapat eratkan hubungan silaturrahim antara pihak korporat & warga media

Nama penerima ni disediakan dari kerjasama BSN serta Hawana dengan bantuan rakan media strategik, Harian Metro.

‘BSN Care 50 Hari Memberi - BSN Jengah, TKHM Singgah’ ini Harian Metro buat pertama kalinya bekerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) dalam program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) sempena sambutan ulang tahun jubli emas BSN yang ke-50 tahun ini. Tujuannya meraikan wartawan yang berperanan penting sebagai pencetus pembentukan minda masyarakat berinformasi.

Tetamu Kehormat majlis itu YBhg. Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin, Pengerusi BSN

Encik Jay Khairil, Ketua Eksekutif BSN

Encik Jasbant Singh Partap Singh, Pengarang Urusan Kump**an, Berita & Hal Ehwal Semasa, Media Prima Berhad

Encik Husain Jahit, Pengarang Kump**an, Harian Metro merangkap Pengerusi Projek Titipan Kasih Harian Metro.

Semoga acara kebajikan warga media seperti ini berterusan di lain kesempatan.

@

Senyuman ikhlas kekal hiasi wajah kami penggiat seni walau semua tau ramai antara kami sedang diuji pelbagai penyakit be...
24/11/2024

Senyuman ikhlas kekal hiasi wajah kami penggiat seni walau semua tau ramai antara kami sedang diuji pelbagai penyakit berat.

Ebby Yus sedang tempuhi sakit jantung & sakit buah pinggang kronik, Shima sakit paru-paru & pundi lemah, Ali XPDC lama bertahan hidapi serangan jantung.

Pelakon Mak Mah hidapi kencing manis, Sheqal, komposer Zul Mahat, Shuib Freedom, Jeffrydin, Dr Sam Rasputin, Andre Goh Kieran, semua waega seni di situ punyai masalah kesihatan.

Aku sendiri bermula dengan serangan jantung sejak 2 tahun lepas & masih dalam rawatan, diikuti pembedahan mata kiri & kini menunggu pembedahan mata kanan p**a Februari nanti.

Kami makin memahami semua ini ujian ALLAH. Jangan kecewa, sebaliknya tempoh semua ni dengan redha. ALLAH sayang kita semua.

Dalam meredah ujian ni Yayasan PEKEMA tampil membantu menghulurkan sumbangan meringankan beban. Menerusi usaha KARYAWAN kami dikumpulkan dalam majlis Sumbangsih PEKEMA PRIHATIN di Hotel Pullman KLCC KL.

Datuk Haji Mohd Nazari Nordin Presiden PEKEMA, Datuk Hj Zainuddin Abdul Rahman (Penasihat), Datuk Freddie Fernandez Presiden Persatuan KARYAWAN bersama Datuk Khadijah Ibrahim, Kalian amat memahami situasi kami wargaseni & sentiasa tampil membantu.

Jazakallahu khair. Semoga ALLAH membalas segala budibaik kalian. Semoga keikhlasan ini menyemarakkan lagi persaudaraan & persada seni kita bersama.

Terus bangkit, lawan sakit, jangan manjakan sakit.
Mohon hanya kepada ALLAH.

Pekema Malaysia

..Dulu aku tak tau, maklum tak pernah kena sakit kuat tak pernah masuk wad. Sekali dah tua ni...alamak...kena serangan j...
02/11/2024

..Dulu aku tak tau, maklum tak pernah kena sakit kuat tak pernah masuk wad. Sekali dah tua ni...alamak...kena serangan jantung terus beb!. Haaa gelabah. Baaarulah ambik tau macam-macam pasal sakit itu ini.

Aku kena tunggu 2 tahun baru dapat slot giliran buat Angiogram untuk rawat saluran darah ke jantung.

Lepas tu p**ak aku sangkakan seminggu cam tu baik dah...normal life dah....boleh kerja macam dulu dah....rupanya nak sembuh tu pun ambik masa lama jugak!. Ada yg setahun, ada yang hampir 2 tahun. Adusss!.

Ha sebab tu lepas angio tu dah 4 bulan aku masih dlm pantauan hospital & belum boleh sambung kerja asal aku terkejar sana sini pikul kamera, interbiu orang. Balik tu hadap komputer buat video editing tu p**ak.

Sementara nak tunggu mungkin tahun depan baru sakit jantung ni kira dah settle, effect jugak kat mata aku!. Makin pudar & tak nampak. Dah check mata kat Hospital Sg Buloh, kena tunggu slot giliran operation mata bulan februari tahun depan!.

Ishhh llaaaama tunggu tu wehhh!!. Slot jantung dulu aku tunggu 2 tahun baru dpt buat rawatan angiogram tapi slot operate mata ni p**ak aku rasa bahaya kalau tunggu lama. Napa?....sebab sekarang ni pun penglihatan aku dah berbaki kurang 10% aja, lepas tu....padam/blackout!.

Itu yg terpaksa tanya kat hospital lain yang boleh settle kan cepat (takyah tunggu bulan 2).

Alhamdulillah ALLAH bantu. Semua dipermudahkanNYA. Bulan lepas alhamdulillh dapat dah buat operation mata.

Next....tunggu operate mata kanan p**ak tahun depan.

Sementara tunggu keputusan lanjut jantung tu p**ak, ada aktiviti rehabilitasi
pihak hospital buatkan.

Bagus ni. Aktiviti fizikal / senaman + ilmiah Maklum dah bertahun terlantar kat katil dah tentu badan semua kedut. Perut mula boroi, jalan makin terhad, tambahan faktor usia p**ak tu kan haaa makin down la jadinya kalau tak buat rehibilitasi kan?.

Aku dah habiskan jadual rehab seminggu sekali ni. Now masuk sesi rehab sebulan sekali p**ak.

Best aktiviti ni. Dulu banyak yg aku tak tau apa pasal sakit jantung ni. Doktor selalu busy tiap hari layan beratus pesakit. So dengan sertai rehab ni semua kita boleh tanya kat situ.

Untuk senaman fizikal ada kayuhan pedal basikal, ada berjalan/berlari atas treadmill, ada aktiviti memasak, kemas 'rumah', main golf, ehh senamrobik pun ada.... macam-macam la. Aku s**a.

Siapa s**a sakit?
Takda siapa s**a, kan?. Semua nak sihat kan?
Aku pun.
Tapi kena faham selagi hidup kat dunia ni mau tak mau kita kena tempuh sakit & sihat semua ni, sebab semua ni ujian ALLAH kpd semua yg hidup.

Kita hadap semua ni dgn tabah, akur, & berdoa mohon bantuan hanya kepada DIA, bukan kepada sesama manusia.

Yeeaa kita berdoa mohon bantuan cuma kepada DIA.

Terima kasih ALLAH.Aku rasa macam tak cukup ayat kalau cuma ucapan 'terima kasih' tu aja sebab bagi aku sumbangan ni bes...
30/10/2024

Terima kasih ALLAH.

Aku rasa macam tak cukup ayat kalau cuma ucapan 'terima kasih' tu aja sebab bagi aku sumbangan ni besar keikhlasan & keperluannya kepada aku, macam juga semua sumbangan dari semua pihak lain...sumbangan material atau doa, kecil atau besar. Maka aku sekalikan dengan syukur alhamdulillah juga.

Bukan sekali, tapi ini kali ke 2 Yayasan Tan sri Muhyiddin Charity Golf serta semua staf usahakan sumbangan menghulurkan bantuan kepada aku & beberapa pesakit lain.

Tahun lepas cuma sumbangan ikhlas kewangan utk tampung kos sakit jantung & kos pembedahan mata, kos rawatan & kos saradiri tidak mampu bekerja kerana sakit.

Tengahari semalam (Rabu 30hb Okt) berlokasi di Tropicana Golf & Country Resort sekali lagi sumbangan disalurkan, kali ini berupa sebuah kerusi roda elektronik kepada 2 wakil media & 2 pesakit kanser p**a.

Budi kalian tetap dikenang bagi kami semua. Semoga ALLAH memberikan ganjaran serta pahala & kejayaan berlipat ganda kepada kalian yg berjasa.

Kita tetap di dunia & di persada ini. Semoga terus bangkit hadapi segala dugaan di hadapan.

Operation Angiogram sakit jantung dah buat April lepas. Skrg aku dalam rawatan susulan & pantauan Hospital Serdang.Semen...
17/10/2024

Operation Angiogram sakit jantung dah buat April lepas. Skrg aku dalam rawatan susulan & pantauan Hospital Serdang.

Sementara sembuh tu, Selasa lepas 15hb Okt aku kena operation mata p**ak.

Patutnya jadual yang aku dapat dah letak bulan 2 tahun depan kat Hospital Sg Buloh, tapi takleh tunggu dah...mata dah cuma nampak tak sampai 10% je. Kalau lengah lagi tu aku rasa mata aku boleh blackout & buta terus kot.

Tu yg terpaksa cari hospital lain. Adik aku Hafiz rekemen satu hospital kat area Kelana Jaya sana. So aku, Hafiz & Alunas gi register kat hospital tu. Selasa nanti operate.

Takut?. Ha ah aku takut. Nak kena operation mata tu!. Lagi cuak bila member cerita kena cucuk kat biji mata la, kanta mata nak kena tukar ganti baru la, sakit tu oiiii!. Aku orang biasa aja bukan strong sesangat pun. Camna tu?

Tapi....alhamdulillah....tiba masanya segalanya dipermudahkanNYA. ALLAH sayang kita semua!.

Meh aku ceritakan apa jadi seterusnya hari tu meh.

Pagi tu hujan lebat dgn petir & guruh sejak awal subuh. KL dah 3 tempat banjir dah. Kami kat PJ mesti bakal jem gila nanti.

Tetiba dlm jam 9 pagi tu Alunas call. Dia baru hantar wife gi kerja. "Tayar kereta kena paku. Tersadai tepi jln ni. Hujan lebat!" katanya.

Worksyop mesti bakal bukak lambat pagi ni sebab banjir/hujan lebat.

Alamak!....Dia patut datang ambik aku kat rumah & sesama gi hospital jam 12 ni. Takleh lewat!, takut nanti hospital kensel appointment ni leceh nak kena ganti hari lain.
ishhh jangan sampai mata dah tak nampak apa dah baru nak operate, kan?

Jam 11 masa aku dah nak call grab hantar gi hospital tetiba Alunas call kata kereta dah siap.
Syyukurrr...tepat masanya.

Kensel grab. Alunas datang ambik aku & Hafiz gi hospital. Tiba sana on time.

Depan hospital tu memang payah yg amat nak dapat parking. Bertuah kalau siapa dapat. Parking lot situ sentiasa penuh. Tapi kami terkejut hari tu tiba depan hospital tu tengok....Eh!....ngam kebetulan ada 1 parking kosong beeetul depan hospital, dah macam parking khas utk kereta doktor situ p**ak dah. Woahhh happy sakan ni!.

Lepas nurse sana ambik tekanan darah aku, spray ubat mata bagai, jam 2 ptg operation bermula. Bismilahirahman nirahim.
Aku cuak okay, cuma aku jenis melawan takut.

Start baring kat dewan bedah tu aku pun start baca segala doa & zikir yg aku tau. Apa nak jadi...jadilah. Aku lawan emosi ni!.

Dalam dekat 1 jam operation tu berjalan, doktor & nurse buka plastik cover muka aku. Dah siap!....katanya.

Wahhhh alhamdulillah!..... Terasa benar doa aku dan kita semua mohon dipermudahkan segala urusan ni ALLAH makburkan. ALLAH maha penyayang kpd kita semua hambanya kan?. Cukuplah kita ada DIA.

2 tahun aku hidup dlm keadaan penglihatan mata berkabus teruk. Berbual tapi tak nampak muka orang, tak boleh drive, nak makan tak nampak mana lauk mana kuah, 2 kali jatuh tersembam sampai cedera dan benjol (kepala terhantuk batu blok atas jalan masa jatuh), takleh baca yg background putih (surat, email, dll), tak dapat tengok/baca skrin (tv, pC, hp, konsert, wayang, dll). Alhamdulillah semua tu dah settle.

Ni semua dugaan ALLAH. Level ketabahan, sabar, istiqomahnya kita sedang diuji sebelum kita balik sana nanti (alam kekal kita).

Sebab tu jangan bosan,marah, tension, stress kat sesiapa bila terkena dugaan macam ni. Terima semua ujian ni dengan redha.
Ada ganjarannya nanti.

Next....operate mata kanan p**ak bulan 2 nanti Hospital Sg Buloh.
Mohon terus dokan yg terbaik ye.

Terima kasih ALLAH.
Terima kasih semua yg berkenaan.
Terima kasih doa baik kalian.
Jazakallahu khair.

Sekali tu radio aku lari siaran. Haaa amik ko...kena cari balik frekuensi tu satu satu susun balik kat radio aku tu.Masa...
30/08/2024

Sekali tu radio aku lari siaran. Haaa amik ko...kena cari balik frekuensi tu satu satu susun balik kat radio aku tu.

Masa tengah adjust stesen radio tu la tetiba terdengar lagu best. Lagu nasyid tapi akapella!. Best!

Lepas tu...wahhh....nasyid juga tapi rentak rock!. Stesen apa ni?.....Aku check... check.....ohhh stesen radio Zayan banyak main lagu camni. Hmmm bagus bagus.

Terus dengar content lain sini. Zayan Pagi dengan 3 DJ nya Mawi, fBI, & Anas Tahir. Meriah ni & tak boring.

Ada segmen Timeline Akhir Zaman...wahhh lain macam kick nya. Dengar infonya kita jadi termenung.

Apa lagi?....bacaan terjemahan surah Alquran oleh Faizal Ismail..owwww ini 'makan dalam' ni.

faizal tak perlu audio effect bagai sebab mood vokal dia aja dah mampu hidupkan segmen ni kasi berkesan.

Lagi apa?....
Oww Doa Of The Day pun best. Boleh beri doa & dapat doa sesama kita.

Banyak lagi yg best. Korang bukak radio Zayan layan sendiri la.

Aku sendiri tak sangka masuk ni dah 2 bulan radio rumah & kereta aku park kat stesen radio Zayan ni aja ntah sampai bila nanti.

Rabu 28/8 lepas aku sempat ke konti Radio Zayan diundang jadi tamu Zayan Pagi live. Alhamdulullah meriah bila kita share pengalaman hidup jadi bermanfaat.

Thanks En Ahmad produser sudi jemput aku. Siap tolong sedia & tolakkan wheelchair utk aku kat sana. Maklum aku belum sihat betul kan

Eh sempat lagi ke?.
Sempat!!!
Sempat apa?
On the way balik tu aku sempat singgah konti radio Era & radio lain jumpa member DJ sana. Nabil ada, Sh Aleya pun ada, ramai lagi situ. Tu yg meriah tu!

Teruskan sukses, yeah!

21/08/2024

Dulu ramai tanya aku siapa JEFFRI IRAN. Dia orang Iran ke?.

Eh tak la. Kampung dia kat area Pontian/ Batu Pahat cam tu.
Masa kerja jurukamera Uusan Melayu dulu artis semua kenal dia.

Kami kawan baik sejak zaman bujang kat JB dulu sampai skrg ni ya.

Dia bukan cuma kawan. Bagi aku dia antara eorang insan terbaik.

Semoga JEFFRI IRAN sekeluarga sentiasa didalam rahmat dan rezeki ALLAH.

Address

Latan Biru, Jalan Pekaka 8/1, Seksyen 8, Kota Damansara
Petaling Jaya
47800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nas Ahmad Terjah Page posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nas Ahmad Terjah Page:

Share

Our Story

Pengarah kreatif, produser, wartawan, editor Studio 1 Sdn Bhd.